CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pemilik Degil Haiwan Ternakan Berkeliaran Ancam Pengguna Jalan, Penguatkuasa Culas?

25-12-2020 09:24 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 4872| Komen: 30|Original author: Oleh: rikuren


Masalah haiwan ternakan berkeliaran yang menyebabkan kacau ganggu dan mengundang risiko kepada pengguna lalu lintas masih berlaku sehingga kini walaupun pelbagai operasi dilaksanakan pihak berkuasa.

Terbaru, seorang pengguna Facebook berkongsi kemalangan menimpa pekerjanya yang parah akibat bertembung dengan kerbau yang berkeliaran di jalan raya.


Loading FB Post...

Akibatnya, pekerjanya kini mengalami pendarahan dalam kepala dan akan dibedah untuk membuang darah beku.


Perkongsiannya menerusi hantaran itu mengundang rasa tidak puas hati netizen pada pihak berkuasa yang dianggap culas menjalankan tugas serta sikap pemilik haiwan ternakan yang degil tetap membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran.


Bila kena batang hidung sendiri baru ada tindakan


Tunggu VIP kena baru ada tindakan kot...


Kucing yang menyusahkan jiran pun berdosa, apatah laggi peliharaan yang menyebabkan kematian...



Kredit foto: Facebook 

Nampaknya, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan lebih tegas kepada pemilik haiwan ternakan yang berkeliaran. Keadaan itu telah menjadi satu ancaman kepada pengguna jalan raya di mana telah banyak berlaku kemalangan maut dan serius kepada pengguna jalan raya.

Penternak juga perlu lebih prihatin dengan masalah itu sebelum kejadian tidak diingini berlaku. Berapa ramai lagi perlu menjadi mangsa? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 25-12-2020 09:43 AM
Pekerja majlis daerah pun tinggal kat kampung yang sama,nak tangkap nanti kena yang sedara mara punya.tutup mata jer la.
Lain la pidiarem..kalau kes susah setel,boleh panggil bukit aman turun.
Quote Knowlee 25-12-2020 10:15 AM
Kawasan tempat tinggal I ni pun mmg ada 1 team lembu merayap. Dah merayap tu sah sah berak merata. Owner dia mmg sengaja lepaskan lembu dia merayap. Rosak kawasan dgn tahi lembu.
Quote shernazz 25-12-2020 10:22 AM
Kalau kena racun..boleh pqnggil wartawan metro
Kat situ boleh tau sapa punya
Hahahaha
Quote azie5zoe 25-12-2020 10:43 AM
shernazz replied at 25-12-2020 10:22 AM
Kalau kena racun..boleh pqnggil wartawan metro
Kat situ boleh tau sapa punya
Hahahaha

Cadangan ini nampak kebernasannya...
Quote Artemesiaa 25-12-2020 10:46 AM
Masaalah yang sama terus berulang saban tahun tapi macam biasa masih tak ada kesudahannya
Quote shernazz 25-12-2020 11:07 AM
azie5zoe replied at 25-12-2020 10:43 AM
Cadangan ini nampak kebernasannya...

Dolu ada thread dalam ci ni..
Dia ngadu kat wartawan..lembu kena racun
Rupanya lembu dia lepas pastu masuk kat kebun orang yang kebetulan baru lepas meracun..hahaha
Quote domestobot 25-12-2020 11:25 AM
sori la cakap, yang bela lembu dan kambing pastu biar merayap ni memang sial. mentang2 jadi gembala lembu dan kambing, terus rasa diri macam nabi maksum dia
Quote Tinot7 25-12-2020 11:34 AM
Kalau hilang, camne tuan depa nak cari kalau bg lepas camtu je?
Quote FOTHER-MUCKER 25-12-2020 11:37 AM
Lebih bagus pencuri lembu dan kerbau mencuri binatang ternakan yang berkeliaran di Jalan raya.
Quote azie5zoe 25-12-2020 11:51 AM
shernazz replied at 25-12-2020 11:07 AM
Dolu ada thread dalam ci ni..
Dia ngadu kat wartawan..lembu kena racun
Rupanya lembu dia lepas p ...

kan dah kantoii...

Quote shernazz 25-12-2020 12:07 PM
azie5zoe replied at 25-12-2020 11:51 AM
kan dah kantoii...

Kan
Cash n carry gitchuu
Quote syamzana 25-12-2020 12:16 PM
dulu masa abg iols baru2 kerja jd penguatkuasa kene handle kes2 binatang gini lar. bila anto team tangkap kutip bwk naik lembu+kambing2 ni nati mai la owner merempan2 siap ckp abg iols kerja mkn gaji haram sbb menyusahkan dia. pastu ada owner yg kenal fmly iols siap mai ngadu ke mak+ayah iols ckp abg i salah guna kuasa amik lembu dia. sejenis pembela gini mmg menyusahkan org sambil play victim sokmo. kejadian berlaku di trg belah2 jalan dr ktrg ke kole berang.

abg i kata kwn dia kene handle utk area kole berang lagi hazab siap org mai tabur paku depan gate xnak bg dia keluar pergi kerja. koh3. pelik2 peel
Quote LadyCarefree 25-12-2020 12:30 PM
Ambik je sembelih dah xde tuan swmua ni kan
Quote sepiITUindah 25-12-2020 12:39 PM
tangkap kasi kat zoo
pandai ler dia org lupuskan
Quote cashewnut 25-12-2020 01:53 PM
Tangkap lapah and bagi kenduri
Quote bakingsoda 25-12-2020 02:04 PM
aku pelik la...takde pulak orang curi ternakan yg dilepas merata ni?
Quote lattehazelnut 25-12-2020 02:15 PM
syamzana replied at 25-12-2020 12:16 PM
dulu masa abg iols baru2 kerja jd penguatkuasa kene handle kes2 binatang gini lar. bila anto team ta ...

same mcm same jiran i.. da la xreti bela.. anjing dia suke gonggong kejar org.. dia dlm rumah biar je anjing gonggong jiran kat luar..
Bile nk tangkap meraung mcm drama tamil kena aniaya.. tp jiran i ni cina..
Quote uori 25-12-2020 02:22 PM
dekat rumah mak aku, jenis rumah kampung tapi kedudukan rumah dekat2, jiran siap bina kandang lembu letak 4 5 ekor depan rumah sekangkang kera tu. laman rumah dia ngam2 letak 2 bijik kereta. aku kagum dengan tuan lembu, ke dia pun sama lembu?

{:question
Quote Manjahati 25-12-2020 02:37 PM
Tunggu fmly menteri mati ...baru kelam kabut

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.634819 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top