CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Ditahan Jual Pakaian Berjenama Tiruan Online

15-12-2020 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6798| Komen: 46

Pasangan suami isteri yang didapati mengaut keuntungan dengan menjual pakaian berjenama tiruan secara dalam talian kini berputih mata selepas perniagaan mereka diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Muar, semalam.


Ketuanya, Rizq Fazliana Abd Hamid berkata, dalam serbuan pukul 2 petang itu, pihaknya merampas 5,085 unit pakaian pelbagai jenama disyaki tiruan dengan menggunakan cap dagangan berdaftar yang dipakaikan secara salah.


Kredit foto: Utusan

“Serbuan dilakukan berikutan aduan daripada wakil pemilik cap dagang serta risikan selama seminggu ke atas aktiviti penjualan pakaian itu yang dilakukan secara dalam talian. Stor yang terletak di Bandar Tangkak itu dipercayai dijadikan pusat pengumpulan, pembungkusan dan pengedaran.

“Modus operandi mereka adalah mengiklankan pakaian itu menerusi siaran langsung di Facebook (FB Live) sebelum dijual kepada pembeli. Pembeli perlu membuat pesanan semasa siaran langsung di Facebook,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Muar, di sini hari ini.


Menurut Rizq Fazliana, pakaian berjenama terkenal itu dijual pada harga sekitar RM10 dengan minimum dua helai pembelian dan penghantaran percuma bagi 10 helai pembelian.

“Hasil maklumat mendapati perniagaan ini baru dijalankan sejak awal tahun ini sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami menahan lelaki warga tempatan berusia 40-an dan isterinya warga Vietnam berusia 30-an untuk diambil keterangan. Kesemua rampasan bernilai RM61,000,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan denda yang mana jika individu itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar itu.

“Sekiranya orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, dia boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Kesemua pakaian dijual adalah jenis baju tidur, pakaian kanak-kanak dan jersi. Kita masih menyiasat penglibatan individu lain dalam perniagaan ini bagi mengenal pasti status perniagaan sama ada dijalankan secara berkelompok atau persendirian,” katanya.




Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 15-12-2020 02:29 PM
Kita beli sebab murah bukan kisah sangat ori ke tiruan.
Quote lattehazelnut 15-12-2020 02:32 PM
Boleh je kan jual xpkai logo adidas ke apa..
Quote Tinot7 15-12-2020 03:20 PM
Jual je la baju kosong tak berlogo... atopon reka logo sendiri
Quote baghal_bortuqal 15-12-2020 04:10 PM
abibas pon ok pe...
Quote rogayahtop 15-12-2020 04:29 PM
sayangnye lah modal besar jual brg fake ni. kdg2 seller ni bukan tau pun dia ingat boleh je jual logo2 brand besar2 ni.  

yg lagi bahaya kat shopee tu skincare. Jangan la beli the ordinary, kiehl's kat shopee, banyak sgt seller jual yg fake. the ordinary yg original pun baru dalam rm50 ke 100 je.

Quote eyansss 15-12-2020 04:42 PM
lattehazelnut replied at 15-12-2020 02:32 PM
Boleh je kan jual xpkai logo adidas ke apa..

aku pun hanya akan beli barang takde logo atau memang brand dia sendiri (contoh : brand cap ayam)...  bagi aku, tak mampu pakai branded stuff, aku takkan beli imitation punya...  lagipun, apa perasaan kalau kita cipta sesuatu, pastu orang tiru n jual cenggitu aje...

Quote kechikchomel 15-12-2020 05:31 PM
Kawan fb iolss pun ada yg jual barang fake. Iolss lak yg serba salah jadinya.
Quote Asdira 15-12-2020 06:08 PM
rogayahtop: sayangnye lah modal besar jual brg fake ni. kdg2 seller ni bukan tau pun dia ingat boleh je jual logo2 brand besar2 ni.  yg lagi bahaya kat shopee tu  ...


Tgk foundation pun harga tak masuk akal..terlampau la murah..takut nak beli tepek2 kat muka ni..
Quote depresio 15-12-2020 06:16 PM
Sebb tu jgn gelak klu org pkai baju tulis abibas
Sbb xleh tru yg ori
Quote aHoi83 15-12-2020 06:17 PM
Mcm bimbo je pasukan ni atau ambik tindakan pilih bulu. Dah tentu pusat borong baju tido ni berpusat di GM dan Kenanga. Dan dijual besar2an dan terang2an dgn stock kuantiti beratus ribu kali ganda dr suami isteri ni. Tp aman2 jah berniaga. Sedangkan suami isteri ni pun start berniaga time PKP yg mungkin kene buang keje ke apa n berniaga kecil2 secara tertutup. Sedangkan di kenanga n GM siap melibatkan import export lagi yg stock kebanyakan nya dr china n bangla aman2 jah.
Quote AyaqMeloSuam 15-12-2020 08:06 PM
aHoi83: Mcm bimbo je pasukan ni atau ambik tindakan pilih bulu. Dah tentu pusat borong baju tido ni berpusat di GM dan Kenanga. Dan dijual besar2an dan terang ...

Sunggoh.. yg ni depa ni acah2 ligan.. hat bapak juai fake kt GM , KWC tu xmau nk p angkut.. sah2 nmpk..
Quote Rara77 15-12-2020 08:16 PM
aHoi83 replied at 15-12-2020 06:17 PM
Mcm bimbo je pasukan ni atau ambik tindakan pilih bulu. Dah tentu pusat borong baju tido ni berpusat ...

Setuju sangat
patut pergi lah serbu tauke kat kenanga dan gm tu berlambak lambak
oh lupa tauke sana besar besar kan
mana berani nk serbu
ikan bilis je lah kena
Quote gigahertz 15-12-2020 08:31 PM
kechikchomel replied at 15-12-2020 09:31 AM
Kawan fb iolss pun ada yg jual barang fake. Iolss lak yg serba salah jadinya.

Baik u cepat cepat sign out account.
Pastu delete. Pastu selubung bawah katil
Quote ChildrenOfBodom 15-12-2020 08:35 PM
GUCCI dan Chanel tu yg tak tahan tuu
Quote kechikchomel 15-12-2020 08:57 PM
gigahertz replied at 15-12-2020 08:31 PM
Baik u cepat cepat sign out account.
Pastu delete. Pastu selubung bawah katil


Terukkkk nauuuu tu!
Quote Jorja 15-12-2020 09:08 PM
Tak malu ke kalau pakai barang yg sgt obvious fake nya itu...
Quote epal21 15-12-2020 09:49 PM
kechikchomel replied at 15-12-2020 09:31 AM
Kawan fb iolss pun ada yg jual barang fake. Iolss lak yg serba salah jadinya.

Schoolmate iols ada jual sembonia fake. Can you imagine? Sembonia pun ada permintaan untuk fake.
Quote Mulotkoyak 15-12-2020 09:53 PM
Bukan ke berlambak ke kat pasar malam,  chow kit,  jln petaling and times square. Kan berleluasa benda ni.  Please KPNKK fair la ckit....  Pastikan sume kne.  Lgpn iols sakit hati gak penjual ni... Kkdg mhl sgt and claim yg kualiti die gred AAA..ko ghase?
Quote Voyagers 15-12-2020 10:10 PM
dkt padang besar tu, ada ke kena raid?

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.038183 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top