CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Malangnya Dapat Rakan Serumah Kedekut -Tengok TV Pun Tak Bagi, Mulut Macam Puaka!

16-12-2020 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4024| Komen: 15

Bagi mereka yang biasa tinggal menyewa dengan penghuni lain, pasti sudah 'masak' dengan perangai masing-masing.

Alangkah beruntungnya jika mempunyai rakan serumah atau rakan sebilik yang sekepala dan memahami.


Namun, malang sekali nasib buat mereka yang mempunyai rakan serumah yang bukan sahaja gemar menjaja cerita, malah terlalu 'berkira' sebagaimana yang dialami oleh wanita ini.

Menerusi coretan di laman IIUM Confession, wanita ini berkongsi pengalamannya ketika ditempatkan serumah dengan seorang guru wanita, beberapa tahun lalu.

Gambar Hiasan

"Beberapa tahun lepas ketika aku berusia 26 tahun, aku masih tidak ada kerja tetap. Suatu hari, aku dipanggil (setelah menjalani temuduga) untuk menjadi guru ganti harian. Gaji dibayar mengikut hari bekerja iaitu RM100 untuk setiap hari bekerja.


"Aku dibenarkan tinggal di rumah warden, pihak pengurusan mahu aku menjadi guru dan warden sekali gus, tetapi elaun warden tidak dibayar.

"Aku tinggal serumah dengan seorang guru merangkap warden, aku panggil dia, Kak Rina. Sebelum aku masuk ke rumah tersebut berkali-kali aku tanya pada pengurusan tentang bayaran sewa, api air.

"Pengurusan sekolah mengatakan bil air dan api di bawah sekolah, manakala sewa rumah tidak perlu kerana tugas sebagai warden tidak dibayar," demikian cerita Sofiah Tohirah (bukan nama sebenar).

Menurut wanita ini, gajinya sebagai guru ganti tidak dibayar setiap bulan, sebaliknya ia biasa dibayar setelah tamat tempoh mengajar.

Disebabkan situasi berkenaan, dia perlu belajar berjimat cermat kerana enggan membebankan ibu bapa, meskipun ibu bapanya sering menghulurkan duit belanja kerana memahami keadaannya ketika itu.

"Disebabkan aku tidak bergaji dan bergantung duit diberikan ibu, jadi aku mengelak makan makanan yang dimasak oleh teman serumah, maklumlah, aku tidak berduit.

"Aku tak masak, sebab tong gas tidak menggunakan duit aku. Rasa segan nak guna. Rupa-rupanya sikap aku itu menjadi percakapan di antara bebrapa guru. Kak Rina mengadu yang aku tak makan makanan yang dimasaknya," ceritanya.

Tambah wanita ini lagi, ada satu lagi peristiwa yang berlaku antara dia dan teman serumahnya itu, yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.

"Balik dari sekolah, Kak Rina akan membuka televisyen menonton drama Korea kegemarannya. Bila Kak Rina balik, aku akan menyelit untuk berborak-borak. Aku sebenarnya kurang sikit dengan televisyen.

"Lama-lama aku jadi berminat pula dengan drama tersebut. Tapi aku tetap menunggu Kak Rina balik untuk membuka televisyen, baru aku menumpang tengok di sebelah.

"Satu hari Kak Rina pulang lambat, hatiku menggelitis nak buka TV. Aku fikir, takkan Kak Rina marah. Semasa menonton, Kak Rina balik, dia masuk ke bilik dan keluar semula untuk menonton bersama ku.

"Esoknya balik sekolah, aku lihat kad tv dah tak ada. Kak Rina dah sorokkan. Kalau dia ada, baru dia pasang. Sejak itu aku mula faham yang aku tak boleh guna barang bukan aku punya," ceritanya lagi.

Sedikit 'terasa hati' namun dia memilih untuk enggan terlalu berfikir, wanita ini sekali lagi diduga apabila dituduh tidak membayar sewa rumah sejak menghuni rumah warden.

