CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Elak Makan 'Kuah Banjir' Kalau Tak Nak Gemuk

7-1-2021 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7787| Komen: 56

Masalah kegemukan khasnya di negara ini bukanlah satu perkara yang baru disebut. Sehingga November 2020, Malaysia menjadi negara ‘tergemuk’ di Asia dengan 33 peratus rakyatnya mempunyai berat badan berlebihan dan 18 peratus pula mengalami obesiti.



Gambar hiasan

Trend kegemukan berpunca daripada pelbagai faktor. Paling utama adalah dari segi pemakanan kita setiap hari.

Public Health Malaysia menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya berkata, makan ‘kuah banjir’ merupakan antara perkara yang tidak disangka boleh menyebabkan kegemukan. Ia adalah kerana bilangan kalori dan juga kandungan lemak dalam hidangan kuah banjir mendorong kepada masalah kegemukan ini untuk berlaku.

Dan tahukah anda, dalam satu hidangan nasi kandar kuah banjir, ia mempunyai sehingga 800 kalori dariapada kuah berlemak dan bersantan seperti kari dan rendang!

Selain itu, berikut adalah antara perkara yang tidak disangka boleh menyebabkan kegemukan.



Loading FB Post...

Amalan hidup yang sihat seperti rajin bersenam dan bersukan boleh membantu anda untuk mengatasi masalah kegemukan. Dapatkan nasihat daripada doktor untuk menentukan tahap kesihatan anda.


Sumber: Era.je

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ninjanunu 7-1-2021 04:26 PM
Jom mulakan gaya hidup sihat..
Quote AbukRokok 7-1-2021 04:42 PM
gemuk is Ausome
Quote prettyuglybabe 7-1-2021 04:53 PM
tak syok makan nasi kering..
Quote Nes3in1 7-1-2021 04:58 PM
Jgn makan bersulam air nanti buncit. {:teatime
Quote _blackbird 7-1-2021 05:08 PM
iols boleh makan apa sahaja berat tak naik kecuali nasi. makan sekali je esok terus naik berat. seminggu straight makan nasi berat terus naik 2kg
Quote chinta89 7-1-2021 05:40 PM
Sekali sekala blh la mkn banjir
Quote Boomibulat 7-1-2021 05:43 PM
Roti canai banjir pun x boleh ke..favourite saya tu
Quote syamzana 7-1-2021 05:46 PM
i tak suke kuah banjir mcm xjmp nasi+lauk nmpk kuah je. lagi2 roti canai banjir, terus lembek jadinya roti canai tu
Quote wak_pijah 7-1-2021 05:55 PM
Mcm ada colleague dulu kalau lunch dia makan nasik dgn ikan goreng, ayam goreng gitu je, kicap pun takde. Sayur pun takde.

Tp badan dia mmg firm gila. Cuma i wonder dia berak tak sembelit ke? Nak tanya segan sbb dia lelaki.
Quote FOTHER-MUCKER 7-1-2021 06:17 PM
Berbasikal untuk gaya hidup sihat!
Quote sekngucing 7-1-2021 06:22 PM
prettyuglybabe replied at 7-1-2021 04:53 PM
tak syok makan nasi kering..

Kuah banjir di artikel.tu..aku paham.bukan nasi berkuah tp roti canai dll yg banjir..
Quote JohnDeSouza 7-1-2021 06:25 PM
Khas utk peminat nasi kandar
Quote JunkMail 7-1-2021 06:28 PM
Berhenti makan nasi, roti, minum air Boba bagai. Senang Cite..kau berhenti makan karbo.
Quote anony-mous 7-1-2021 06:29 PM
Skrg bukan masalah makanan lg tp masalah society yg “membenarkan” gemuk ni. Gemuk is awesome, gemuk is bodyshaming bla bla. Gemuk xmenyusahkan (walhal realiti mmg menyusahkan org lain)
Quote Redmyvi 7-1-2021 06:31 PM
sekali sekala apa salahnya kalau teringin.. cheat day.. hehe

Quote pasa 7-1-2021 06:36 PM
Edited by pasa at 7-1-2021 06:38 PM

makan nasik tak elok berkuah terlampau byk.

sebab dalam kuah masakan tu la ada kandungan garam, gula, serbuk perasa pewarna, makanan, miyak dll.

nasik tak salah cuma jgn makan berlebihan nasi tu,  kalau sebelum ni mkn nasik 3 4 pinggan sehari cuba kurangkan jadi 2 pinggan

proses nak turun berat badan tu ambil masa.

lepas makan nasik kalau blh buat la aktiviti riadah, jgn la tido dengan harapan bangun tido nanti dah slim.
Quote jazaa100 7-1-2021 06:38 PM
_blackbird replied at 7-1-2021 05:08 PM
iols boleh makan apa sahaja berat tak naik kecuali nasi. makan sekali je esok terus naik berat. semi ...

kau tukar ke beras perang
Quote ninja9 7-1-2021 06:45 PM
kuah tu banyak kalori rupanya.... tak ada rupa karbo pun
Quote pasa 7-1-2021 06:46 PM
wak_pijah replied at 7-1-2021 05:55 PM
Mcm ada colleague dulu kalau lunch dia makan nasik dgn ikan goreng, ayam goreng gitu je, kicap pun t ...

blh je makan mcm tu.

tak nak sembelit mkn la buat or makanan yg tinggi serat.

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.042242 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top