CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pakai Pelitup Muka Merimaskan, Cliff Umar Minta Maaf Tersalah Kata

14-12-2020 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11521| Komen: 78

Juara Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Cliff Umar mohon maaf secara terbuka susulan kenyataan yang menyifatkan pamakaian pelitup muka sebagai merimaskan.

Cliff turut menafikan kenyataannya cuba memperlekehkan pemakaian pelitup muka yang kini menjadi amalan norma baharu dalam masyarakat, selain prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi.

Sebaliknya, kata pemilik nama sebenar, Abdullah Umar Joseph Abdullah, kata-katanya itu sekadar rungutan berikutan pelitup muka menyukarkannya untuk berkomunikasi.


Foto: Astro

"Saya minta maaf, saya memang terlepas cakap. Saya tak bermaksud mahu mengguris hati sesiapa termasuk petugas barisan hadapan.

"Apa yang saya maksudkan dengan merimaskan apabila bercakap dengan memakai pelitup muka, permukaannya jadi berkuap dan ia menyukarkan saya memberikan ucapan kemenangan.

"Sekali lagi saya minta maaf dan saya memang tak ada niat langsung untuk buat orang terasa," katanya kepada BH Online.

Vokalis kumpulan Projek Pistol itu berkata, kenyataannya yang dianggap celupar itu dilafaz berikutan terlalu terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang.

Foto: Astro

"Saya tak sangka langsung akan menang. Justeru, apabila nama diumumkan sebagai juara, saya terkejut dan terkeluarlah kenyataan yang tidak sepatutnya saya ucapkan.

"Selalunya sebelum bercakap, saya akan fikir dahulu. Mungkin saya terlalu teruja menyebabkan saya terlepas cakap," ujar penyanyi berusia 37 tahun itu.

Berikutan kenyataannya itu, netizen mula mengecam Cliff menerusi media sosial dan menyifatkan apa yang dinyatakan atas pentas sebagai tidak sensitif.

Malah, Cliff juga dianggap cuba memperlekehkan petugas barisan hadapan yang bukan sahaja memakai pelitup muka, tetapi mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) demi mematuhi SOP. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fafaaisa 14-12-2020 01:51 PM
Maafkanlah dia wahai nitizen nitizen
Quote janetrose 14-12-2020 02:04 PM
“Saya Minta Maaf!” Cliff Umar Perjelas Isu 'Rimas' Pakai Pelitup Muka Di Pentas Akhir GV7 ... Meskipun begitu, terjadi pula perkara yang tidak menyenangkan apabila netizen menganggap kata-kata Cliff ketika ucapan kemenangan yang menganggap pelitup muka sebagai sesuatu yang merimaskan adalah sebagai tidak ...
uara GV7, Cliff Umar dikecam netizen apabila dianggap cuba ... kenyataan yang menyifatkan pamakaian pelitup muka sebagai merimaskan. ... Abdullah, kata-katanya itu sekadar rungutan berikutan pelitup muka menyukarkannya untuk berkomunikasi. "Saya minta maaf, saya memang terlepas cakap.
https://onlinefeedbackz.live/






Quote imransulaiman 14-12-2020 02:11 PM
Laaaaaahhhhh! Aku dengar dia cakap "irritating" tu pun dah faham maksudnya dia tak selesa nak berucap! Takde kaitan dengan pelitup muka itu merimaskan!

Come on lah nerakazen! Grow up!
Quote hannan_rayyan 14-12-2020 02:22 PM
imransulaiman replied at 14-12-2020 02:11 PM
Laaaaaahhhhh! Aku dengar dia cakap "irritating" tu pun dah faham maksudnya dia tak selesa nak beruca ...

i pun bila dengar dia cakap irritating tu yg i faham shield tu yg irritating sebab bila dia nak kena berucap, shield tu buatkan tak selasa, selama ni dan sebelum2 ni dia mmg sentiasa je pakai shield tu masa tunggu turn duk kat bawah and masa tunggu result2, so takdelah pulak otak i ni berfikir dia cakap SOP u yg irritating,my sister yg frontliner sempat tgk masa result tu sebab kebetulan baru balik keja pun tak rasa tersentap sbb diapun rasa yg irritating tu sbb tak biasa pakai the face shield so dia ok jek

apa2 pun tahniah walaupun i nak muss yg menang
Quote Orix 14-12-2020 02:23 PM
dia ni duda ke masih berkahwin eh?
Quote Megikari 14-12-2020 02:23 PM
Memang pun pakai benda tu merimaskan. Dah kenapa nak sentap pulaknya?
Quote Minami2013 14-12-2020 02:23 PM
Betul pun rimas.. kenapa netizen sentap?
Quote zidane2011 14-12-2020 02:32 PM
Mmg rimas pun. Lagi2 yg ada asthma mcm iols ni..erghhh..tp tetap la kena pakai kan..

Zaman skrg semua benda nak sentap.
Quote salmon-suki 14-12-2020 02:43 PM
I tot dia 40s daa.. hehehe..bru 30s rupenye{:smile
Quote Perk77 14-12-2020 02:47 PM
Rakyat msia mmg sensetif sgt ke...pakai mask Tu mmg lemas berkuap..boleh sesak nafas oksigen tk cukup ......Benda yg mmg betul....frontliner pun kdg tk pakai..
Quote redz85 14-12-2020 02:59 PM
tak ada isu sebenar nya.. memang aku pun rimas.. congrats cliff
Quote aint 14-12-2020 03:00 PM
iosl anti face mask sbb wat kulit muka naik ruam2 dan cam jerawat... serious anti teroks... dah la rasa lemas...
Quote tagas 14-12-2020 03:01 PM
dr first episod tgk dah taw mmg layak menang

volak padu & presentable

da biasa nyanyi club
Quote alieyrina 14-12-2020 03:07 PM
Aku pun kalau boleh nak minimakan masa kena pakai mask nihhh
Quote merrissa 14-12-2020 03:10 PM
mmg  rimas...rs xleh bernafas...tp demi kesihatan smua jom pakai
Quote hanahani 14-12-2020 03:10 PM
imransulaiman replied at 14-12-2020 02:11 PM
Laaaaaahhhhh! Aku dengar dia cakap "irritating" tu pun dah faham maksudnya dia tak selesa nak beruca ...

Netizen mmg over. Rata2 yg over tu salonya bbnu. Yelaa zaman dorg zaman viral zaman teknologi, sume nak di up kann.
Quote Qwertyuiop2019 14-12-2020 03:16 PM
merrissa replied at 14-12-2020 03:10 PM
mmg  rimas...rs xleh bernafas...tp demi kesihatan smua jom pakai

Baru je haritu baca face shield tak memberi kesan apa2. Digalakkn tak pakai.
Quote fealefea 14-12-2020 03:25 PM
Bad vibe sbb dulu aniaya bini. Hrp dah berubah le.
Quote awanysss 14-12-2020 03:30 PM
Megikari replied at 14-12-2020 02:23 PM
Memang pun pakai benda tu merimaskan. Dah kenapa nak sentap pulaknya?

public figure mana boleh silap sikit..
even yg dia ckp tu reality.. tetap jd isu

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.053327 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top