Temerloh: Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di kilometer 198 antara persimpangan bertingkat Sri Jaya dan Persimpangan Bertingkat Gambang dinaiki air kira-kira 1 meter sepanjang kira-kira satu kilometer berikutan hujan lebat sejak malam tadi. ANIH Berhad dalam satu kenyataan berkata, semua lorong ditutup kepada semua kenderaan. "Sehubungan dengan itu, pengguna yang ingin ke Kuantan dan Kuala Lumpur mohon tangguhkan perjalanan buat sementara waktu. "Syarikat turut ingin menasihatkan orang ramai agar mengikuti status dan perkembangan perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH iaitu twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur untuk status terkini keadaan trafik dan lebuh raya," katanya. Sumber : HarianMetro |
sikatkutu replied at 3-1-2021 12:22 PM
mungkin ada hikmah tak nak bagi zon merah berpusu2 masuk zon hijau
Knowlee replied at 3-1-2021 12:18 PM
Allahu... Yg dah tersangkut tu mcm mana nak patah balik... Yg dah tenggelam dlm banjir tu nangis mau ...
CiliPadiSedap replied at 3-1-2021 12:49 PM
kereta org kaya lepas kena sangkut banjir dia org cabut plat dulu. dia org claim insurans terus ju ...
Knowlee replied at 3-1-2021 12:56 PM
Cabut nombor plat tu maksudnya dia pakai nombor plat sama kat kereta baru dia ke?
CiliPadiSedap replied at 3-1-2021 01:04 PM
x, maksudnya xnak kereta dia viral or orang rakam. kalau dah terakam or viral nanti susah. lepas t ...
Knowlee replied at 3-1-2021 12:18 PM
Allahu... Yg dah tersangkut tu mcm mana nak patah balik... Yg dah tenggelam dlm banjir tu nangis mau ...
ADVERTISEMENT