Perkara itu hanya diketahuinya apabila seorang guru wanita lain secara tiba-tiba bertanyakan kepadanya mengenai perkara itu.

"Kak Maya beritahu yang Kak Rina mengadu katakan aku langsung tak bayar sewa kepada dia. Aku ke pejabat pengurusan dan bertanya kembali, dan pengurusan tetap mengatakan yang aku tak perlu bayar.

"Tapi demi menjaga air muka aku, tambahan gaji pun dah masuk masa tu, aku bayar kepada Kak Rina RM150 sebulan. Aku bayar untuk dua bulan dan dia ambil.

"Sejak dari itu aku berazam, andai kata aku mendapat kerja, pangkat ku lebih tinggi, aku tak akan berkira sedemikian rupa.

"Alhamdulillah.. Allah lorongkan juga rezeki untukku akhirnya. Dan aku kotakan janjiku. Aku besyukur," tulisnya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 16-12-2020 12:49 PM
Kecian dia..
Nape berita iium confession boleh jadi topik?
Quote rogayahtop 16-12-2020 12:58 PM
Kenapa dgn mulut dia? Kena tampal dgn gam gajah ke?

Kalau akak, kak rina tu seminggu dah keluar sis.
Memilih untuk menjadi mangsa tu mudah. Jantan ajak balik rumah, selagi kau tak dlm rumah dia, selagi tu kau selamat.

Akak menyampah dgn org yg ingat semua org boleh baca fikiran, perasaan dia. Kau yg tak bagitau sewa tak payah bayar lepas tu kau pego bayar kat dia. Tak ke ngok. Elokla serumah dgn kak rina tu.
Quote BoongaKertas 16-12-2020 01:07 PM
haah eh? nape sheols x bagitau jer kak rina tu yg sheols disuruh oleh management tak payah byr apa2? aiyo. salah faham boleh dielakkan kalau kita communicate jer.
Quote brego 16-12-2020 01:30 PM
drama yang membosankan
Quote shernazz 16-12-2020 01:36 PM
Maybe dia bayar atas rasa hormat je kot
Biasa la.kalau asrama.neh..
Skola iols.doli kaunselor siap.cite cite.kat geng cikgu dia
Kesian kawan.iols.dimalukan..sebab masa sesinkaunseling tu dia ada cerita something..
Quote lattehazelnut 16-12-2020 01:50 PM
Xleh bincang ke? Walaupun serumah iols xberani main pakai je.. lain la kalau mmg da offer or da mintak permission..
yang sewa tu mmg xbg tau ke kat dia tu u check dgn pengurusan ckp lain..
Quote missyL 16-12-2020 01:51 PM
Haiyaa.
Knp pg baya jgk.
Mmg xperlu bayar kot.
Fight je la.

Ssh la klo jenis yg lembut sgt nie.
Klo x salah watpe nk baya.
Quote rain2169 16-12-2020 02:01 PM
sampai camtu sekali kedekutnya kak rina..
Quote husna_amal 16-12-2020 02:57 PM
Susah nak hidup dengan orang yang kuat berkira ni. Mujur si pencerita berazam tinggi dan manfaatkan pengalaman ni.
Quote buragazz 16-12-2020 03:18 PM
Aku pernah ada member cam ni.. masa aku masuk rumah tu dia yang jak jadi aku ni memang complete la barang2.. aku memang tak berkira adik dia nak karok guna barang aku silakan, kekadang tu bersepah pun aku kemas.. sampai dia buat hal dengan tuan rumah sampai tuan rumah dtg bising2 dengan dia aku juga settlekan dan aku dilantik oleh tuan rumah utk jadi ketua... padahal rumah tu dia yang ajak aku duduk..

