CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kami Kahwin Ketika PKP. Sekarang Ini, Semua Orang Sudah Tahu Saya Isteri Tuju" - Loca B

8-1-2021 02:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25578| Komen: 117

Description: Mengakui sudah melangsungkan perkahwinan secara sah pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan Tuju, penyanyi rap wanita, Loca B tetap tidak mahu memberikan perincian tentang perkahwinannya de ...



Mengakui sudah melangsungkan perkahwinan secara sah pada awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan Tuju, penyanyi rap wanita, Loca B tetap tidak mahu memberikan perincian tentang perkahwinannya dengan lelaki tersebut.

Katanya, urusan perkahwinannya tidak perlu dicanang kepada umum kerana baginya, perkara itu hanya keluarga terdekat perlu tahu tentangnya.



“Kami kahwin ketika PKP. Bila, tidak perlu diperincikan. Kalau orang nak tengok surat nikah pun, kami ada kerana kami kahwin secara sah.


“Saya tak selesa untuk berkongsi bila saya dan Tuju kahwin kerana ada masalah berkaitan keluarga. Tentang apa, tidak perlulah saya cerita panjang. Cukup orang yang sudah tahu tentang hal itu sahaja yang tahu,” kata Loca kepada Kosmo! Online pada acara ramah-mesra bersama media Anugerah Juara lagu-35 (AJL35) di sini sebentar tadi.

Kata Loca lagi, lebih baik dia berdiam diri tentang hal peribadi kerana itu lebih baik untuk dirinya dan semua orang.

“Sekarang ini, semua orang sudah tahu saya isteri Tuju dan kami sudah punya anak. Tak perlu nak cerita benda ‘dalam-dalam’ kerana tak penting pun,” ujarnya.

Sekitar November lalu, Loca mendedahkan sudah melahirkan anak hasil perkahwinan dengan Tuju yang dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Bayi lelaki tersebut diberi nama Bintang Aiko.

Loca B sebelum ini sudah mempunyai seorang anak lelaki diberi nama Yusuf Alexander yang berusia 5 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Pada Oktober lalu, anggota kumpulan K-Clique itu mengakui sudah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap Loca B namun memilih untuk tidak berkongsi tarikh perkahwinan mereka.

Jelas Tuju, dia lebih selesa untuk menyimpan serta mendiamkan diri daripada bercakap mengenai hal peribadi.

AJL35 bakal berlangsung pada 7 Februari depan dan bersiaran langsung menerusi saluran TV3 



Sumber – K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 8-1-2021 02:11 AM
siapa pulak nih
Quote sarah82 8-1-2021 02:21 AM
wnwa05 replied at 8-1-2021 02:11 AM
siapa pulak nih

Hat nyanyi lagu So cute.. Aku tau sbb suka lagu tu
Quote Mopiko 8-1-2021 02:49 AM
k tak kenal
Quote lattehazelnut 8-1-2021 03:04 AM
Edited by lattehazelnut at 8-1-2021 03:06 AM

Dah lahir pun baby.. sibuk nak kira tarikh bila baby disenyawakan.. baby girl la..
Quote Perawankota 8-1-2021 04:12 AM
Paham2 sudahlahh.. Netizen pon x yah lah nak sibuk2
Quote Sonneblume 8-1-2021 04:37 AM
Penyibuknya siapa yg tanya tu.mesti tangan dah standby calculator
Quote burunghantubiru 8-1-2021 07:02 AM
So masa kena pukul ni dah kawin ke belum?

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1195281&highlight=Loca%2Bb
Quote EncikRhoma 8-1-2021 09:03 AM
acik2 kertu forum tak payah la who r yusss sangat. Korang memang la tak kenal sebab korang kertu yang layan lagu leman meleweh-leweh je
Quote wadiunong 8-1-2021 09:10 AM

iols suka performance & suara Tuju as Orang Utan dalam The Masked Singer. Tuju bila solo nampak dia menyerlah compared bila dengan K-Clique sbb MK menang limelight .
Quote Suchi 8-1-2021 09:12 AM
Sebab tu kawen perlu dihebahkan supaya tak mengundang pitnah.

Zaman socmed ni bukan susah org nk korek2 cerita.
Susah nak halang netizen pi kelebet balik gambar2 kt ig cari mana gambar yg ada penampakkan pakai baju sekian2, teringat kes video xxx pelakon indon tu pun netizen gak yg berjaya kantoikan.

Quote Suchi 8-1-2021 09:15 AM
Perawankota replied at 8-1-2021 04:12 AM
Paham2 sudahlahh.. Netizen pon x yah lah nak sibuk2

Kalau netizen nak tau sangat tunggu jela time depa post pasal anniversary ke apa nnt huhuhuhu
Quote silampumeja 8-1-2021 09:25 AM
Suchi replied at 8-1-2021 01:12 AM
Sebab tu kawen perlu dihebahkan supaya tak mengundang pitnah.

Zaman socmed ni bukan susah org nk  ...

Tuhan kalau dah buat hukum dan arahan, Dia dah tahu dulu sebab dan akibatnya... kita ni dah tak perlu persoalkan bila tahu, kena buat dan turut. kecuali kita tak tahu, jahil. itulah hikmah Allah maha mengetahui dan Maha bijaksana.
Quote MadameOnion 8-1-2021 09:35 AM
EncikRhoma replied at 8-1-2021 09:03 AM
acik2 kertu forum tak payah la who r yusss sangat. Korang memang la tak kenal sebab korang kertu yan ...

ehhh iols kertu tapi kenal ok..tuju ni org utan k clique..loca b ni so cute u mmg sangat cute...so stop la being so cute u buat i hanyuttttt
Quote Belibis 8-1-2021 09:47 AM
EncikRhoma: acik2 kertu forum tak payah la who r yusss sangat. Korang memang la tak kenal sebab korang kertu yang layan lagu leman meleweh-leweh je

Ha haa..geng forum layan rock kapak.spring,iklim,wing..lagu baru takde roh katanya..
Quote sukacactus 8-1-2021 09:49 AM
Dulu aku mengwhoareyouskan jg si loca B ni
Tp dah kenal dlm lagu gila Kaka tu, dia rap sedap
Tuju masa dlm masked singer baru perasan suara dia sedap sgt
Okay, bukan org nak ambik tau sgt tp kalau dah bernikah kena hebahkan utk elakkan fitnah
Tu je pun
Quote da_vinci 8-1-2021 09:52 AM
sedap sore Loca B ni....sore yang rare....keep it up Loca B
Quote alien88 8-1-2021 09:57 AM
MadameOnion replied at 8-1-2021 09:35 AM
ehhh iols kertu tapi kenal ok..tuju ni org utan k clique..loca b ni so cute u mmg sangat cute...so ...

sama.. iolls kenal tuju sbb heols org utan & loca b nyanyi lagu cute
iolls suka suara theyolls
Quote Minami2013 8-1-2021 10:01 AM
I tau lagu so cute tu tapi tk tau sape penyanyi ingat artis indon tadi
Quote aammyy 8-1-2021 10:13 AM
lotionmilo replied at 8-1-2021 10:09 AM
Yg lagi sorang tu yg dah besar tu anak dorang ke bukan?

Bukan. Kan dah tulis kat atas tu. Hasil perkahwinan terdahulu.

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.081754 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top