CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Oi Beruk" - Janna Nick Bertikam Lidah Dengan Netizen Kerana Kualiti Filem Tempatan

8-1-2021 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 18279| Komen: 108

Sejak semalam, hangat diperkatakan di Twitter apabila pelakon Janna Nick bertikam lidah dengan netizen mengenai pendapat masing-masing berkenaan garis panduan filem Malaysia.


Kredit foto: IG Janna


Semuanya bermula apabila Janna mengulas berkenaan serangan penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di bangunan Capitol serta seolah-olah mengaitkan serangan berkenaan dengan filem The Purge.

Janna berkata lagi, kesan daripada pengaruh filem sebegitu punca mengapa garis panduan yang ketat diperlukan dalam industri perfileman seperti mana Malaysia lakukan.



Bagaimanapun, kenyataan Janna itu dikecam netizen yang tidak sependapat dengan pelakon berkenaan. Kata netizen, disebabkan garis panduan tersebut filem Malaysia tidak berkembang lebih jauh.

Dalam pada itu, ada netizen menggelar filem Malaysia bodoh, malah disebabkan pemikiran segelintir pihak sebegitulah terutama orang industri, filem kita tidak pergi jauh. 

Tidak hanya berdiam diri, Janna membalas dengan mengatakan ada sahaja filem yang hebat walaupun bajet rendah di Malaysia.



Janna turut dikecam apabila menggelar seorang netizen sebagai ‘loser’. Bagaimanapun, Janna menjelaskan tindakannya itu kerana berpendapat individu itu orang yang kalah kerana memadam Tweet terdahulu.



Enggan memanjangkan perdepatan tersebut, Janna dilihat memuat naik satu posting mengucapkan terima kasih dengan segala pendapat yang dilemparkan oleh netizen.


Kredit foto: Twitter

Ujarnya, dia menerima segala kritikan dan berharap pendapatnya juga diterima.


Sumber: RotiKaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-1-2021 01:24 PM
Low class kau ni. Nampak kekampungan & pprr bila layan org. Patutnya kau diam & kena terima hakikat drama filem tempatan tersangat palattttttttttt ye
Quote sarah82 8-1-2021 01:43 PM
Seingat aku la.. Purge movie sbb nak kurangkan jenayah.. Jadi setahun sekali dibenarkan selama 12 jam utk membunuh atau buat apa2 jenayah.
Quote EvieWanKenobi 8-1-2021 01:46 PM
rendahnya standard retis Malaysia..
Quote annadonna 8-1-2021 01:50 PM
Okay je kalau masing2 bertukar pandangan kat socmed. Apa salahnya. Asalkan guna ayat yg elok dan tak emosional
Quote depresio 8-1-2021 01:50 PM
Tajuk ko mengundang fitnah la
Bukan dia gelar pon dah mmg nama akaun tu beruk
Quote ata 8-1-2021 01:54 PM
sarah82 replied at 8-1-2021 01:43 PM
Seingat aku la.. Purge movie sbb nak kurangkan jenayah.. Jadi setahun sekali dibenarkan selama 12 ja ...

Tula psal, tetiba nk kaitkan movie ni dgn penyokong trump serbu masuk capitol. Nyah kau apehal, mcm tak relate langsung pun. Dhlar bangga sbb ramai comment balik.. mmg narcissists betul.
Quote mawarputih2612 8-1-2021 01:55 PM
berapa kerat jer artis yg bijak pun
janna ni pendidikan dia sampai mana?
Quote BoongaKertas 8-1-2021 01:56 PM
iols rasa JN kena bersara dari medan twitter. dari kes dia kena kecam psl dunkirk dulu tu iols dpt simpulkan yg sheols tak disukai ummah twitter.
Quote sarah82 8-1-2021 01:59 PM
ata replied at 8-1-2021 01:54 PM
Tula psal, tetiba nk kaitkan movie ni dgn penyokong trump serbu masuk capitol. Nyah kau apehal, mc ...

