CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hariz Hamdan Tak Suka Main TikTok, Fokus Di Set Dan Tanya Tips Daripada Artis Senior

15-12-2020 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6986| Komen: 33

Sebagai pendatang baharu dalam dunia lakonan, Hariz Hamdan yang juga finalis Hero Remaja 2020 ini sentiasa ingin membawa dirinya dengan baik ketika berada di sesebuah set penggambaran.


Menurut Hariz atau nama sebenarnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 18, dia sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan fokus sebelum memulakan penggambaran.

Foto: IG

Akui Hariz, dia tidak gemar menggunakan telefon bimbit dan bermain aplikasi TikTok ketika sedang bekerja kerana bimbang ia boleh menganggu tumpuan terhadap lakonannya.

"Saya memang kurang bermain Tiktok. Bagi saya, setiap pelakon baharu ada pesonaliti tersendiri dan mungkin hanya ada segelintir mereka yang gemar bermain handphone di lokasi penggambaran.

"Saya sendiri tak suka sangat main handphone ketika berada di set sebab takut nanti boleh kacau fokus. Saya lebih suka berbual dengan pelakon lain untuk tanya tip atau minta kongsi pengalaman mereka.

"Sebagai pelakon baharu, sudah tentu saya perlu banyak belajar daripada pelakon senior. Sedangkan artis lama pun masih tambah ilmu... apatah lagi saya yang masih baharu," kata Hariz kepada mStar.


Sebelum ini, pelakon Nabila Huda menerusi laman Instagram memberi pesanan kepada pelakon baharu untuk persiapkan diri terlebih dahulu sebelum datang ke lokasi penggambaran.

Malah, pelakon pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin ke-23 itu turut menasihati pendatang baharu supaya tidak hanya bermain telefon bimbit atau melakukan video TikTok sahaja.



Nabila atau lebih mesra disapa Abil turut berkongsi cara dia melakukan persediaan dari segi skrip, pakaian dan dirinya sebelum memulakan sebarang penggambaran.

Dalam pada itu, pelakon telefilem Fateema Azzahra ini mengakui dia mempunyai perasaan takut apabila diberi peluang untuk berlakon dengan barisan pelakon yang hebat.

Hariz bagaimanapun memberitahu, perasaan tersebut menjadi pembakar semangatnya untuk melakukan yang terbaik dalam setiap peluang yang diberikan.


"Sudah tentu perasaan takut itu ada... sebab mereka lebih berbakat daripada kita. Tapi bersedia atau tidak, terpulang kepada diri saya sendiri. Tapi kalau saya berlakon, memang saya akan buat sehabis baik.

"Saya akan berikan komitmen seratus peratus sebab memang dari kecil lagi saya sudah bercita-cita untuk ceburi bidang lakonan terutama filem. Saya memang nak sangat berlakon filem.



"Alhamdulillah... Insya-Allah, bermula Januari depan saya akan masuk set penggambaran filem Banglo Seksyen 12 bawah penerbitan Intan Ladyana," ujarnya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nham22 15-12-2020 12:37 PM
Main tepon atau tidak main tepon tidak akan menentukan anda berjaya menambat hati producer or tv stesen.. Hahahaha.. Kalau hang kabel kuat adalah penentu segalanye.. Hahahaha... Pelakon baru kene struggle cube tuk naik nama dgn mcm2 bende termasuk bende bodoh piang...
Quote lattehazelnut 15-12-2020 12:43 PM
belum ada geng lg utk buat tiktok..
sekali da terjebak kang..
Quote doubleA 15-12-2020 01:01 PM
Whoreyuss sangat dek
Quote Normabaru 15-12-2020 01:05 PM
Muka chinese look.. Tak sangka dik intan dh jadi penerbit. Good luck to both of u dik.
Quote laksmanabentan 15-12-2020 01:11 PM
tajuk berita.. TAK SUKA MAIN TIKTOK
tapi isi cerita KURANG MAIN TIKTOK
camna tuh...
Quote woven11 15-12-2020 01:14 PM
Mudanya heols baru 18. Matured rupa.
Quote slyfynx 15-12-2020 01:14 PM
So, ko main tik tok ke x ni?
And, ape pekdahnnye semua org tau.
Baik ko ckp ko layan pornhub je.
Baru newsworthy
Quote kechikchomel 15-12-2020 01:36 PM
Iolss baca HAFIZ HAMIDUN
{:dot
Quote RumiMenari 15-12-2020 01:50 PM
So bakal laki intan tercabar ke dgn mamat ni.....


Quote Kurex 15-12-2020 02:10 PM
Semoga dapat terlena atas dada hariz sambil hariz dodoikan dgn lagu cinta
Quote husna_amal 15-12-2020 02:46 PM
Masih belum pernah tengok lakonan adik hero remaja ni. Tak lama lagi naik lah nama macam abg2 hero remaja yg lain.
Quote Tukul.Besi 15-12-2020 02:47 PM
Nak naik cepat ke a ada leak vid dekkkkk.
Quote Tinot7 15-12-2020 03:02 PM
Baru umo 18 ka? Awat nampak matured sgt ni? Ke iols yg masih rupa mcm budak2?
Quote lil_honey 15-12-2020 03:17 PM
orang main tepon tu tah2 dia punya mata pencarian gak kot. dia promot produk ke ape..
Quote AshKetchum 15-12-2020 04:22 PM
dah tu ko suka main apa dekk? bebird? so bakalan berterbangan jua kah macam retis laki sedap yang lain gituh?
Quote AshKetchum 15-12-2020 06:53 PM
helok ke heshe?

[ig]https://www.instagram.com/p/B8lS9kuAS9e/[/ig]

[ig]https://www.instagram.com/p/B-ZZYUIA_7-/[/ig]
Quote AshKetchum 15-12-2020 06:54 PM
kat sini dah ropa sohai jahh?

[ig]https://www.instagram.com/p/BR5tn18D-Eb/[/ig]
Quote apedehal 15-12-2020 07:18 PM
Turn off sikit kalau lelaki ada obvious moles dekat muka..kbai
Quote Tweety_Senrose 15-12-2020 08:51 PM
senyuman heols huduh

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.091593 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top