CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hati Makin Tenang Ikut Kelas Usrah, Puteri Sarah Masih Berhubung Dengan Syamsul

4-1-2021 08:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6350| Komen: 34

Selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung, pelakon Puteri Sarah mengakui masih berhubung dengan suaminya yang juga pengarah filem Munafik, Syamsul Yusof demi anak-anak.


Kredit foto: IG Syamsul/Puteri Sarah


"Kami masih berhubung dan kadang-kadang Syamsul datang bertemu anak-anak. Insya-Allah, kami dalam fasa berbaik, tapi dalam tempoh ini harapnya semua dapat berikan sokongan dan mendoakan yang terbaik. Jangan harap perkara buruk berlaku.

"Sudah menjadi lumrah apabila seseorang jatuh pasti akan ada individu yang bertepuk tangan, tapi saya tidak akan biarkan perkara itu berlaku," katanya.

Tambah Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia dan Syamsul sudah mempunyai jalan penyelesaian dan berharap hubungan mereka kembali pulih.

"Sebenarnya kami sudah ada jalan penyelesaian selepas berbincang dan mencari kesefahaman. Akan ada berita baik. Doakan yang terbaik saja buat kami," katanya.


Mengakui tahun lalu adalah episod duka yang penuh cabaran dan kepahitan apabila rumah tangga yang dibina hampir enam tahun lalu dikatakan diganggu orang ketiga, Sarah bagaimanapun enggan terus hanyut membuai perasaan sedih sebaliknya ingin terus bangkit.



"Saya mengharapkan tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik buat saya. Saya juga kini sudah mula mengikuti kelas usrah setiap minggu.

"Bagi saya, sebelum nak betulkan orang lain, saya perlu perbaiki diri terlebih dahulu. Alhamdulillah, setakat ini sudah tiga kali saya mengikuti kelas usrah dan banyak pengisian yang saya belajar.

"Malah, sepanjang kelas terbabit hati saya jadi tenang mungkin apabila membabitkan majlis ilmu ini ada banyak malaikat dengan kita, jadi Tuhan beri ketenangan itu sehingga saya lupa mengenai hal dunia," katanya.


Sumber: Harian Metro

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 4-1-2021 08:07 AM
Semoga yg baik2 utk mereka.. Btw btl ke org ketiga tu anak kaxar???
Quote husie91 4-1-2021 08:33 AM
Kesian sarah.. last2 si isteri juga kena pandai ubat hati sendiri.. walhal yg buat hal si suami.. in other words bagus jugak if dua2 berbaik.. berputih mata lah yg si ketiga.. tapi as a isteri susah sebenarnya nk lapangkan dada n hati if dah terkena or suami ada sejarah.. akan semtiasa hiduo dalam rasa curiga.. unless sarah betul2 kuat and boolayan jela.. as if take it or leave it.. hati yg disakiti dek kecurangan bukan besher2 sakit dia oooo
Quote lattehazelnut 4-1-2021 08:46 AM
Nak cerai cerai je lah..
Nak bg dia kawin bg je..
Xyah buat drama isteri teraniaya.. banyak sampai org meluat dah..
Ke nak jd bella 2.0
Quote swateng1 4-1-2021 08:56 AM
chinta89 replied at 4-1-2021 08:07 AM
Semoga yg baik2 utk mereka.. Btw btl ke org ketiga tu anak kaxar???

really???? ehh sundell bolong sgt perangai ank dia. tp aku suka je bapak dia.. kelakar
Quote makcun14 4-1-2021 09:00 AM
Sejenis marriage yang toxic yach. Sedih , sheols dah dapat mertua yang baik anggap macam dia anak sendiri tapi laki pulak makan luar.
Quote swateng1 4-1-2021 09:13 AM
comelnyaaa sumayyah..  i loikeee
Quote AKAZ85 4-1-2021 09:22 AM
Sol sol sol pon macam bahagia je sekarang... Kemain enjoy hidup macam single mingle je
Quote zehra2 4-1-2021 09:29 AM
chopp.. smlm yg gossip bi-pop tu anak kazar tu jugek lah kan?
suka antar gambar2 seksi seksa kat  lelaki.. jadi bukan sol aje lah yg kena goda.
cuma yg lain cpt larii
Quote mamajawie 4-1-2021 10:18 AM
rengsa lak aku tgok gambar sol kat atas tu..cm kelepuk drag gengster
Quote follesegal 4-1-2021 10:22 AM
yg iols prasan sarah ni mcm nk try mk kclique je...ada je bnda dia nk post puji mk ni..pastu gigih mncemar duli kt ig post mk.. nk try anak ikan ke tuu??
Quote makcun14 4-1-2021 10:24 AM
follesegal replied at 4-1-2021 10:22 AM
yg iols prasan sarah ni mcm nk try mk kclique je...ada je bnda dia nk post puji mk ni..pastu gigih m ...

Omg ye kee... sesi balas dendam kat Sol ke tewww.
Quote umbut 4-1-2021 10:28 AM
Cam mil dia lah... merajuk terus keluar umah belajar agama kan..
Quote Zirara99 4-1-2021 10:30 AM
Wanginya anak-anak dia. Rambut tk biar mengurai tutup2 mata. Kemas pakaian semua. In luv tengok
Quote Jemahjemah 4-1-2021 10:42 AM
Kesian tgk. Emm. Teringat hans isacc dalm pgu cinta kita 2 hritu ckp depan bella 2.0. Lelaki xkan pernah berubah. Huwaa. Harap la laki theyols berubah ye. Kesian tgk anak isteri
Quote Kancilkering 4-1-2021 10:47 AM
dia ada anak dua...sure fikir kan anak dia dlu ....tapi end of the day yg dia kena tny diri dia lah...dia nak apa....
talk le tu shamsul cecepat....
Quote Zazama 4-1-2021 11:26 AM
Sebaiknya, kita doa yg baik2 utk pasangan ini.
Quote LadyCarefree 4-1-2021 12:24 PM
Kat IG filter banyak ke sbb kalau x, nmpak tua giler.
Quote beatgirlX 4-1-2021 12:32 PM
Kalau bercerai pun satu berita baik jugak kalau itu yg melegakan dan mebahagiakan..
Tapi aku tetap mendoakan kebahagiaan rumahtangga tu..
Quote mamajawie 4-1-2021 12:45 PM
sumayyah muka cam amelia henderson masa kecik..

jauh bertiang la lawa dari keksia yg jadi poojaan fakeks ni..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.067722 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top