Iols tgk banyak kali kot purge tu. Gigih kan.. Mmg betul antara intipati dlm purge adalah utk menghapuskan golongan miskin secara sistematik.. Bab politik tu kat purge 3rd rasanya.. Tu pun sbb nak hapuskan senator anti purge
Quote miss_perfect 8-1-2021 02:01 PM
depresio replied at 8-1-2021 01:50 PM
Tajuk ko mengundang fitnah la
Bukan dia gelar pon dah mmg nama akaun tu beruk

Memang dia guna nama betul ke masa janna called out dia? Or that person just change the name after that?
Quote fadz84 8-1-2021 02:14 PM
mawarputih2612 replied at 8-1-2021 01:55 PM
berapa kerat jer artis yg bijak pun
janna ni pendidikan dia sampai mana?

SPM je rasanya.. budak MRSM Pendang. 6A masa SPM klu x silap.
Quote depresio 8-1-2021 02:17 PM
Edited by depresio at 8-1-2021 02:18 PM
miss_perfect replied at 8-1-2021 02:01 PM
Memang dia guna nama betul ke masa janna called out dia? Or that person just change the name after ...


Tgk kat atas tu ada di tepek
Kan tweet akaun yg dia quote tu nama beruk
Quote depresio 8-1-2021 02:19 PM
sarah82 replied at 8-1-2021 01:59 PM
Iols tgk banyak kali kot purge tu. Gigih kan.. Mmg betul antara intipati dlm purge adalah utk meng ...

Best ke sarah? Nantinaku nak tgk gakla
Quote cutestars 8-1-2021 02:20 PM
Aku antara umnah twitter yg sibuk kecam dia. What a narcissist b;/:&. Tak ada knowledge abt american politics pastu tiberrr kaitkan dengan movie the purge. Dah la kes dunkirk dulu orang tak lupa lagi. Inilah bimbo kayu. Berlakon tak best. Cerita sampah. Nyanyi sumbang mahram (suara aku lagi sedap dari dia). The audacity to call out someone a loser bcs u fail to rebut his point with a legit knowledge. Sudah la janna. Balik je la dgn imej tomboi and bf mat saleh celup kau. Bye.
Quote sarah82 8-1-2021 02:21 PM
depresio replied at 8-1-2021 02:19 PM
Best ke sarah? Nantinaku nak tgk gakla

Best juga... Bygkan 12 jam tu kita x selamat walaupun dok dirumah sendiri.
Quote ajinomotonosuga 8-1-2021 02:21 PM
Sib baik janna gorrrjes..abam takmo kritik!

Dah la putih aaa cumei aaa solid molid gitew

Rugiii kutuk janna..takmo.takmo..nehiii! Janna owessss right
Quote kosukeconan 8-1-2021 02:23 PM
BoongaKertas replied at 8-1-2021 01:56 PM
iols rasa JN kena bersara dari medan twitter. dari kes dia kena kecam psl dunkirk dulu tu iols dpt s ...

pasal dunkirk tu mmg patut kena kecam
xtgk sampai hbs dgn tido bangun tido bangun, last2 bagi review cerita x best
nampak kbodohan minah ni
Quote lifeline 8-1-2021 02:31 PM
sarah82 replied at 8-1-2021 01:59 PM
Iols tgk banyak kali kot purge tu. Gigih kan.. Mmg betul antara intipati dlm purge adalah utk meng ...

nak tgk kt mana kaka sarah82 crita ni

kt netflix ada x?

apa tajuk movie ni

iols search kt neflix kluar the first purge dgn thepruge anarchy
Quote lifeline 8-1-2021 02:36 PM
cutestars replied at 8-1-2021 02:20 PM
Aku antara umnah twitter yg sibuk kecam dia. What a narcissist b;/:&. Tak ada knowledge abt american ...

apa kes dunkirk beb iols ketinggalan keretapiiiiiiiiii

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.191841 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top