CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kurus Bukan Sebab Potong Usus, Man Tolini Tak Peduli Apa Orang Mengata

15-12-2020 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9109| Komen: 47

Meskipun pandemik Covid -19 dalam negara masih menular, namun kehidupan tetap diteruskan. Malah, sehebat mana pun dugaan yang datang, perlu tabah.

Itu prinsip semangat pelakon komedi dan pelawak, Man Tolini atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim, 43. Katanya lagj, biar orang nak cakap apa.

Berdepan pelbagai cerita sensasi pada tahun ini, Man akui dia makin cekal dan sudah lali dengan apa sahaja kecaman termasuk kritikan pedas daripada warganet. Katanya, cakaplah apa nak dicakapkan.



"Kalau nak fikir semua cakap netizen, memang banyak benda yang mereka tak puas hati. Bagi bantuan duit pun kena kecam, baik tak payah layan.

"Sekarang, saya teruja nak tampil beraksi dalam pertandingan Muzikal Lawak Superstar musim kedua bermula 18 Disember ini bersama kumpulan JBORN yang turut dianggotai Khir Rahman dan Joey Daud.

"Fokus saya sekarang tertumpu untuk pertandingan ini, termasuk menaikkan berat badan daripada 68 kilogram (kg) sebelum ini kepada 80kg sekarang," katanya.

Foto: IG


Kata Man, ia berikutan dia mahu membuktikan dakwaan dilemparkan segelintir pihak kepadanya yang mengatakan dia menjalani pembedahan 'potong usus' untuk kurus adalah tidak benar. Begitu juga dakwaan dia menghidap kencing manis.

"Saya kurus kerana mengamalkan minuman kesihatan berperasa koko yang sesuai dengan penerimaan badan. Bagaimanapun, pelbagai dakwaan tak berasas dilemparkan kepada saya.

"Jadi, kalau sebelum ini saya diam sahaja tidak membalas. Jangan lupa, tengok penampilan saya dalam pertandingan Muzikal Lawak Superstar itu nanti dan nilaikan," katanya.


Berbicara juga mengenai tahun baharu akan datang, Man berkata, apa yang diharapkannya semoga masalah pandemik Covid-19 ini berakhir. Katanya, semoga tahun depan keadaan lebih baik.

"Saya juga berdoa tawaran untuk kerja seni lebih meluas kerana pada tahun ini, banyak urusan kerja terpaksa dibatalkan. Sejujurnya, terasa juga pendapatan terjejas. Namun, saya masih bersyukur.

"Kemelut pendapatan terjejas yang saya alami mungkin tidak sehebat orang lain. Apapun, saya berdoa semoga masalah pandemik ini berakhir dan vaksinnya ditemui.




"Menjalani kehidupan dalam norna baharu ini, saya sedar tidak sebebas dahulu. Tapi, saya gembira tetap ada masa bersama keluarga terutama dengan isteri tercinta kerana kami suka konvoi motor," katanya.

Menurut Man, isterinya sangat memahami dan setia memberikan sokongan. Begitu juga dengan anak-anak. Katanya, apa yang dirasakan kini keluarganya sudah lengkap.

Sehubungan itu, Man juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong. Katanya, dia sangat menghormati dan menghargainya serta nekad mahu memberi terbaik dalam hasil kerja seni. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 15-12-2020 01:03 PM
Dah kenapa naikkan berat badan plak?? Sbb tak nampak lawak kalau tak gemok ke?
Elok badan kurus biar jelaaa tak semua hat badan berisi tu kelihatan lawak.
Quote msel 15-12-2020 01:04 PM
Jadi pelawak memang kena kepam ke? {:smile
Quote chenta_dewi 15-12-2020 01:10 PM
Pelawak2 ni kan selalunya belajar tak tinggi itu lebih baik..

Sbb kalau pandai pandai selalunya org yg patuh .. org akademik kan fokus betul..berbanding org tak pandai otak diorg tak fungsi utk patuh dan fokus betul..

Sbb tu pelawak2 ni kalau buat bisnes menjadik selalunya..sbb nak berbisnes ni pon perlu hentam dulu..takde betol salah..kalau salah buat lagi berbanding org akademik takut nak buat salah last2 tak buat..

Nabil..soib... zizan.. antara pelawak yg berbisnes dan jualan bukan biasa2 ye..
Quote Belibis 15-12-2020 01:10 PM
msel: Jadi pelawak memang kena kepam ke? {:smile

Nabil ok jer ,tak kepam...( Tapi lawak ker?)
Quote Normabaru 15-12-2020 01:16 PM
dh repair gigi lom
Quote husna_amal 15-12-2020 02:41 PM
Sejak dah kurus ni wajah dia nampak macam tak bersemangat je.
Quote husna_amal 15-12-2020 02:42 PM
Sejak makin kurus ni wajah dia nampak tak bersemangat je.
Quote Noraniza_Iblis 15-12-2020 03:09 PM
makin kurus..
makin kepam..same cm cat farish tu..
maybe sbb dh gelebeh kot..
Quote missyL 15-12-2020 03:47 PM
Coco curve bkn ade kes ade barang terlarang ke.. Mcm pnh bace..
Quote dewi_rina 15-12-2020 03:52 PM
Kurus tapi nampak tua
Mcm eira cazira pun sama, kurus tapi nampak tua pulak muka dia
Tak lawa
Quote depresio 15-12-2020 07:00 PM
Boleh kan kemas dan bersih skit...
Quote fealefea 15-12-2020 07:10 PM
Kalau kurus bukan asbab bersenam mmg gini le rupenye. Kurus yg pedih je kat mate. Sama la Micheal Ang tu. Cam pelik je. Aishah je nmpk cam ngam.
Quote imrb 16-12-2020 12:37 AM
beza org kurus cara betul bersenam vs potong usus, mkn ubat kurus

gelebeh kulit & nampak tua, sakit, tak bermaya..

mkn mcm2 bertahun2, bila nk turun berat semua nk cepat.. apooooo
Quote September14 16-12-2020 12:41 AM
Bnyk2 retis yg kepam aku rasa dia ni plg kepam

Nper selekeh sgt dulu gemuk nmpk la ceria skit
Quote Acikgomen 16-12-2020 12:49 AM
Normabaru replied at 15-12-2020 01:16 PM
dh repair gigi lom

Acik dok pikir2 caner lah bini heshe time cemolot2 tuh
Quote Normabaru 16-12-2020 12:57 AM
Acikgomen replied at 16-12-2020 12:49 AM
Acik dok pikir2 caner lah bini heshe time cemolot2 tuh

Ouch.
Komen acik kijammmmmnyeeeehhhhhhh...menusuk kalbu btol
Quote azimodin 16-12-2020 01:29 AM
Cokepit sampah menyebabkan heart palpitation yach.. Nasib baik meouls x mampos. Minum satu sachet terus masuk tong sampah. Itu la kali terakhir meouls minum sampah. Lagi baik layan susu ceklat boss susu.
Quote Kurex 16-12-2020 01:33 AM
Fikri pun asal pelawak, tak kepam.. malah manis dipandang mata
Quote rhea85 16-12-2020 07:52 AM
man....kurus ke gemok ke, tetap KEPAM
cuba la kemas2 sikit, nampak bersih sikit ke
adui

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.068552 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top