View: 1811|Reply: 6
|
Sedih! Lelaki Gantung Diri Sebab Takut Dijangkiti, Rupanya Negatif Covid-19
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki mengambil tindakan drastik dengan menggantung diri akibat ketakutan melampau dijangkiti Covid-19.
Menurut Mexico News Daily yang dipetik Harian Metro, Mario Alberto, 29, membunuh diri di tandas di Hospital Besar Monclova ketika masih menunggu keputusan ujian calitan kedua.
Gambar hiasan
Kematiannya sia-sia apabila keputusan menunjukkan mangsa sebenarnya negatif Covid-19.
Difahamkan, Alberto menerima rawatan di hospital berkenaan pada Sabtu lalu selepas keputusan ujian kit pantas dari tempat lain menunjukkan dia positif Covid-19.
Pada Isnin, jururawat menemui mayatnya di tergantung di pintu tandas selepas tidak kembali ke katilnya selama 20 minit.
Bagaimanapun, Pentadbir Keselamatan Sosial Coahuila, Leopoldo Santill??n memaklumkan, pihaknya tidak akan mengenakan tindakan ke atas kakitangan hospital yang bertanggungjawab menjaga mangsa memandangkan ia bukan kes pembunuhan, sebaliknya hanya kebetulan.
"Tambahan lagi, bukan tanggungjawab kakitangan menemani pesakit dalam keadaan fizikal seperti Alberto masuk ke bilik mandi," katanya.
Namun, dia tidak menolak semua pesakit di hospital akan mengalami tekanan perasaan dan pesakit Covid-19 biasanya akan diberikan kaunseling psikologi selepas dibenarkan discaj. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ape beza mati gantung diri dan mati covid. ... Adeihhh x fikir pjg alih2 negatif |
|
|
|
|
|
|
|
kesian mati sia2 pl dah..gara2 takut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Perbuatan yang sia2 tapi ada benarnya ramai yang stress akibat covid19 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ajal dia macam tu
Gantung diri tu asbab je |
|
|
|
|
|
|
| |
|