CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ini “Step By Step” Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Kereta Terjunam Dalam Air

3-1-2021 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2571| Komen: 14

Description: Tiada sesiapa mahu terperangkap dalam situasi cemas yang boleh meragut nyawa. Tragedi kereta terjunam di dalam sungai Batang Lupar semalam sehingga menyebabkan sembilan kematian pastinya meninggalkan ...



Tiada sesiapa mahu terperangkap dalam situasi cemas yang boleh meragut nyawa. Tragedi kereta terjunam di dalam sungai Batang Lupar semalam sehingga menyebabkan sembilan kematian pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada kita semua.

Namun, mungkin tidak ramai yang sedar apa yang perlu kita lakukan jika terperangkap dalam situasi tersebut.

Menurut ABC News, mangsa hanya mempunyai masa 30 saat untuk keluar dengan selamat sebelum air memenuhi kereta. Malah, kita juga dilarang untuk membuat panggilan kecemasan terlebih dahulu, sebaliknya berusaha untuk keluar dari kenderaan.

“Sangat kritikal untuk keluar secepat mungkin bila saja anda sedar kereta di dalam air,” kata Geoff Fahringer, Sheriff’s Dept, Naples, FL.


“30 hingga 60 saat ialah tempoh anda perlu keluar dari kenderaan,” kata Dr Gordon Giesbrecht dari University of Manitoba.

Dalam ujikaji tindakan ketika kereta jatuh ke dalam air, sepasukan penyelam yang menaiki kenderaan telah melakukan prosedur seperti berikut semasa kereta mereka tenggelam iaitu,

1- Buka tali pinggang keselamatan
2- Turunkan tingkap
3- Keluar daripada kenderaan

Melalui ujian ke atas kenderaan dengan empat penumpang, kesemua mereka mengambil masa kira-kira 20 saat untuk menyelamatkan diri selepas ‘berlawan’ dengan arus air yang masuk melalui tingkap.



Selamatkan anak paling tua
Bagi kenderaan yang mempunyai penumpang kanak-kanak pula, selamatkan anak yang paling tua terlebih dahulu dan anak paling muda yang terakhir. Prosedur ini untuk meningkatkan peluang selamat bagi kesemua mereka.

Jangan buat perkara ini dalam kenderaan yang sedang tenggelam


1. Jangan sentuh telefon
Kesilapan utama yang ramai lakukan ialah membuat panggilan kecemasan kerana ia bukan masa yang sesuai.


Berdasarkan laporan itu, ramai mangsa yang cuba membuat panggilan kecemasan ketika kereta sedang tenggelam. Namun, ia bukan tindakan yang tepat.

“Jadi perkara pertama, jangan sentuh telefon. Jangan telefon 911 (talian kecemasan) dari dalam kenderaan yang sedang tenggelam,” kata Dr Gordon.

2. Jangan buka pintu kereta.
Hal ini kerana arus air akan menolaknya tertutup kembali serta boleh menyebabkan kereta lebih cepat tenggelam, membuatkan anda mungkin tidak sempat keluar daripada kenderaan itu dengan segera.




3. Jangan tunggu kereta tenggelam ke dasar
Tambah Gordon, saranan untuk membiarkan kereta tenggelam ke dasar (agar tekanan air di dalam dan luar kenderaan adalah sama) sebelum membuka pintu adalah satu salah faham semata-mata.

“Ia terlalu lambat,” katanya.

Bagaimana pula dengan kenderaan yang menggunakan power window?
Anda boleh mendapatkan alat pemecah tingkap (boleh dibeli di Shopee) untuk memudahkan diri. Mungkin anda juga perlu menyimpan alat pemotong tali pinggang di dalam kenderaan jika berlaku kecemasan.



Moga kita semua terpelihara daripada sebarang marabahaya. Tonton video di bawah dengan sarikata bahasa Melayu yang disediakan oleh Public Health Malaysia.

Loading FB Post...

Video penuh di sini:





Sumber : ABC News, Public Health Malaysia, SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 3-1-2021 10:13 AM
Iols harap penyamun kereta tak beli alat pemecah tingkap utk buat keje2 depa..

