CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

“Banyak Kepala Sperma Cacat,” Doktor Kongsi Hasil Ujian Air Mani Lelaki Aktif Berbasikal

22-12-2020 02:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6182| Komen: 38

Gambar Sekadar Hiasan



Aktiviti berbasikal sudah menjadi ikut-ikutan (trending) pada hari ini, boleh dikatakan semua golongan tanpa mengira usia menyukainya.

Namun di sebalik ‘keseronokan’ ini, sebenarnya ada satu risiko kesihatan berbahaya yang menanti golongan lelaki secara tidak sedar.

Tahukah anda, aktiviti berbasikal boleh menjadi punca kepada kerosakan dan kecacatan sperma di dalam air mani, ianya berkaitan dengan haba panas yang terhasil ketika aktiviti tersebut dijalankan.

Mari baca penjelasan oleh pengamal perubatan reproduktif dan seksual, Dr. Ahmad di bawah ini.

Jangan terkejut, apa yang ditunjukkan ini ialah keadaan sperma yang cacat dan tidak normal.


Apa kaitan haba panas dengan kesihatan sperma?

Menurut Dr. Ahmad, kesan haba kepada testis sememangnya jelas mengakibatkan kerosakan sperma daripada segi bilangan, bentuk dan pergerakannya.

Jelasnya, apa juga sumber haba seperti cuaca panas, pekerjaan dan aktiviti yang terdedah dengan haba seperti sauna akan memberikan impak yang sama.

“Umum perlu tahu, proses penghasilan sperma atau spermatogenesis yang berlaku di dalam testis memerlukan suhu dua hingga lapan darjah Celcius lebih rendah daripada suhu badan.

“Haba yang meningkatkan suhu testis bertindak sebagai tekanan oksida yang akan merencat dan merosakkan proses ini. Maka lebih banyak sperma yang akan rosak dan cacat,” katanya dalam satu kenyataan ketika dihubungi Siakap Keli hari ini.

Selain itu, Dr. Ahmad juga menjelaskan bahawa pergerakan sperma yang normal agak berbeza dengan yang cacat seperti yang ditunjukkan di atas tadi.

“Pergerakan yang bagus ialah secara ‘rapid liner progression‘, iaitu spermanya bergerak terus sahaja,” katanya.


Justeru, benarkah aktiviti berbasikal berbahaya?

Berikutan tentang aktiviti yang berkaitan dengan haba panas, berbasikal juga merupakan salah satu aktiviti berisiko tinggi yang boleh menjadi punca kepada penurunan kualiti sperma.

“Meskipun terdapat satu kajian yang dijalankan di England yang melibatkan lebih 5,000 penunggang basikal di mana hasilnya menunjukkan aktiviti berbasikal tidak mendatangkan kesan buruk kepada kualiti sperma.

“Akan tetapi kajian ini hanya melihat kepada tempoh masa berbasikal dan tidak menilai kesan haba kepada testis, tambahan pula suhu persekitaran di England tidak boleh disamakan dengan cuaca tropika di Malaysia.

“Bayangkan, suhu di atas jalan raya di Malaysia boleh mencecah hingga 38 hingga 40 darjah Celcius, jauh lagi tinggi daripada suhu badan yang normal!” tambahnya lagi.

Alternatif terbaik berbasikal

Tambah Dr. Ahmad lagi, aktiviti berbasikal bukanlah tidak dibolehkan langsung, cuma adalah lebih jika dihadkan untuk untuk tempoh dan keadaan tertentu.

“Konsepnya ialah kesan haba kepada testis. Jika berbasikal secara indoor seharusnya tidak akan bawa kesan kerosakan seperti outdoor.

“Digalakkan mereka yang menceburi aktiviti berbasikal ini supaya lebih mengutamakan faktor cuaca iaitu mengelakkan berbasikal ketika cuaca panas terutama di jalan raya, boleh berbasikal di kawasan redup, pemakaian seluar ketat juga mengumpul lebihan haba yang juga merencatkan sperma, perlu ada rehat secara berkala juga boleh membantu mengurangkan kesan haba kepada testis,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, rancanglah aktiviti berbasikal anda dengan baik demi kesihatan seksual anda, lebih-lebih lagi lelaki.



Sumber: Dr. Ahmad/SiakapKeli


 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 22-12-2020 04:14 AM
Takat sperm xde diorg nak kisah.. byk kes mati katak pun still perangai sama..
Quote ellejo 22-12-2020 06:01 AM
kepala tuan punya sperma pun cacat. apa nak expect?
Quote noor2 22-12-2020 06:10 AM
.......
Quote Megikari 22-12-2020 06:38 AM
Takpe, biar la sperma diorang cacat sekalipun. At least golongan diorang ni tak membiak, so takde la keturunan yg bakal menyusahkan manusia lain nanti
Quote nazzse 22-12-2020 06:51 AM
ellejo replied at 21-12-2020 10:01 PM
kepala tuan punya sperma pun cacat. apa nak expect?

Terus ke otak cacat dia
Quote Kurex 22-12-2020 07:04 AM
Tapi paha atlet basikal sedap2
Quote AbukRokok 22-12-2020 07:05 AM
tu sbb org dulu2 xgalakkan anak lelaki mandi air panas
walaupun si bapak selamba isap rokok
Quote imransulaiman 22-12-2020 07:07 AM
Ini barulah sperma ke sana ke sini ke sana ke sini! Hahahaaaaaa

Kalau kepala sperma cacat, nanti baby lahir cacat juga ke? (soalan serius)
Quote Tinot7 22-12-2020 07:17 AM
imransulaiman replied at 22-12-2020 07:07 AM
Ini barulah sperma ke sana ke sini ke sana ke sini! Hahahaaaaaa

Kalau kepala sperma cacat, nanti  ...

Tak rasa la. Persenyawaan takleh berlaku je.. so tak dpt anak terus.

Dolu2 kawan iols amik modul psl fertility. Dia kata kena kira sperma2 ni sbb mengira jumlah sperma juga salah satu aktiviti depa dlm modul tu. Dia blaja juga jenis2 sperma yg cacat.
Quote puccafan 22-12-2020 07:35 AM
Kalo gitu, isteri2 yg dah taknak pregnant bole la galakkan laki masing2 berbasikal. Kaedah merancang keluarga secara semulajadi. Selain dari vasectomy
Quote Redmyvi 22-12-2020 07:44 AM
MIL aku kalau nampak artikel macam  ni nanti dia share la kt adik ipaq aku sebab dia duk gila berbasikal... Berbasikal tak ketahuan hala orang kata..
Quote EvieWanKenobi 22-12-2020 07:52 AM
ada je yang tak berbasikal tapi ....

malas nak taip..
Quote pichee 22-12-2020 07:54 AM
imransulaiman replied at 22-12-2020 07:07 AM
Ini barulah sperma ke sana ke sini ke sana ke sini! Hahahaaaaaa

Kalau kepala sperma cacat, nanti  ...

Mcm mne nk penetrate ke ovum klu kepala sperma tu xde...
Quote evlinne 22-12-2020 08:24 AM
Bila baca replies yg komen psl kajian dr ni, ada yg pertikaikan dr ni menipu. Sooo sape yg betul
Quote cikatilia 22-12-2020 09:17 AM
bagus.. bio xde anak xde membiak puak2 menyusahkan org berbeskal tgh2 highway
Quote husna_amal 22-12-2020 10:27 AM
Sperma cacat dan tak aktif, maka si lelaki jadi mandul lah kan.
Quote Meiizu 22-12-2020 11:02 AM
Edited by Meiizu at 22-12-2020 11:05 AM

kena panggil green tea sepatah dua kata

@green~tea

Quote noell 22-12-2020 11:53 AM
Tinot7 replied at 22-12-2020 07:17 AM
Tak rasa la. Persenyawaan takleh berlaku je.. so tak dpt anak terus.

Dolu2 kawan iols amik modu ...

abeh mana depa dpt sample2 sperma semua nak kira zigot??sperm bank??
Quote Artemesiaa 22-12-2020 01:03 PM
Cakap le macam mana pun buat le cerita macam mana tunjuklah berapa banyak jadi mangsa kemalangan pun kalau dah jenis degil semua tu dia akan tolak tepi yang penting baginya dapat main beskal.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.046257 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top