Program realiti nyanyian terbaru TV3, Vokal Mania telah sampai ke peringkat separuh akhir Sabtu lepas. Program dihoskan Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz itu menyaksikan lapan rookie menyampaikan sebuah lagu solo bagi merebut tempat ke peringkat akhir.
Selain persembahan rookie, antara yang mendapat perhatian ketika separuh akhir adalah persembahan daripada Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin dengan single Tolonglah! Cik B yang tampil membuat persembahan secara langsung untuk pertama kali di Vokal Mania itu bagaimanapun mengundang pelbagai kritikan netizen. Rata-rata netizen mempertikaikan kebolehan remaja 15 tahun itu untuk menjadi seorang penyanyi dan ada yang menyatakan bakat terpendam Cik B itu biarlah ‘disimpan’ sahaja. Cik B tampil menyatakan bahawa dia gementar kerana kali pertama beraksi di atas pentas dan mengakibatkan mulutnya kering.
Dia juga kecewa dengan kecaman netizen yang sering mempersoalkan kebolehannya dan mendakwa dia menggunakan kekayaan ibunya untuk popular secara pantas. Sumber: OhBulan |
KBW2 replied at 15-12-2020 02:39 PM
Kahkahkah aku tak paham butir melodi lagu ni
Tinot7 replied at 15-12-2020 02:42 PM
Iols tak tau pun dia ada single... mmg takde bakat nyanyi la... tapi saporter dia ckp sumer yg bai ...
KBW2 replied at 15-12-2020 03:09 PM
UUUUU dah ada karatz ke? Huntunglaaaa
ADVERTISEMENT