Baguih la ada org bg nasihat.. harap2 takde menjadi korban pasni.
Quote chinta89 3-1-2021 10:13 AM
{:love{:good{:good{:good{:good
Quote kaedahnya 3-1-2021 10:19 AM
pernah tengok kat youtube kalau tingkap tak boleh bukak, bukak headrest, pastu ketuk tingkap guna besi tajam dekat headrest tu.
Quote mawar_mustika 3-1-2021 11:07 AM
pernah tgk aidil marcello buat aksi ni dlm program ape tah dh lupe...die ckp serius walaupun ms tu dh bersedia mental & fizikal...tambah lg cukup segala safety tp ble kereta tu dh tenggelam die ckp mmg panic gila..dlm video yg dieorg ambk mmg nampak aidil mmg cuak gila muka...mohon dijauhknlh perkara ni berlaku pd kita semua
Quote Zazama 3-1-2021 11:17 AM
Harap tips mcm ni disebar2kan.
Quote Levespa 3-1-2021 01:37 PM
Good info.. cuma masa 21 saat yg ada patung sebagai anak2 tu akan jadi lebih lama bila situasi sebenar..sebab anak paling tua tu dia guna patung ringan je..dia angkat dan tarik keluar mcm tu je..kalau situasi sebenar anak tu sendiri kena bergerak ke luar.. mesti makan masa lebih

Dan situasi akan jadi sangat berbeza kalau kereta guna power window, dan terjunam dari jambatan terus ke air dalam..yg mcm demo ni tunjuk kereta bergerak perlahan dari tepi.. tapi ye la terlalu bahaya nak buat demo yg terjunam tu.. impak masa kereta terjun dalam air pun dah boleh buat penumpang cedera
Quote Carcosa 3-1-2021 09:37 PM
Perut aku senak sesenak senaknya bila memikirkan mcmana lah nak escape benda alah ni.... Takutnye, Ya Allah.... Nau'zubillah Min Zalik... Ya Allah, hindarkan lah kami drpd kejadian ini. Aaminnnn Aaminnnn Aaminnnn
Quote lavendernovella 4-1-2021 02:31 AM
Mmg menakutkan . tgk gak satu vid kat yt, pesanannya ialah JANGAN PANIK , tu lah paling payah melainkan orang terlatih macam bomba , askar , scuba driver.. manusia biasa macam iol mmg gabra hilang nafas.
Quote nanies 4-1-2021 01:36 PM
dulu kes yg mamat cina kena langgar ngan pemandu mabuk kat jambatan pulau pinang tu pun banyak gak video2 kesedaran gini kan..
Quote adeqbun 4-1-2021 02:15 PM
kaedahnya replied at 3-1-2021 10:19 AM
pernah tengok kat youtube kalau tingkap tak boleh bukak, bukak headrest, pastu ketuk tingkap guna be ...

aku risau bile dh panik kete tenggelam nak cabut headrest pon x mampu..dgn mgkin cedera lg..huwaaa..
Quote b_n_c 4-1-2021 03:21 PM
setiap kali lalu tmpt berair seperti jambatan atau tepi2 sungai/pantai/longkang aku jadi panic attack...

hanya mampu berdoa dan tawakkal...



klu boleh keluar dr kereta tp x reti berenang pn aku rs mcm x berguna jugak...huwaaaaa......
Quote haryatie 4-1-2021 03:23 PM
Nau'zubillahiminazalik
ngeri nyaaa..boleh ke tk panik
mintak dijauhkan la
Quote kaedahnya 4-1-2021 04:01 PM
adeqbun replied at 4-1-2021 02:15 PM
aku risau bile dh panik kete tenggelam nak cabut headrest pon x mampu..dgn mgkin cedera lg..huwaaa ...

ye la duk pikir macam tu jugak. mai panic tu bukan buleh kira.
Quote Artemesiaa 4-1-2021 04:11 PM
Bagus tips yang dikongsikan tapi kalau panik menyerang time tu semuanya dah tak berguna

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.043770 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top