CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz Disamakan Dengan KFC? Pelawak Buat Hal Lagi!

16-12-2020 03:51 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6026| Komen: 30|Original author: Oleh: Cari-Azza





"Sebelum ini Neelofa, terkini Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz pula menjadi mangsa lawak murahan."

Seperti tidak pernah serik, pelawak Kc Nazari mencetuskan kekecohan di media sosial apabila membuat lawak tidak bertempat kepada Profesor Diraja Ungku Aziz yang baru meninggal dunia.

Mengaitkan wajah tokoh yang sangat berjasa itu dengan pengasas makanan segera KFC lalu menyatakan lapar sebenarnya sangat tidak beretika. Perlu ke buat lawak pada semua perkara?


Foto : Twitter

Mungkin niat Kc sekadar bergurau namun untuk melawakkan semua isu, sangat melampau. Lebih-lebih lagi mengaitkan dengan orang yang sudah tiada adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

Netizen menganggap kenyataan tersebut tidak lucu, sebaliknya memualkan.

Foto : Twitter

Malahan, ada netizen yang sudah pun melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa.

Foto : Twitter

Adakah kerana kekurangan tawaran melawak membuatkan Kc menciap sedemikian? Atau memang sengaja menimbulkan kontroversi yang pastinya kali ini bertemu buku dan ruas? - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pxlbb 16-12-2020 03:54 PM
Sebab tu budak-budak belum bersunat dan belum sempurna akal dilarang main media sosial. Bodoh biar disimpan jangan bagi nampak kat orang.
Quote Themilo 16-12-2020 03:54 PM
sapa dia ni? apahal aku tak kenal?
Quote husna_amal 16-12-2020 04:28 PM
Stand up komedi level sampah je dia ni. Tak reti adab langsung. Dia ingat semua bende boleh dijadikan kelakar dan lawak.
Quote Artemesiaa 16-12-2020 04:37 PM
Ramai je jenis dah tak ada adap sopan macam ni zaman sekarang
Quote Noraniza_Iblis 16-12-2020 05:01 PM
sapa jadah ni??
Quote lattehazelnut 16-12-2020 05:11 PM
Ramai comedian buat lawak tp dia xread the room, know your audience, impact of the joke.. kat kepala dia rasa lawak main post je.. lepas tu bila kne critic kita xfaham lawak dia.. apa la..
Quote Normabaru 16-12-2020 05:39 PM
Betul2 xde adab.. That guy left this world tinggal nama dan jasa cukup besar.. Ngko? Puikkk
Quote Levespa 16-12-2020 05:47 PM
orang yg banyak jasa mcm ni dipermainkan, selepas beliau meninggal pulak tu..double stupidity
Quote sarah82 16-12-2020 06:04 PM
Tak sensitif langsung.
Quote ezacbee 16-12-2020 06:30 PM
Tak kenal KC ni sapa?
Pelawak mana ni
Quote papadomku 16-12-2020 06:51 PM
Biadap sangat eh. Ingat lawak ke? Agakla kalau nak tunjuk bodoh tu
Quote Tinot7 16-12-2020 07:00 PM
Mamat ni tak reti buat lawak la
Quote diss69 16-12-2020 08:01 PM
Xkelakar langsung... rasa menyampah ada laa..
Quote aderaderker 16-12-2020 08:04 PM
Tak lawak la bodo..
Quote helicornia 16-12-2020 09:45 PM
nama.dia pun dh mcm sama dgn kfc lagi nk ejek org
Quote cikkilata 17-12-2020 12:27 AM
x penah tau kewujudan dia sebagai pelawak... pastu.. ape kes dgn neelofa? X penah dgr...
Quote Sachacha 17-12-2020 12:36 AM
Who r yus dia ni..budus sgt
Quote nolya 17-12-2020 01:47 AM
satu je nak cakap: Kurang ajar!
Quote Perawankota 17-12-2020 02:46 AM
Adab mana adab

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.037259 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top