Sampai lah satu ketika dia nak kawin lepas tu jumpa kitorang kata dia nak kluar ok fine aku pun ok je la sampai le lepas kawin dia tak kluar2 pastu lagi haru bawak bini duduk sekali.. sampai nenek sebelah tu pun sound dia kata nak keluar tapi kenapa tak keluar..

Yang jadi aku trigger mesen basuh aku baru rosak so dia ada beli mesen basuh baru betul letak depan pintu bilik aku.. tapi kitaorang semua tak leh guna bila dia keluar tak silap dia cabut semua plug dan simpan extension wire.. mau ko tak hangin segala barang aku ko guna tetiba barang ko tak boleh.. next week aku cari rumah lain aku pindah pakai kancil jer 4 kali hangkut..
Quote AbukRokok 16-12-2020 03:33 PM
BoongaKertas replied at 16-12-2020 01:07 PM
haah eh? nape sheols x bagitau jer kak rina tu yg sheols disuruh oleh management tak payah byr apa2? ...

mgkin sbb kak rina xsound direct tapi guna kaedah sipi sipi indirect envoy

Quote bukanomi 16-12-2020 03:48 PM
I pon pnh terkena ngan cikgu gak. Cikgu tu berkira yg amat, pakai tudung labuh kot. Mulut hazab xpadan ngan imej. Xreti hormat org pon ye. Menyewa serumah ngan dia sbb makcik rekemenkan, boleh teman Cikgu tu. dia andartu. mesin basuh, tv xleh sesuka.ati.nk guna. Mula2 xtau , tapi kite sedar dia xsuka bila tengah tengok tv, tetiba dia xckp apa terus tukar chanel atau tutup terus. Kalau dia gi jengok mesin basuh ada baju , dia keluarkan xkira dah siap atau blom. Kalau sabun cuci dia abis, selamba je.ambik.kite punya, x cakap sepatah pon.kite paham la dia x suka kite guna harta dia. Padahal masa ajak.menyewa ckp boleh guna semua.barg dalam umah. Bila kite cakap nk pindah.menggelabah kate dia berat la dia nk bayar sewa sorg2. Boleh pulak ckp elok2 suruh carikan sapa2 nk sewa rumah...
Quote Artemesiaa 16-12-2020 04:45 PM
Zaman sekarang ni semua nak kena cakap jelas terang2 supaya tak ada salah faham dan harap orang akan faham untuk elak salah faham atau kekeliruan.
Quote salmon-suki 16-12-2020 11:14 PM
Ai setakat ni selalu dpt housemate y tinggi sifat PHD..and hipokrit..sekali je ai dpt housemate y betul2 okay..time ai keje kat UM dulu..lps tu,tkr keje, menyewa dgn manusia y ego melangit ni mmg susah..

Kita dah cuba stay away pun tetap nak cari pasal..maybe jeles sbb ai ada benda y dorg xde.. skrg ai duk sensorg,gembira hati..tak perlu hadap manusia busuk hati..

Cerita ni,ai rasa dia patut suh org pengurusan tu bgtaw c rina dgn sekor lg tu,y dia xperlu byr sewa sbb jd warden...bab duit ai mmg kedekut,bila org ckp xyah byr,mmg ai xbyr..ai akan defend diri ai..psl makan y dorg masak tu,ai pn xmkn apa y housemate ai masak,sbb ai xnak terhutang budi dgn dia sbb kita dah taw perangai dia mcm mana..kita mkn ke tak,nanti benda tu tetap akan dia guna n twist ikut kepentingan dia..
Quote depresio 17-12-2020 02:04 PM
Setahu aku kawan aku ada cerita  duk rumah warden tu elaun kena potong. Byk juga dik oi.
Tak berbaloi kalau kawasan luar kl sbb boleh dapat sewa yg lagi murah dari tu.
Mmg patutlah ko bayar dik dekat cikgu tu sbb elaun dia yg kena potong
Pihak sekolah tak bagtahu ko benda sebenarnya.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.049224 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top