Walaupun baharu tiga bulan menceburi kerjaya seni, finalis Hero Remaja 2020 dikenali Aniq Suhair, 20, kini semakin menjadi perhatian ramai terutama peminat wanita.
Apa yang pasti, bakat lakonan Aniq begitu menyerlah dan bersinar kerana dia sudah mendapat peluang membintangi tiga drama untuk tayangan TV3 serta satu filem. Menurut Aniq, dia bersyukur dengan rezeki diperolehnya itu dan mengakui jadual kerjanya sekarang terlalu padat. Malah, masa untuk berehat pun hanya sehari dan ia digunakan sebaik mungkin. "Setakat ini, jadual kerja agak padat sehingga tiada masa rehat. Kalau cuti pun, sehari sahaja dan saya habiskan dengan tidur sepuas-puasnya di rumah. Saya juga menghabiskan masa bersama keluarga.
"Saya seronok dengan kerjaya ini dan tak sangka dapat peluang berlakon. Kini, saya tekad untuk berusaha menimba ilmu dan pengalaman hingga menjadi seorang pelakon berjaya suatu hari nanti. Selain itu, saya juga bersyukur mendapat sokongan positif daripada peminat. Terima kasih menerima kehadiran saya dalam industri ini dan terus memberikan sokongan padu," katanya.
|
dudaberhias replied at 9-1-2021 01:47 PM
Tapi tengok story dia ni memang busy shooting setiap hari, rezeki dia, time ni la patut dapatkan seb ...
slyfynx replied at 9-1-2021 04:09 PM
Mcm mana @Kurex ...
Ok ke x?
slyfynx replied at 9-1-2021 04:09 PM
Mcm mana @Kurex ...
Ok ke x?
slyfynx replied at 9-1-2021 04:09 PM
Mcm mana @Kurex ...
Ok ke x?
Kurex replied at 11-1-2021 09:14 AM
Semoga dapat menyandar pada bahu aniq sambil aniq memberi kata nasihat pada telinga kurex dgn nada y ...
ADVERTISEMENT