CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Dipenjara Sebulan, Denda RM3,000 Kerana 'Oyeh-Oyeh' Buat Kali Ketiga

31-12-2020 01:16 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13635| Komen: 96

Gambar Sekadar Hiasan



Mahkamah Rendah Syariah Kemaman pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM3,000 terhadap seorang janda dan teman lelakinya kerana berkhalwat. 

Janda berusia 22 tahun yang tidak bekerja serta pasangannya, duda berusia 34 tahun itu juga diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan (tambahan) jika gagal membayar denda yang dikenakan. 

Hakim Syarie, Mohd Fakhruddin Yusof membuat keputusan itu setelah pasangan berkenaan mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat. 

Berdasarkan pertuduhan, pasangan itu berkhalwat di sebuah bilik tidak bernombor di Permint Bandar Baru Kerteh, jam 1.10 pagi, 13 Februari dua tahun lalu. 


Difahamkan, sekumpulan penguat kuasa Syariah Kemaman melaksanakan pemeriksaan berwaran di lokasi setelah mendapat maklumat. Pintu diketuk dan salam juga diberi beberapa kali sebelum mendapati pintu tidak berkunci. 

Pemeriksaan mendapati, seorang lelaki dan perempuan berada di dalam bilik dan ketika disoal siasat, pasangan itu mengaku bukan suami isteri atau mahram. 

Wanita itu juga sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan yang sama iaitu kali pertama pada tahun 2017 dan kali kedua, 2018 di mana wanita itu tidak hadir ke mahkamah dan bertindak melarikan diri.

Kesalahan kali ketiga pula dilakukan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sepatutnya kamu semakin takut, lagi-lagi untuk melakukan maksiat dalam tempoh sebegini (PKP). Kamu ada anak, sepatutnya jagalah anak dan tunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka.

"Saya berharap dengan hukuman dibuat ini menjadikan masyarakat gerun dan takut untuk mendekati maksiat yang mendatangkan bala kepada seluruh ummah," kata Hakim Mohd Fakhruddin. 





Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 30-12-2020 05:58 PM
mungkin janda2 tua dlm forum bleh bagi sedikit komen kpd janda muda ni...
Quote Cumikucingku 30-12-2020 06:05 PM
Aku bukan janda tp aku nk komen jugak..

Yg dia kena tangkap tu 3 kali dgn pasangan berbeza..

Aku rasa sebenarnya yg dia dah buat tp tak tertangkap lebih dari tu... so acik janda ... selagi ko sehat .. bole la ko buat perangai hazabedah mcm ni... tp kang kena penyakit kelamin jgn menggelabah pulak...
Quote ifanonline 30-12-2020 06:10 PM
janda muda ni rindu kpd timun asli...dulu2 mungkin dpt secara harian, sekarang nak cari mentimun halal pun susah, sebab mentimun pun bukan ada kerja...
Quote Cumikucingku 30-12-2020 06:16 PM
ifanonline replied at 30-12-2020 06:10 PM
janda muda ni rindu kpd timun asli...dulu2 mungkin dpt secara harian, sekarang nak cari mentimun hal ...

Ye la... timun pun suke menempel kat janda berrrrduuiiitt..

Si timun ni xpadan kecik....
Quote Redmyvi 30-12-2020 06:28 PM
Nafsu ni kalau diikutkan mati la.. benda haram ni sedap di dunia.. di akhirat tahu la cmna.....
Quote ifanonline 30-12-2020 06:31 PM
Cumikucingku replied at 30-12-2020 06:16 PM
Ye la... timun pun suke menempel kat janda berrrrduuiiitt..

Si timun ni xpadan kecik....

i doubt janda ni berduit...mungkin gatai bijik...
Quote salmon-suki 30-12-2020 06:34 PM
In fact,mmg ramai umur lingkungn ni menjanda,dah ada anak pn ada..tp tetap curang..semoga spesis mcm ni Allah bg je penyakit HIV terus kt dia..padan muka dia
Quote grouper 30-12-2020 06:39 PM
Yg x janda pun byk je perangai cmni tapi x kena tangkap je...
Quote AlifMimNunWau 30-12-2020 06:40 PM
Berkhalwat je? Belum on lagi Kan ???
Quote bakingsoda 30-12-2020 06:47 PM
umur 22 lahir 1998, dah menjanda birah pulak tu
Quote chenta_dewi 30-12-2020 06:48 PM
Aku janda..orang kalau sebut janda mesti pk bukan2..

Tp alhamdulillah..hidup aku sbg janda lebih terjaga, terbela berbanding zaman anak dara dulu..

Dah menjanda pon laki2 yg suka kat kat aku langsung tak amek kesempatan..pegang tgn sikit pon x walau planning nak kawen dah . antara faktor yg berbeza berbanding dulu adalah

1-kematangan
2-anak
3-kewangan
4-emosi

Yg lain sama saja muka n berat xjauh beza ahax
Quote anony-mous 30-12-2020 07:03 PM
Org ganu ni libido tggi ke ? Byk betul cerita mcm ni sepanjang 2020. In other sense, hebat pejabat agama diaorang buat kerja. Cekap.
Quote ifanonline 30-12-2020 07:04 PM
anony-mous replied at 30-12-2020 07:03 PM
Org ganu ni libido tggi ke ? Byk betul cerita mcm ni sepanjang 2020. In other sense, hebat pejabat a ...

mungkin faktor pemakanan ikan, kepok lekor dan nasik dagang atas tol menjadi punca...
Quote dubuk 30-12-2020 07:18 PM
jannah dan janda.. mana lebih jan.. ?
Quote ellejo 30-12-2020 07:37 PM
aku lebih tertarik dgn ayat pintu tak berkunci lalu mereka menolaknya.
mereka ada kuasa macam polis ke boleh masuk rumah org sesuka hati?????
Quote Gomea 30-12-2020 07:41 PM
Berkali2 kena tangkap. Ada anak tapi tak bekerja. Keje sebagai pelacur ke ni?
Quote kuzaime 30-12-2020 07:46 PM
Hidup bertuhankan nafsu, jangan kata yg janda, in real life yg x menikah lagi pun ramai yg bertukar2 partner utk ngeseks. Antara kantoi dgn x aje
Quote tagas 30-12-2020 07:54 PM
dr jd andartu lebih baik jadik janda at least merase


tak gitu @ifanonline  @abc.dot.com  
Quote dizekni 30-12-2020 07:56 PM
Bantu dia bernikah

semoga dipermudahkan urusan

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.073323 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top