CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Alli, Pelakon Malaysia Di Indonesia Kritikal Akibat COVID-19

8-1-2021 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17844| Komen: 90

Description: Jakarta: Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Aliff Alli, 29, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat dijangkiti Covid-19 sejak Disember, tahun lalu.



Jakarta: Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Aliff Alli, 29, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat dijangkiti Covid-19 sejak Disember, tahun lalu.

Aliff yang juga adik kepada pelakon Miller Khan itu menjalani rawatan intensif di Rumah Sakit Wisma Atlet, di sini, hampir tiga minggu lalu dan keadaan kesihatannya dikatakan semakin kritikal.

Peguamnya, Asgar Sjarfi dalam satu kenyataan berkata, keadaan anak guamnya itu tidak menunjukkan perubahan sejak dirawat Disember lalu.

"Masih kritikal. Biasanya 14 hari akan pulih, tapi ini sudah hampir tiga minggu dan keadaan kesihatannya dimaklumkan semakin buruk dan kritikal," katanya kepada media tempatan di Pengadilan Agama Jakarta Pusat, baru-baru ini.


Asgar berkata, keadaan penyakit Aliff yang makin serius itu mungkin berpunca daripada tekanan dihadapinya membabitkan masalah pergolakan rumah tangga serta kes perceraian dengan isteri, Aska Ongi.

"Proses perbicaraan cerai Aliff dan Aska masih lagi berlangsung. Namun, hampir tiga minggu dia dirawat dan keadaannya ketika ini dilapor kritikal. Masalah rumah tangganya itu pasti membuatkan Aliff kecewa, sedih dan tertekan.

"Beberapa kali kami sudah dipanggil pihak berkuasa berikutan laporan-laporan yang dibuat Aska mengenai dirinya (Aliff) hingga menyebabkan fikiran dia terganggu hingga tekanan itu melemahkannya.

"Saya dimaklumkan Alliff kini harus menggunakan alat bantuan pernafasan kerana keadaannya makin kritikal. Selain itu, dia juga dijadual akan dipindahkan ke hospital lain berikutan kekurangan peralatan perubatan," katanya.



Menurut Asgar, pihaknya perlu segera mencari hospital lain untuk memindahkan Aliff dan sekali gus anak guamnya itu akan mendapat rawatan lebih baik serta kembali pulih.

Terdahulu, sepanjang membina kerjaya seni di Indonesia, Aliff pernah membintangi filem Heart 2 Heart selain sinetron seperti Kau Yang Berasal Dari Bintang serta Aisyah Putri The Series: Jilbab In Love.

Aliff berkahwin dengan Aska pada 19 Disember 2018 di Bali, namun perkahwinan itu bertahan selama 11 bulan dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Alyssa Ismillah Khan.

Sebelum menikahi Aska, Aliff juga pernah mendirikan rumah tangga dengan model dikenali Nora Alexandra pada 2016 dan rumah tangga mereka hanya bertahan selama setahun.



Sumber : MyMetro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MayaDelaRosa 8-1-2021 01:37 PM
Check In p la..tanda baca...smoga cepat sembuh
Quote chinta89 8-1-2021 02:07 PM
X kenal langsung. Tp tertarik nk komen psl marriage dia. Dia ke yg prob dua kali nikah berakhir perceraian.{:dot  
Quote Kancilkering 8-1-2021 02:09 PM
adik beradik miller ni hensem hensem belaka...
Quote alieyrina 8-1-2021 02:14 PM
Ensem la plak..satgi kurex masuk bersemoga laa
Quote doubleA 8-1-2021 02:19 PM
Family miller ni asal mana memang ada rupa patut laku kawen cerai
Quote crossline 8-1-2021 02:21 PM
Mak aiii.... Ex-wife2 dia cantik2, patut la dah xbalik Msia
Quote Atata 8-1-2021 02:24 PM
Dia kah yg berlakon The Brige???
Quote ladyzens 8-1-2021 02:30 PM
isa khan selaku adik manaaa
Quote tagas 8-1-2021 02:32 PM
adik sabrina ali yg kawen kali ke 3

jgk kan
Quote newme11 8-1-2021 02:34 PM
ladyzens replied at 8-1-2021 02:30 PM
isa khan selaku adik manaaa

ada je kat Malaysia... dia xleh rentas negara...
abang dia Miler kan ada kat sana....
Quote akmal 8-1-2021 02:35 PM
aah adik sabrina ali..hensem hensem beradik lelaki,,
Quote Kurex 8-1-2021 02:40 PM
Semoga dipermudahkan
Quote dudaberhias 8-1-2021 02:44 PM
kesiannya... moga cepat sembuh... dah la herlokkk walaupu kaki pukul..
Quote dudaberhias 8-1-2021 02:45 PM
chinta89 replied at 8-1-2021 02:07 PM
X kenal langsung. Tp tertarik nk komen psl marriage dia. Dia ke yg prob dua kali nikah berakhir perc ...

dia kaki pukul... panas baran... kira dia la probnya kaka... mana la isteri2 nak tahan perangai gitu kan
Quote Fafaaisa 8-1-2021 02:49 PM
Miller tu adik beradik isa khan kan...mas khan tu pulak sape..ada kaitan ke..
Quote Fafaaisa 8-1-2021 02:50 PM
tagas replied at 8-1-2021 02:32 PM
adik sabrina ali yg kawen kali ke 3

jgk kan

Adik sabrina ali ke dia ni..yg khan tu apak lainkah
Quote tagas 8-1-2021 02:52 PM
Fafaaisa replied at 8-1-2021 02:50 PM
Adik sabrina ali ke dia ni..yg khan tu apak lainkah

suku sakat kot
Quote dudaberhias 8-1-2021 02:52 PM
Fafaaisa replied at 8-1-2021 02:50 PM
Adik sabrina ali ke dia ni..yg khan tu apak lainkah

adik beradik tiri tak silap... kira adik beradik jugak la
Quote tikusmontok 8-1-2021 02:56 PM
first wife yg ditalakin 3 ..dgn laki baru



yang kedua..juga dah cerai..katanya kaki pukul


















Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.061164 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top