CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Didesak Bayar Ganti Rugi Lebih RM28,000 Kalau Enggan Kahwin

24-12-2020 05:04 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3421| Komen: 7|Original author: Oleh: LilRose

Percintaan terkandas di tengah jalan membuat wanita berusia 24 tahun dari Kota Samarinda, Kalimantan Timur, kebingungan apabila bekas kekasih berusia 48 tahun meminta ganti rugi sebanyak 100 juta rupiah (RM28,632) sebagai bayaran balik perbelanjaannya selama empat bulan mereka bercinta.


Difahamkan, wanita itu bekerja di sebuah kedai minyak wangi, tempat di mana mereka bertemu, lapor TribunNews.

Selepas berkenalan lebih rapat dan mula menjalin hubungan, bekas teman lelakinya berkata mahu membuka sebuah kedai minyak wangi untuknya.


Gambar hiasan

Namun, wanita itu mendakwa bekas kekasihnya tidak mengotakan janjinya selepas beberapa bulan mereka bercinta dan memilih untuk menjauhi lelaki terbabit.

Bagaimanapun, tindakan wanita itu menimbulkan kemarahan lelaki terbabit yang kemudian datang ke kedai tempat dia bekerja dan mengugut akan membuat kacau di situ jika kehendaknya tidak dituruti.


"Dia juga berkata, kalau saya enggan berkahwin dengannya, saya kena membayar sebanyak 100 juta rupiah untuk menggantikan wang yang diberikannya selama empat bulan kami menjalin hubungan," jelasnya.

Dakwanya, jika dikira sepanjang empat bulan perkenalan mereka, jumlah wang yang diberi tidak mencecah 100 juta rupiah. Malah, lelaki itu pernah berkata semua wang diberi adalah 'duit jajan' untuknya.

Tidak tahan dengan desakan lelaki itu membuat dia mengambil jam tangan dan cincin milik bekas kekasihnya untuk dijual, namun diketahuinya.


Kredit foto: TribunNews

Ekoran itu, lelaki berkenaan membuat laporan polis sebelum wanita tersebut dipanggil untuk memberi keterangan dan dia mengembalikan barangan perhiasan terbabit serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.

Mereka kemudian diminta menjalani proses mediasi untuk menyelesaikan konflik itu. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 24-12-2020 05:21 PM
Ko bercinta dgn along kot dekk..
Quote dudaberhias 24-12-2020 06:56 PM
since di kota samarinda... for sure chinese...
Quote Tinot7 24-12-2020 08:36 PM
Hutang budi, tergadai body
Quote makneng 24-12-2020 08:42 PM
Bapak gula turns to ceti.. Mendapatlah
Quote trisnalovezul 24-12-2020 11:38 PM
kasian...moga mediasi itu selesaikan segalanya
Quote Jorja 27-12-2020 05:39 PM
Lelaki jenis bantut aja yg sangup minta balik hadiah yg da dbagi.. memalukan
Quote Jorja 27-12-2020 05:40 PM
Lelaki jenis bantut aja yg sangup minta balik hadiah yg da dbagi.. memalukan

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.165590 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top