CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaduh Dengan Bini, Pergi Tumpang Tidur Rumah Janda Pula

7-1-2021 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5409| Komen: 31

Lelaki memberi alasan terpaksa membawa anak lelakinya berusia empat tahun menumpang tidur di rumah rakan wanitanya kerana bergaduh dengan isteri.

Lelaki berusia 35 tahun yang juga seorang penjawat awam memberi alassan itu ketika dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) pada 3.40 pagi hari ini di rumah wanita terbabit di Taman Serai Wangi, Padang Serai di sini.

Pegawai Penguat Kuasa PADK Azwan Azman berkata, pihaknya menerima aduan awam berhubung kegiatan maksiat di rumah itu sebelum melakukan pemeriksaan lanjut.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita berusia 39 tahun membukanya dan membenarkan pemeriksaan dijalankan dalam rumah berkenaan.

Foto: Harian Metro


"Kita menemui lelaki itu dan anak lelakinya berusia empat tahun berada dalam sebuah bilik, manakala seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dipercayai anak wanita berkenaan sedang tidur di bilik lain.

"Hasil soal siasat mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen mempunyai hubungan suami isteri atau mahram menyebabkan pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azwan berkata, lelaki itu bekerja dan menetap di Pulau Pinang, malah isterinya juga dipercayai seorang penjawat awam.

Beliau berkata, pasangannya pula berstatus ibu tunggal dan bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di Bertam, Pulau Pinang.

"Wanita itu mempunyai empat anak dan seorang daripadanya tinggal bersama, manakala tiga lagi tinggal bersama bekas suaminya.

"Pasangan itu kemudiannya dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan," katanya.

Azwan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ChildrenOfBodom 7-1-2021 10:43 AM
Kulim oh Kulim
Quote tikusmontok 7-1-2021 10:46 AM
kat serai wangi pulak...biasanya kat keladi.
Quote dua_chzy 7-1-2021 11:49 AM
Fesbuk memasing musti tak lekang dengan post ayat Quran doa2 mustajab segala.
Quote baghal_bortuqal 7-1-2021 11:54 AM
hahahaha helok tol pangai kau jantan....
Quote awanearisu 7-1-2021 11:55 AM
Dasar biawak. Hotel bajet banyak dah sekarang ni.
Quote zuuu 7-1-2021 12:02 PM
Xde tempat lain lagi ke yg ko boleh pergi???umah parents ko ke,adik beradik ke,sedara ke x pon umah kawan lelaki yg lain???x pon check in hotel bajet skrg tngah ada promosi kut...umur 35 penjawat awam lagi xkan x leh fikir???
Quote Belibis 7-1-2021 12:04 PM
Mungkin jantan ni jenis lurus.bininya cakap ' pegi la tidur rumah janda sana tu kalau dah gatei sangat'..
Quote clarizsa 7-1-2021 12:19 PM
Mmmm
Jijiknya perangai
Quote becir 7-1-2021 12:23 PM
Ni kalau sabit kesalahan mmg hilang keje la Kan?
Quote ~boolean 7-1-2021 01:18 PM
kena cekup berdasarkan aduan orang awam..
aku simpulkan mesti selalu sangat singgah rumah janda tu sampai orang awam pun naik meluat...
Quote prettyuglybabe 7-1-2021 02:00 PM
kedah ni tak payah la nak check in mana-mana kalau nak berskandal..
jiran sedara mara menakan ikan semua kaki report
Quote kerabuBiru 7-1-2021 02:14 PM
Belibis replied at 7-1-2021 12:04 PM
Mungkin jantan ni jenis lurus.bininya cakap ' pegi la tidur rumah janda sana tu kalau dah gatei sang ...

Hmmmm... possible kehkehh
Quote Supersirap 7-1-2021 02:20 PM
Apa nak jadi dengan mereka ini, semoga bertaubat
Quote lattehazelnut 7-1-2021 02:24 PM
Lelaki tu bawak anak pulak tu.. n pompuan tu  xmalu ke kat anak sendiri? Kang jd bohsia ikut perangai mak..
Quote R2D2 7-1-2021 02:26 PM
famous dh kawasan Kulim
Quote amerald 7-1-2021 02:32 PM
laris janda tu ye..
laki tu budus..
sepatutnya staff gomen yg perangai buruk macam ni di pecat
Quote underground 7-1-2021 02:33 PM
prettyuglybabe replied at 7-1-2021 02:00 PM
kedah ni tak payah la nak check in mana-mana kalau nak berskandal..
jiran sedara mara menakan ikan  ...

betul, masa muda bbnu, pernah checkin dgn member 1 motel kt jln langgar.

malam tu lps makan, lepak kat luar balkoni, tutup pintu, kami hisap rokok.

tetiba dengar bergegar pintu kena ketuk. tu dia, polis dgn peg agama dah depan pintu dengan muka kelat.

habis check 1 bilik, bawah katil, locker semua.

marah sangat sebab kami lambat buka pintu. mana la dengar..
Quote any42 7-1-2021 02:45 PM
aduhai ade ank dara prempuan plak tu dlm rumah. kesiannya mak xbleh jd role model yg baik utk ank.
Quote Ninjanunu 7-1-2021 05:09 PM
Hmmm dh westernized sgt ke

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.048694 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top