"Mengambil video tanpa kebenaran, menyebarkan video atas tujuan untuk memalukan staf, adalah salah sama sekali." Sebuah video tiba-tiba tular apabila seorang personaliti media sosial memarahi petugas barisan hadapan (frontliner) yang didakwa kasar ketika membuat ujian Covid-19.
Dengan mengeluarkan kata-kata kesat seperti 'Akak ni sumpah s*al takda hati perut' serta memuat naik di laman media sosialnya membuatkan netizen mula mengecamnya kerana sengaja menimbulkan isu. Rentetan itu, Presiden portal Med Tweet My, Dr.Khairul Hafidz menempelak perbuatan itu lalu meminta jururawat tersebut mengambil tindakan. Namun, selepas mendapat kritikan yang bertalu-talu, insta famous tersebut akhirnya bertemu dengan jururawat terbabit bagi menjernihkan keadaan serta membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial. Bagaimanapun, netizen masih tidak dapat memaafkan permohonan tersebut kerana ia disifatkan tidak ikhlas. Sementelah lagi dia mendakwa jururawat tersebut tertekan ketika bekerja hingga membuat kerja kasar. Ia seolah-olah dia tidak memahami cara kerja barisan hadapan yang sebenarnya. Wah! Macam-macam isu ya? Buat salah dan kemudiannya minta maaf. Adakah ianya untuk cepat popular atau memang ini trend terbaharu yang perlu ditularkan? - CARI |
ADVERTISEMENT