CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedih! Lelaki Gantung Diri Sebab Takut Dijangkiti, Rupanya Negatif Covid-19

3-1-2021 10:31 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3479| Komen: 6|Original author: Oleh: LilRose

Seorang lelaki mengambil tindakan drastik dengan menggantung diri akibat ketakutan melampau dijangkiti Covid-19.

Menurut Mexico News Daily yang dipetik Harian Metro, Mario Alberto, 29, membunuh diri di tandas di Hospital Besar Monclova ketika masih menunggu keputusan ujian calitan kedua.



Gambar hiasan

Kematiannya sia-sia apabila keputusan menunjukkan mangsa sebenarnya negatif Covid-19.

Difahamkan, Alberto menerima rawatan di hospital berkenaan pada Sabtu lalu selepas keputusan ujian kit pantas dari tempat lain menunjukkan dia positif Covid-19.

Pada Isnin, jururawat menemui mayatnya di tergantung di pintu tandas selepas tidak kembali ke katilnya selama 20 minit.

Bagaimanapun, Pentadbir Keselamatan Sosial Coahuila, Leopoldo Santill??n memaklumkan, pihaknya tidak akan mengenakan tindakan ke atas kakitangan hospital yang bertanggungjawab menjaga mangsa memandangkan ia bukan kes pembunuhan, sebaliknya hanya kebetulan.


"Tambahan lagi, bukan tanggungjawab kakitangan menemani pesakit dalam keadaan fizikal seperti Alberto masuk ke bilik mandi," katanya.

Namun, dia tidak menolak semua pesakit di hospital akan mengalami tekanan perasaan dan pesakit Covid-19 biasanya akan diberikan kaunseling psikologi selepas dibenarkan discaj. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 3-1-2021 02:23 PM
Ape beza mati gantung diri dan mati covid.  ... Adeihhh x fikir pjg alih2 negatif
Quote Pamelaloba 4-1-2021 12:06 AM
Sia sia je {:childlike
Quote ikanmasin 4-1-2021 12:33 AM
kesian mati sia2 pl dah..gara2 takut..
Quote nanies 4-1-2021 01:47 PM
sia2 je mati.
Quote Artemesiaa 4-1-2021 01:55 PM
Perbuatan yang sia2 tapi ada benarnya ramai yang stress akibat covid19 ni
Quote clarizsa 4-1-2021 05:25 PM
Dah ajal dia macam tu
Gantung diri tu asbab je

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.035016 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top