Pelakon jelita Nora Danish baru-baru ini telah mengadakan satu majlis sambutan hari lahir anak sulungnya, Putera Rayqal yang kini sudah memasuki usia 12 tahun. Berkongsi gambar sambutan majlis tersebut di laman Instagramnya, Nora meluahkan rasa bangga terhadap anaknya dan turut mendoakan semoga Rayqal menjadi anak yang soleh serta menjadi seorang abang yang sentiasa menjaga adik-adiknya. " Awak tak dibenarkan mempunyai akaun Instagram walaupun di umur sekarang ini ya" tulis Nora lagi. Sikap tegas Nora mendidik dan mengawal anaknya itu dari memiliki akaun media sosial semasa masih dibangku sekolah turut mendapat pujian warganet.
|
Kurex replied at 9-1-2021 02:08 AM
Sebab tu pun nk cerita????????
EvieWanKenobi replied at 9-1-2021 09:08 AM
ok noted.. komen lelebih kata hati hitam pulak..
cc@sarah82
ADVERTISEMENT