CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anda Masih 'Jomblo'? - Lelaki Gantung Iklan Cari Teman Malam Tahun Baru

31-12-2020 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2193| Komen: 0

Siapa sangka tindakan seorang lelaki memasang iklan mencari teman wanita pada malam tahun baru nanti mendapat perhatian ramai, hingga menerima lebih daripada 2,000 pesanan WhatsApp.



Lelaki dikenali sebagai Khoirul Anam dari Kaliangkrik, Magelang, Jawa Tengah itu mengaku membuat banner memaparkan iklan berkenaan pada 20 Disember lalu, lalu dipasang pada tiang elektrik dan pokok.

Antara ‘tawaran’ diberikan adalah makan malam, pegang tangan, berswafoto, bermain bunga api bersama-sama sebelum dihantar pulang ke rumah.

Bagaimanapun katanya ia dilakukan semata-mata hiburan, namun tidak menolak jika ia boleh mendatangkan jodoh buatnya.

Menurutnya lagi, idea memasang iklan itu muncul selepas rakannya mengadu tidak mempunyai pasangan untuk menyambut tahun baharu.


Kredit foto: FB


Loading FB Post...

"Tahun baharu, orang single tidak ada pasangan. Jadi saya fikir buat papan iklan, kebetulan saya juga single dan siapa tahu mungkin ada yang mahu menemani saya," katanya yang sebelum ini pernah tular menerusi beberapa idea kreatif lain seperti mengiklankan jual beli kelemumur, perlumbaan menatap gambar bekas kekasih paling lama dan menjual nasi goreng tanpa nasi.


Sumber: Era.je


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.028329 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top