CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapal Angkasa China Bawa Pulang Sampel Tanah Dan Batu Dari Bulan

18-12-2020 03:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2358| Komen: 3


Foto diedarkan CNSA menunjukkan kapsul kapal angkasa China, Chang’e-5 selepas mendarat di Siziwang Banner, Wilayah Autonomi Inner Mongolia, China, awal pagi tadi. - Foto EPA.


BEIJING: Kapsul kapal angkasa China, Chang'e-5 selamat mendarat di bumi awal pagi tadi, membawa sampel tanah dan batu dari bulan, yang juga sampel bulan terbaru di dunia dalam tempoh lebih 40 tahun.

Kapsul pesawat angkasa lepas itu mendarat di Siziwang Banner di Wilayah Autonomi Inner Mongolia pada jam 1.59 pagi (waktu Beijing), menurut Pentadbiran Angkasa Lepas Nasional China (CNSA).



Ketua CNSA, Zhang Kejian, mengisytiharkan misi Chang'e-5 adalah sebagai berjaya, yang memuktamadkan kejayaan program eksplorasi bulan membabitkan tiga fasa itu mengorbit, mendarat dan membawa pulang sampel, yang bermula pada 2004.

Kapsul itu berpisah daripada pengorbit kira-kira 5,000 kilometer (km) di atas lautan Atlantik. Ia memasuki atmosfera bumi pada altitud 120 km dengan kelajuan sekitar 11.2 km sesaat pada jam 1.33 pagi, menurut laporan agensi berita Xinhua.

Sekitar 10 km dari bumi, payung terjun dilepaskan. Kapsul itu selamat mendarat di kawasan yang ditetapkan, dan pasukan pencarian berjaya mendapatkan kapsul berkenaan.

Kapsul itu kemudian akan diterbangkan ke Beijing dan sampel bulan itu akan dihantar kepada pasukan penyelidik untuk dianalisis, kata CNSA.


China akan membenarkan sebahagian sampel itu diberikan kepada saintis luar negara, kata Timbalan Pengarah Pusat Program Angkasa Lepas dan Eksplorasi Lunar CNSA, Pei Zhaoyu.

Chang'e-5 adalah antara misi paling rumit dan mencabar dalam sejarah eksplorasi angkasa lepas China. Kapsul itu dilancarkan pada 24 November lalu dan mendarat di utara Mons Rumker di Oceanus Procellarum, yang turut dikenali sebagai Lautan Ribut pada 1 Disember.

Lokasi itu dipilih kerana memiliki usia geologi yang masih muda berbanding kawasan sampel Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet lebih 40 tahun lalu, selain tidak pernah disampel. Penyelidik percaya sampel baharu itu amat bernilai secara saintifik.

Kejayaan itu membolehkan China muncul negara ketiga memperoleh sampel dari bulan, selepas Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet pada 1960-an serta 1970-an.

Misi itu adalah percubaan pertama untuk membawa pulang sampel dari bulan selepas Kesatuan Soviet melakukannya pada 1976. - AGENSI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 18-12-2020 06:57 AM
Hebat lah jgk. Tak jadi nak kecam China bab ni
Quote Rogue98 18-12-2020 06:58 AM
Entah penyakit apa pulak diaorang bawak balik lepas ni....
Quote husna_amal 18-12-2020 10:02 AM
China tak nak plan bina apa2 macam nasa nak buat tu ke

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.208509 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top