CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam Air Tebu - Kuarters Penjawat Awam Putrajaya Jadi Stor Air Ketum

30-12-2020 03:27 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 6869| Komen: 32|Original author: Oleh: natrahn

Description: Panas!!! Kuarters penjawat awam di Presint 5, Putrajaya menjadi tempat simpanan air ketum. Sebanyak 61 botol berisi air ketum berisipadu 91.5 liter ditemui di dalam tong ais berwarna oren dan disorok ...
Kredit Foto - Google : Perumahan Penjawat Awam - Gambar Hiasan


Panas!!! Kuarters penjawat awam di Presint 5, Putrajaya menjadi tempat simpanan air ketum. Sebanyak 61 botol berisi air ketum berisipadu 91.5 liter ditemui di dalam tong ais berwarna oren dan disorok di dalam bilik saluran gas.



Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Putrajaya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam.


Kredit Foto - Twitter

"Setibanya di lokasi, kita menemui satu tong oren dan didalamnya mengandungi 61 botol plastik lutsinar 1.5 liter yang setiap satunya diisi dengan cecair yang disyaki air ketum. 

"Nilai anggaran kesemua air ketum itu RM1,525 dan tiada tangkapan dibuat di tempat kejadian. Siasatan lanjut sedang dijalankan,??? kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali memetik laporan Bernama.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata wargamaya menyifatkan air ketum kelihatan seperti air tebu.


Kredit Foto: Twitter

Sebelum ini air ketum digunakan secara tradisional sebagai alternatif untuk mengubati penyakit tertentu. Namun, ia disalahgunakan penagih dadah kerana mengandungi bahan psikoaktif mitragynine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria yang boleh menyebabkan ketagihan.

Mitragynine ini adalah bahan psikotropik yang dikawal di Malaysia dan disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-Bahan Psikotropik), Akta Racun 1952.

Justeru, menurut Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik tersebut.


Kredit Foto - Wikipedia

Jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952, iaitu tidak melebihi RM10,000 atau empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pihak berkuasa sebenarnya telah beberapa kali mengeluarkan amaran atas dakwaan dan tuntutan perubatan yang tidak tepat mengenai khasiat perubatan ketum. 

Malah, Majlis Fatwa Kebangsaan dan para mufti telah pun mengeluarkan hukum bahawa ketum adalah haram. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 30-12-2020 03:29 PM
So pelanggan nye yg penjawat awam jugak ke
Quote Kurex 30-12-2020 03:35 PM
Yg report mesti penjawat awam jua....
Quote TOPwind 30-12-2020 03:40 PM
negara maju dah legal boleh minum.
ala 61 btl kira buat minum sendiri je . tak yah kecoh lah
Quote helicornia 30-12-2020 03:41 PM
org kg mmg biasa minum ketum ni.ala2 tonik gitu
Quote c===8 30-12-2020 03:45 PM
tak siasat org yg simpan kunci bilik saluran gas ke?
Quote matchstick 30-12-2020 03:55 PM
Sedap nye air tebu
Quote noor2 30-12-2020 04:02 PM
Pprt sungguh.... berkhasiat apa air ketum ni sebenarnya....x bahaya ke
Quote sapeka 30-12-2020 04:09 PM
Bagus sgt ke air ketum ni?
Quote cap_ayam 30-12-2020 04:17 PM
huyyo bisnes kecil2lan.. 2 kerja nampaknya..
Quote lattehazelnut 30-12-2020 04:47 PM
sapeka: Bagus sgt ke air ketum ni?

Yang i dgr mcm driver bus or lori minum ni so xmengantuk n ada energy katanya..
Quote ketum 30-12-2020 05:05 PM
Ayaq ketum lani lg masalah dari dadah.  kalu dah setat kena ketagih kalu tak kena jd org paling pemalas dlm dunia...
Quote Tinot7 30-12-2020 05:23 PM
Kalau tak tau, mesti ingat air tebu
Quote natrahn 30-12-2020 06:05 PM
ketum replied at 30-12-2020 05:05 PM
Ayaq ketum lani lg masalah dari dadah.  kalu dah setat kena ketagih kalu tak kena jd org paling pema ...

Ui..teruk jugak effects dia
Quote Supersirap 30-12-2020 06:17 PM
Teringin nak minum air tebu madu
Quote lattehazelnut 30-12-2020 08:58 PM
Supersirap replied at 30-12-2020 06:17 PM
Teringin nak minum air tebu madu

Air tebu da manis tambah madu
Xmanis sgt ke?
Quote Normabaru 30-12-2020 09:38 PM
Time covid ni mmg ramai pemalas.. Keje hakiki xnk settlekan

Keje xhakiki cm jual air ketum beria plak bt.. Huhu
Quote Punat_button 30-12-2020 09:42 PM
big deal !
Quote isseliparjepun 30-12-2020 09:49 PM
Ada la yang jaki tengok member tu bisnes ketum agaknya.
Quote Cocoais 30-12-2020 09:56 PM
lattehazelnut replied at 30-12-2020 04:47 PM
Yang i dgr mcm driver bus or lori minum ni so xmengantuk n ada energy katanya..

Rasanya orang kampung minum yang macamtu je ada lah kot khasiatnya..yang jadi masalah tu bila di campur macam2..orang kata lah..tak tahu kebenarannya

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.111630 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top