View: 2776|Reply: 21
|
Ibu Bapa Jatuh Cinta Di Laman Sembang, Beri Nama Anak Alamak Dot Com, Ramadhan D
[Copy link]
|
|
Tiga beradik di Jawa Timur mencuri perhatian warganet kerana memiliki hujung nama yang unik iaitu Dot Com.
Tribun News melaporkan, kisah itu mula tular selepas seorang warganet memuat naik video mengandungi gambar dan dokumen salasilah keluarga di media sosial.
Anak sulung diberi nama Salsabila Shofwah Alamak Dot Com manakala anak kedua, Mustaghfirin Nazhmi Ramadhan Dot Com dan bongsu, Daffa Fawwaz Robbani Dot Com.
Mustaghfirin, 18, atau mesra disapa Rama ketika dihubungi mengesahkan kisah tular itu.
"Saya anak kedua daripada tiga beradik dan kami ada perkataan dot com di belakang nama," katanya.
Menurut Rama, ada kisah di sebalik nama diberikan ibu bapanya itu.
"Ibu bapa saya berkenalan di ruang sembang laman web Alamak.com pada 1999.
"Untuk mengenang detik perkenalan itu, saya dan dua lagi adik-beradik lain dinamakan dengan tambahan Dot Com," katanya.
Menurut Rama, dia pada awalnya malu memiliki nama unik itu kerana sering menjadi bahan usikan temannya.
Kredit foto: Harian Metro
Namun, dia kini berbangga memiliki nama itu kerana lebih mudah dikenali.
"Ketika kecil saya malu dengan nama itu tapi bangga pula apabila dewasa.
"Memang ada yang mengusik saya, tetapi usikan itu yang membuat saya dikenali," katanya.
Rama berkata, keunikan itu menyebabkan guru dan rakannya sering tidak percaya itu nama sebenar.
Justeru, Rama kerap diminta menunjukkan bukti kepada mereka.
"Setiap kali memasuki sekolah, guru atau rakan pasti terkejut dan tidak percaya. Seterusnya, mereka meminta bukti.
"Namun, saya gembira kerana sejak kisah itu tular, ramai warganet mula menghargai keunikan nama pemberian keluarga.
"Sejak dahulu saya menyimpan impian muncul di kaca televisyen dan menjadi terkenal.
"Tak sangka video dimuat naik itu meraih banyak tontonan dan masih tular sehingga kini," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terus aku kata "indon" walaupun dgn baca tajuk |
|
|
|
|
|
|
|
dorang sana terlebih sentimental..
tapi aku suka nama anak melly goeslow - anakku lelaki hoed.
taktau la dia panggil anak dia apa. kalau kt malaysia panggil boy je biasanya. |
|
|
|
|
|
|
|
duri_durians: dorang sana terlebih sentimental..tapi aku suka nama anak melly goeslow - anakku lelaki hoed.taktau la dia panggil anak dia apa. kalau kt malaysia pan ...
Nama Bunga Citra Lestari tu pun cukup cantik. Patutnya kita kekalkan saja nama nusantara hutan. Takyah adopt nama Arab ka kokesen ka Yahudi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak dia lantak ler dia nak letak nama apa |
|
|
|
|
|
|
|
Nama yang agak unik kerana melibatkan nama sesawang, takut nama anak-anak tersebut akan disindir dan dibuat main oleh rakan-rakan mereka, jika perkara ini berlaku kasihan kepada anak-anak tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
kalau anak sulung tu mak dia panggil..ALAMAK!..apa respon dia |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo aku lh jadik cikgu anak2 deyols ni memang ku panggil "dot ch-om" aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak.com pot aku melepek |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau redha xpela.. Jangan depressed, kesian kalau depressed sbb kena ejek |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian anak-anak, walau nampak ceria jah ketiga-tiga dot coms ittew. |
|
|
|
|
|
|
|
Tah hapa2 tah leluhur Jawa |
|
|
|
|
|
|
|
lantak la yang malu nanti dia sendiri dan anak2 jugak...
leluhur khennn |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex: Terus aku kata "indon" walaupun dgn baca tajuk
Same...baca tajuk je terus terdetik macam tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini tak dak ka boh nama anak cari dot kom dot mai?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|