CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Jatuh Cinta Di Laman Sembang, Beri Nama Anak Alamak Dot Com, Ramadhan Dot Com, Robbani Dot Com

6-1-2021 08:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4135| Komen: 21

Tiga beradik di Jawa Timur mencuri perhatian warganet kerana memiliki hujung nama yang unik iaitu Dot Com.

Tribun News melaporkan, kisah itu mula tular selepas seorang warganet memuat naik video mengandungi gambar dan dokumen salasilah keluarga di media sosial.


Anak sulung diberi nama Salsabila Shofwah Alamak Dot Com manakala anak kedua, Mustaghfirin Nazhmi Ramadhan Dot Com dan bongsu, Daffa Fawwaz Robbani Dot Com.

Mustaghfirin, 18, atau mesra disapa Rama ketika dihubungi mengesahkan kisah tular itu.

"Saya anak kedua daripada tiga beradik dan kami ada perkataan dot com di belakang nama," katanya.

Menurut Rama, ada kisah di sebalik nama diberikan ibu bapanya itu.

"Ibu bapa saya berkenalan di ruang sembang laman web Alamak.com pada 1999.

"Untuk mengenang detik perkenalan itu, saya dan dua lagi adik-beradik lain dinamakan dengan tambahan Dot Com," katanya.


Menurut Rama, dia pada awalnya malu memiliki nama unik itu kerana sering menjadi bahan usikan temannya.

Kredit foto: Harian Metro

Namun, dia kini berbangga memiliki nama itu kerana lebih mudah dikenali.

"Ketika kecil saya malu dengan nama itu tapi bangga pula apabila dewasa.

"Memang ada yang mengusik saya, tetapi usikan itu yang membuat saya dikenali," katanya.

Rama berkata, keunikan itu menyebabkan guru dan rakannya sering tidak percaya itu nama sebenar.

Justeru, Rama kerap diminta menunjukkan bukti kepada mereka.

"Setiap kali memasuki sekolah, guru atau rakan pasti terkejut dan tidak percaya. Seterusnya, mereka meminta bukti.

"Namun, saya gembira kerana sejak kisah itu tular, ramai warganet mula menghargai keunikan nama pemberian keluarga.

"Sejak dahulu saya menyimpan impian muncul di kaca televisyen dan menjadi terkenal.

"Tak sangka video dimuat naik itu meraih banyak tontonan dan masih tular sehingga kini," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-1-2021 09:16 AM
Terus aku kata "indon" walaupun dgn baca tajuk
Quote duri_durians 6-1-2021 09:47 AM
dorang sana terlebih sentimental..

tapi aku suka nama anak melly goeslow - anakku lelaki hoed.
taktau la dia panggil anak dia apa. kalau kt malaysia panggil boy je biasanya.
Quote dua_chzy 6-1-2021 11:09 AM
duri_durians: dorang sana terlebih sentimental..tapi aku suka nama anak melly goeslow - anakku lelaki hoed.taktau la dia panggil anak dia apa. kalau kt malaysia pan ...


Nama Bunga Citra Lestari tu pun cukup cantik. Patutnya kita kekalkan saja nama nusantara hutan. Takyah adopt nama Arab ka kokesen ka Yahudi.
Quote jazaa100 6-1-2021 11:10 AM
Indon dot com
Quote buapakperut 6-1-2021 11:15 AM
indon.com
Quote Artemesiaa 6-1-2021 12:23 PM
Anak dia lantak ler dia nak letak nama apa
Quote Supersirap 6-1-2021 03:59 PM
Nama yang agak unik kerana melibatkan nama sesawang, takut nama anak-anak tersebut akan disindir dan dibuat main oleh rakan-rakan mereka, jika perkara ini berlaku kasihan kepada anak-anak tersebut
Quote puteribaya 6-1-2021 04:10 PM
kalau anak sulung tu mak dia panggil..ALAMAK!..apa respon dia
Quote belilies 6-1-2021 07:04 PM
Kalo aku lh jadik cikgu anak2 deyols ni memang ku panggil "dot ch-om" aje.
Quote ChildrenOfBodom 6-1-2021 07:21 PM
caprut dotcom
Quote makadek 6-1-2021 08:02 PM
Alamak.com pot aku melepek
Quote Ninjanunu 6-1-2021 08:14 PM
Kalau redha xpela.. Jangan depressed, kesian kalau depressed sbb kena ejek
Quote KBW2 6-1-2021 08:41 PM
Kesian anak-anak, walau nampak ceria jah ketiga-tiga dot coms ittew.
Quote kakikuDibibirmu 6-1-2021 09:10 PM
Cc @abcdotcom     
Quote Carcosa 6-1-2021 09:56 PM
Tah hapa2 tah leluhur Jawa
Quote dudaberhias 6-1-2021 09:57 PM
lantak la yang malu nanti dia sendiri dan anak2 jugak...
leluhur khennn
Quote Yunbin 7-1-2021 01:41 AM
Kurex: Terus aku kata "indon" walaupun dgn baca tajuk



Same...baca tajuk je terus terdetik macam tu...
Quote kimsa-ra 7-1-2021 02:47 AM
Hodoh la nama cmtu
Quote najib888 7-1-2021 04:57 AM
Kat sini tak dak ka boh nama anak cari dot kom dot mai?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.048385 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top