CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sarat Hamil 9 Bulan, Faye Kusairi Lumpuh Sebelah Muka

10-12-2020 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14467| Komen: 76

Ketika sedang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata kedua, pelakon Faye Kusairi berdepan detik cemas apabila secara tiba-tiba diserang Bell Palsy atau pun kelumpuhan pada otot muka.


Bagaimanapun, menurut Faye, dia kini telah pun dibenarkan untuk keluar daripada hospital dan sedang di dalam proses untuk pulih.


 “Alhamdulillah saya telah dibenarkan pulang. Saya telah dimasukkan ke hospital pada minggu lalu selepas disahkan mengalami serangan Bell Palsy ketika sedang menggosok gigi.

“Saya masih belum sembuh sepenuhnya, masih dalam progress untuk pulih. Separuh muka bahagian kanan saya lumpuh sejak Jumaat lalu dan telah menjalani rawatan dengan pakar neurologi.

“Sekarang saya dapat gerakkan sedikit otot muka saya. Syukur alhamdulillah,” tulisnya.


Foto: IG

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, 7 Hari Mencintaiku 2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Faye turut menegaskan dia tetap akan menjalani sesi rawatan dan berharap agar dirinya dapat sembuh seperti sedia kala.




“Memandangkan saya kini hamil 38 minggu, saya meneruskan rawatan dan berehat di rumah.

“Mohon doakan kesihatan saya diteruskan dengan baik dan dipermudahkan serta cepat sembuh,” kongsinya lagi.


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut terkejut mendengar perkhabaran tersebut selain turut menitipkan doa semoga semuanya baik-baik sahaja buat Faye.

Terdahulu, Faye telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Azmi Hatta pada tanggal 9 April 2017 dan telah pun dikurniakan sorang anak lelaki yang diberi nama Alif Azmi. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 10-12-2020 11:45 AM
Edited by Mina2215 at 10-12-2020 11:48 AM

Bells Palsy ni memang tak disangka2. Pernah tgk seorang budak umur 6 tahun kena.

Most cases, Bell’s Palsy ni cuma sementara. Semoga Faye cepat sembuh ya
Quote doubleA 10-12-2020 11:51 AM
Aiyoo lagi2 retis muka tu penting. Retis mana lagi entah pernah kena gak camni. Semoga dipermudahkan urusan bersalin
Quote red_velvet 10-12-2020 12:01 PM
Diaada darah tinggi ke masa pregnant ni... staff aku ade darah tinggi quite high jugak la time preggy, kandungan 7 bulan dia kena stroke aebelah badan.. kesian...suaminye bawak gi urut, lambat jugak nak baik....tapi Alhamdulillah sebelum due  bersalin dia dah ok
Quote Eliadaisy83 10-12-2020 12:18 PM
Dia ni berbakat juga..berlakon best gak cuma iol xbleh lupa kes dia caras somi kak lina pompom
Quote Kurex 10-12-2020 12:18 PM
Tak kenal, apa pun semoga dipermudahkan
Quote miss_perfect 10-12-2020 12:25 PM
Memang bells palsy ni boleh tiba2 menyerang orang sebarangan ke? Scarynya
Quote Tukul.Besi 10-12-2020 12:35 PM
Rajin2lah buat senaman muka dari sekarang. Buat kemut2 sikit mcm ruhainies kemut, senyum chucky ke, kerut2 jahlop ke...
Quote Mamason 10-12-2020 12:44 PM
Semoga diberikan kesembuhan... Aamiin
Quote little_sis 10-12-2020 01:05 PM
Kwn aku jd mcm ni gak dulu.. amik masa jugak utk jd sediakala.. skrg pun mcm ada kesan2 lagi..  semoga faye ni pun akan pulih mcm sediakala.. rezeki dan ujian masing2..
Quote zuraidah1 10-12-2020 03:28 PM
Sy kene Masa pregnant gak...org kata stress ...mata xleh katub skit asyik berair je molot herot ke kiri..kening xleh angkat .dlm mulut kebas...paling haru minum air dia meleleh kuar skit mcm org stroke tu ckp pon susah Ada ayat yg xjelas...takut jugak Masa tu trus g hospital doc bg ubat n fisio..takut jd kekal g urut saraf kt org yg pandai ...2 minggu baik dah...ikut badan org tu Ada yg cepat baik Ada mkn taun...
Quote freyayong 10-12-2020 03:31 PM
Semoga dipermudahkan faye.. takut plak mendengarnya..
Quote KIM.K 10-12-2020 03:45 PM
Kesian Faye. Bell palsy ni bukan sejenis strok tapi bahagian muka kita drooping terutama kelopak mata dan tepi bibir. kalau strok saraf otak dengan muka dah disconnected

iols kena bell palsy muka kanan masa buat postgrad sebab stress tinggi. Dah la kena eye's bulging pasal tiroid memang kecantikan tu terpadam macamtu je terus nampak hodoh dan bodoh

iols banyak bekam kat area mata dengan tepi bibir sampai kulit tu naik balik. Even sekarang pun depends kat face cupping untuk tegangkan muka dan naikkan cupid's bow. