CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

NASA Rancang Bina Stesen Minyak Dan Tempat Rehat Di Bulan

18-12-2020 03:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3491| Komen: 34

Description: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika atau singkatannya NASA kini sedang dalam perancangan membina sebuah pusat hentian di bulan khusus untuk angkasawan.


Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika atau singkatannya NASA kini sedang dalam perancangan membina sebuah pusat hentian di bulan khusus untuk angkasawan.

Pusat hentian dan rehat itu juga dilaporkan akan dilengkapi dengan stesen minyak, bagi menyokong misi ekspedisi ke Marikh dan angkasa lepas mulai 2024.

Ini adalah antara misi awal NASA selain mendapatkan angkasawan dari kalangan wanita dan juga mereka yang akan menjelajahi bulan dalam masa empat tahun mendatang.

Saintis, Dr Jacob Bleacher berkata, cadangan pembinaan stesen di bulan itu adalah sama seperti pembinaan stesen minyak dijalan raya, dimana orang ramai boleh berhenti berehat seketika, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.

Kawasan rehat di bulan ini juga akan dikenali dengan nama The Gateway, dimana ia dijangka akan mengelilingi bulan dalam orbitnya sendiri.




Tambah lagi, mereka menjangkakan kewujudan sumber air dalam bahagian bulan, yang membolehkan ia menjadi sumber baru kepada penjelajah angkasa dimasa akan datang.




Sumber: Daily Star UK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scintilla 18-12-2020 06:41 AM
stesen minyak tu jual Ron 95 ke?  bukan ke kapal angkasa tu guna liquid hydrogen & oksigen?
Quote Rogue98 18-12-2020 06:56 AM
Macam RnR lah kan.....adalah tempat untuk alien2 tu berehat nanti sebelum memulakan perjalanan kat outerspace nun...
Quote Tinot7 18-12-2020 07:08 AM
wowee... pasni voley la jjcm ke bulan ye... utk golongan kayangan shj...
Quote sarah82 18-12-2020 08:29 AM
"Welcome to the moon. We stop to refuel before we continue our journey to Mars."

kalau ada flight attend dalam kapal angkasa tu...ni baru tahap kayangan sungguh.
Quote AbukRokok 18-12-2020 09:14 AM
kiah abang nak ke bulan jap urusan kerja

kiah amik teleskop teropong bulan tgk abg dengan sape
Quote Beribear 18-12-2020 09:19 AM
Wowww fantasi mereka bukan biasa2. Kelakar la dgn golongan yg menipu diri sendiri ni
Quote misc 18-12-2020 09:23 AM
Tempat rehat orang have have. Sila meninggal dunia.
Quote espri6006 18-12-2020 09:25 AM
Rest in peace...
Quote husna_amal 18-12-2020 09:57 AM
Nak menjahanamkan bulan ke.
Quote domestobot 18-12-2020 10:04 AM
so boleh lah ride kat highway outer space pastu singgah makan roti john Paroi.
Quote matbad 18-12-2020 10:12 AM
Bulan pn nak buat pembangunan. Dasar nama manusia hahaha
Quote FOTHER-MUCKER 18-12-2020 10:18 AM
Tidak mustahil.
Quote She-Ra 18-12-2020 10:18 AM
Tinot7 replied at 18-12-2020 07:08 AM
wowee... pasni voley la jjcm ke bulan ye... utk golongan kayangan shj...

kena belaja bahasa alien dlu la

Quote mamajawie 18-12-2020 11:12 AM
apsal semua pakat nk g bulan ni?apa kat bumi bakal kiamat da ke?
Quote Zirara99 18-12-2020 11:28 AM
Manusia..selagi tak menjahanamkan selagi tu tk akan berhenti.
Quote Tinot7 18-12-2020 12:23 PM
She-Ra replied at 18-12-2020 10:18 AM
kena belaja bahasa alien dlu la

Takpe.. masa tu ada byk klas bahasa..

[youtube]DCkUapnbNpc[/youtube]
Quote zuuu 18-12-2020 12:26 PM
Macam2...angan2 manusia ni xde sempadan
Quote mbhcsf 18-12-2020 12:30 PM
oh wow........just  like Chanel.....cool
Quote Artemesiaa 18-12-2020 12:33 PM
Dah macam dalam citer Star Wars pulak ada tempat lepak makhluk pelbagai galaxy

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.066012 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top