View: 4488|Reply: 29
|
Gaduh Dengan Bini, Pergi Tumpang Tidur Rumah Janda Pula
[Copy link]
|
|
Lelaki memberi alasan terpaksa membawa anak lelakinya berusia empat tahun menumpang tidur di rumah rakan wanitanya kerana bergaduh dengan isteri.
Lelaki berusia 35 tahun yang juga seorang penjawat awam memberi alassan itu ketika dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) pada 3.40 pagi hari ini di rumah wanita terbabit di Taman Serai Wangi, Padang Serai di sini.
Pegawai Penguat Kuasa PADK Azwan Azman berkata, pihaknya menerima aduan awam berhubung kegiatan maksiat di rumah itu sebelum melakukan pemeriksaan lanjut.
Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita berusia 39 tahun membukanya dan membenarkan pemeriksaan dijalankan dalam rumah berkenaan.
Foto: Harian Metro
"Kita menemui lelaki itu dan anak lelakinya berusia empat tahun berada dalam sebuah bilik, manakala seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dipercayai anak wanita berkenaan sedang tidur di bilik lain.
"Hasil soal siasat mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen mempunyai hubungan suami isteri atau mahram menyebabkan pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azwan berkata, lelaki itu bekerja dan menetap di Pulau Pinang, malah isterinya juga dipercayai seorang penjawat awam.
Beliau berkata, pasangannya pula berstatus ibu tunggal dan bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di Bertam, Pulau Pinang.
"Wanita itu mempunyai empat anak dan seorang daripadanya tinggal bersama, manakala tiga lagi tinggal bersama bekas suaminya.
"asangan itu kemudiannya dibawa ke balai polis berhampiran untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan," katanya.
Azwan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kat serai wangi pulak...biasanya kat keladi. |
|
|
|
|
|
|
|
Fesbuk memasing musti tak lekang dengan post ayat Quran doa2 mustajab segala. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha helok tol pangai kau jantan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dasar biawak. Hotel bajet banyak dah sekarang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Xde tempat lain lagi ke yg ko boleh pergi???umah parents ko ke,adik beradik ke,sedara ke x pon umah kawan lelaki yg lain???x pon check in hotel bajet skrg tngah ada promosi kut...umur 35 penjawat awam lagi xkan x leh fikir??? |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin jantan ni jenis lurus.bininya cakap ' pegi la tidur rumah janda sana tu kalau dah gatei sangat'.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau sabit kesalahan mmg hilang keje la Kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kena cekup berdasarkan aduan orang awam..
aku simpulkan mesti selalu sangat singgah rumah janda tu sampai orang awam pun naik meluat... |
|
|
|
|
|
|
|
kedah ni tak payah la nak check in mana-mana kalau nak berskandal..
jiran sedara mara menakan ikan semua kaki report |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 7-1-2021 12:04 PM
Mungkin jantan ni jenis lurus.bininya cakap ' pegi la tidur rumah janda sana tu kalau dah gatei sang ...
Hmmmm... possible kehkehh |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nak jadi dengan mereka ini, semoga bertaubat |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki tu bawak anak pulak tu.. n pompuan tu xmalu ke kat anak sendiri? Kang jd bohsia ikut perangai mak.. |
|
|
|
|
|
|
|
laris janda tu ye..
laki tu budus..
sepatutnya staff gomen yg perangai buruk macam ni di pecat |
|
|
|
|
|
|
|
betul, masa muda bbnu, pernah checkin dgn member 1 motel kt jln langgar.
malam tu lps makan, lepak kat luar balkoni, tutup pintu, kami hisap rokok.
tetiba dengar bergegar pintu kena ketuk. tu dia, polis dgn peg agama dah depan pintu dengan muka kelat.
habis check 1 bilik, bawah katil, locker semua.
marah sangat sebab kami lambat buka pintu. mana la dengar..
|
|
|
|
|
|
|
|
aduhai ade ank dara prempuan plak tu dlm rumah. kesiannya mak xbleh jd role model yg baik utk ank. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm dh westernized sgt ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|