CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kerjaya Seni Tiada Masa Depan Katanya, Tuju K-Clique Pernah Dihina

16-12-2020 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5622| Komen: 21

Penyanyi rap, Tuju mengakui dirinya pernah berasa kecewa apabila ada yang menganggap perjalanan kerjaya muziknya seperti tiada masa depan.

Bagaimanapun, Tuju yang juga merupakan anggota kumpulan K-Clique itu mendedahkan kata-kata tersebut tidak pernah melunturkan keazamannya sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk dia terus mencipta nama di dalam industri seni tanah air.




“Muzik Tiada Masa Depan” tak boleh jadi kerjaya. Aku down, bila dengar perkataan ini keluar dari mulut orang, kepada yang di luar sana, yang melihat ini teruskan mengejar cita cita kamu ! Tiada yang tidak boleh. Lebihkan usaha doa kita peroleh,” tulisnya.

Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Tuju berharap agar kisahnya itu dapat menjadi ikutan dan teladan buat sesiapa sahaja yang ingin berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Foto: IG

“Apa yang aku boleh buat, aku spark semua orang champ di landasan hidup mereka sendiri, jatuh sakit macam mana pun, kita boleh.

“Tiada masalah di dunia ni yang tidak boleh di selesaikan, kecuali? Mati – GNELLO K-CLIQUE @siddekjasni kata semangat dari sahabatku,” kongsinya lagi.



Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa bangga selain mendoakan semoga Tuju akan terus sukses pada masa depan.

Dalam perkembangan lain, Tuju ketika muncul dalam program MeleTOP pada 24 November lalu mengumumkan isterinya, Loca B sudah pun selamat melahirkan bayi mereka dan kini sedang menjalani tempoh berpantang. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 16-12-2020 12:14 PM
Tu pun kalau masih diingati....
Quote mamajawie 16-12-2020 12:17 PM
lah, da bersalin ke si Loca B ni?baru ku tau
Quote husna_amal 16-12-2020 12:19 PM
Sesetengah artis je nasib mereka indah. Ramai dah orang seni akhirnya nasib mereka tak kemana sangat pun.
Quote lattehazelnut 16-12-2020 12:23 PM
mamajawie: lah, da bersalin ke si Loca B ni?baru ku tau

Ye.. tp baby dia ada gastroschisis.. so lepas bersalin, baby sebulan kot dlm ward..
Quote mamajawie 16-12-2020 12:27 PM
lattehazelnut replied at 16-12-2020 12:23 PM
Ye.. tp baby dia ada gastroschisis.. so lepas bersalin, baby sebulan kot dlm ward..

tu la tadi skodeng kat ig deyollss..eh takut la plak baby premature ni..aku rsau sgat2 biar la aku preggy kali ni baby sihat2 je n cukup matang

Quote Tinot7 16-12-2020 12:50 PM
Tahniah dpt baby..
Quote lattehazelnut 16-12-2020 12:53 PM
mamajawie: tu la tadi skodeng kat ig deyollss..eh takut la plak baby premature ni..aku rsau sgat2 biar la aku preggy kali ni baby sihat2 je n cukup matang

Insyaallah semoga dipermudahkan amin..
Jgn stress2..
Quote doodlediddle 16-12-2020 12:55 PM
Mmg pun dik...xsemua retis tu kaya hingga ke napas terakhir. Time ade job ade lah tu pun kalau nama masih relevan. Ssh bnda2 popularity ni nk stay porever. Tokti pun dok buat bijnes utk hari tua lah kekdahnya. Jadi beringat2 lah...dan menabung lah utk hari tua nnt.
Quote KBW2 16-12-2020 12:57 PM
Itu satu penghinaan ke?

Rupanya bila tak sedap di telinga otomatik jadi penghinaan.
Quote AshKetchum 16-12-2020 01:03 PM
dah produk ko pon sendu nak ada masa depan apooo? tahu kau wujud ni pon sebab kes pukul belasah orang jahh so celah ffika mirah nya kerjaya karier muzik bagai? karier rempit belasah bergaduh jah yang ko ado?
Quote alieyrina 16-12-2020 01:30 PM
Nyanyi ka jerit2..smlm baru 1st nampak dlm ajl..maigadd rip telingaku
Quote Belibis 16-12-2020 02:25 PM
Dah jadi jutawan ke? Atau hasil karya dah tahap m nasir?
Quote Themilo 16-12-2020 02:42 PM
Kurex replied at 16-12-2020 04:14 AM
Tu pun kalau masih diingati....

of course diingati.. tapi iols lebih mengingati noki & MK
Quote Suchi 16-12-2020 03:02 PM
lattehazelnut replied at 16-12-2020 12:23 PM
Ye.. tp baby dia ada gastroschisis.. so lepas bersalin, baby sebulan kot dlm ward..

Sakit apa tu ye?So dah sembuh sempenuhnya ke?
Quote tagas 16-12-2020 03:14 PM
baru setahun jagung

lama2 nnti sendu di aidilfitri jah

hujung2 rayu mohon umah pprt
Quote tagas 16-12-2020 03:19 PM
google search loca b

skali kuar pic lebam2 kes pernah kena dera dgn laki
Quote Kurex 16-12-2020 03:19 PM
Themilo replied at 16-12-2020 02:42 PM
of course diingati.. tapi iols lebih mengingati noki & MK

Noki rangka dia jenis besar & sedap dipeluk kan....
Quote lattehazelnut 16-12-2020 03:33 PM
Edited by lattehazelnut at 16-12-2020 03:43 PM
alieyrina replied at 16-12-2020 01:30 PM
Nyanyi ka jerit2..smlm baru 1st nampak dlm ajl..maigadd rip telingaku


Part loca b patutnya tu.. part loca b banyak gak high pitch.. mcm lelaki susah nak carry..
tp style tuju rap mmg jerit2 sikit..
[youtube]cm-uKoGK-vY[/youtube]

iols suka dia cover lagu slow2 camni

[youtube]ZhKTFDbRcKo[/youtube]
[youtube]h2W9WwjMp2M[/youtube]
[youtube]h3TfdO-GxUA[/youtube]
Quote lattehazelnut 16-12-2020 03:35 PM
Suchi replied at 16-12-2020 03:02 PM
Sakit apa tu ye?So dah sembuh sempenuhnya ke?


Mcm ada lubang kat perut n usus terkeluar..
Alhamdulillah dah keluar wad dah..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.042301 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top