CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lengkap Sepasang, Mawar Rashid Teruja Bakal Timang Anak Perempuan!

14-12-2020 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4345| Komen: 25

Description: Setelah beberapa hari berteka-teki di laman Instagram, pelakon Mawar Rashid akhirnya mendedahkan dia dan suaminya iaitu Raf Yaakob bakal menimang cahaya mata perempuan.
Setelah beberapa hari berteka-teki di laman Instagram, pelakon Mawar Rashid akhirnya mendedahkan dia dan suaminya iaitu Raf Yaakob bakal menimang cahaya mata perempuan.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, berkongsi berita gembira itu menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube pada Isnin.

Menerusi video berdurasi hampir 4 minit itu memperlihatkan majlis 'gender reveal' yang diadakan pelakon berusia 25 tahun itu bersama ahli keluarga dan rakan rapatnya pada Ahad.


Tetamu mula bersorak apabila Mawar dan suaminya meletupkan belon yang dipenuhi kertas dan belon kecil berwarna merah jambu menandakan bakal menimang bayi perempuan pada Januari depan.

Dalam ucapannya, pelakon telefilem Penaklukan Syaitan itu turut mendoakan pasangan suami isteri yang masih menunggu dikurniakan zuriat dan rakannya yang belum bertemu jodoh diberikan rezeki itu.

"Yang sedang menunggu (pasangan suami isteri), saya doakan agar dikurniakan zuriat dan yang belum kahwin saya doakan supaya kahwin cepat-cepat," kata Mawar.

Sebelum ini, Mawar yang juga adik ipar kepada Chef selebriti Datuk Fazley Yaakob itu memuat naik kapsyen mengenai teka-teki jantina anak keduanya di laman sosial sejak Jumaat lalu.

Foto: IG

Dalam pada itu, Mawar ketika dihubungi mStar sebelum ini memberitahu dia kini mahu memberi tumpuan kepada kandungannya yang sudah mencecah lapan bulan.

"Sebelum ini, saya memang sangat aktif tapi sekarang saya perlahankan sikit. Saya sendiri dah tak larat macam awal kehamilan. Dah rasa berat nak bawa perut tapi Alhamdulillah saya okay.

"Sekarang saya fokus pada bayi dalam kandungan sebab sebelum ini asyik sibuk dengan menguruskan perniagaan produk Mawarose. Tak lama lagi nak bersalin, saya dah kena buat persediaan mental dan fizikal serta barang baby," ujarnya.




Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9 dan Raden Seri Raysaa Chanela yang berusia lima tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 14-12-2020 03:53 PM
Dah macam trend pula buat majlis untuk umumkan jantina anak yang bakal lahir. Apa2 pun semoga berbahagia dan selamat melahirkan.
Quote ashilalat 14-12-2020 03:56 PM
Babi betol..semalam benang mawar ngidam renovate rumah.

Baru jap td benang ngidam makan mi itam dalam keretapi

Ni benang kau teruja pulak.

Sialnya. Produk lakonan xde, menang pelakon popular, pastu penuh benang citer pasal kau ngandung, x kena mengena dengan industri hiburan
Quote lolipopbiru 14-12-2020 04:04 PM
senang je artis artis ni dapat anak sepasang. ctdk, saharul rizwan, syukri yahya, mia ahmad, next mawar.
rezeki tuhan bagi.
Quote missyL 14-12-2020 05:02 PM
Deduli xde plak gender reveals. Baby shower sume ni kan..
Modern btol now. Bkn artis je. Org bese pon..

Ape pn tahniah
Quote depresio 14-12-2020 05:22 PM
Lah bila ko ngandung lagi?
Macam baru je aku tahu ko bersalin
Quote syakuntala 14-12-2020 06:04 PM
byk btl citer pemenang anugerah ni
Quote awenda507 14-12-2020 06:35 PM
Tahniah. Moga dipermudahkan urusan mawar
Quote nazzse 14-12-2020 06:58 PM
Reporter cari taknak buat benang tokti nak dapat baby boy ke??

Lupa, reporter cari dok dalam gua lagi. Lepas 2 3 hari baru keluar
Quote RatuDunia94 14-12-2020 08:03 PM
Gender reveal ni mcm mana? Parents yg baby tu x tau juga la yer jantina tu? Habis tu sape yg tau jantina baby tu? Sape yg g scan? Sape yg bubuh kertas warna apa dlm belon tu?
Quote aderaderker 14-12-2020 08:09 PM
Mendonia cik wa sekarang ek..

Tapi seketul berita pun takde cakap pasal karier.
Kata pelakon popular..
Quote Masukkeluar 14-12-2020 08:10 PM
Edited by Masukkeluar at 14-12-2020 08:13 PM
aderaderker replied at 14-12-2020 08:09 PM
Mendonia cik wa sekarang ek..

Tapi seketul berita pun takde cakap pasal karier.


dia mmg dh tak belakon sbb dh jd businesswoman jual produk anak didik jijangseman..
Quote makneng 14-12-2020 08:13 PM
Tahniyah la mek sie..
Quote ikanmasin 14-12-2020 10:32 PM
tahniah lah.....
Quote slyfynx 14-12-2020 10:48 PM
Eh, minggu ni je dah 3 thread pasal die punye pregnancy.
mmg setiap sorang wartawan wajib bukak cite die ke?
Nk justify sbb menang hr tu eh.
Kene buktikan ke famousan die ni?
Azza ngn Lilrose x buat lg kan kisah preganancy die nih?
Quote Normabaru 14-12-2020 10:48 PM
Laa br 25 ke.. Awat nmpk mcm 35? Seriously menyampah dgn kegedikan mekwa ni.. Setakat dpt bangla otak udang je pon..bangga kemahennn...  Puik!
Quote likecandy 15-12-2020 12:16 AM
Hmm esok cerita pasal apa ye
Dah 3 benang dah dok up pasal si mawar ni
Bertabahlah kena hadap news mawar ni sampai sheols bersalin.
Quote Jemahjemah 15-12-2020 01:03 AM
Congrate mawar n raff. Semoga bahagia
Quote katakauu 15-12-2020 01:19 AM
tahniah dh sepasangggg
Quote Perawankota 15-12-2020 04:02 AM
Apa citer lipstick mawarose dia, tu

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.057983 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top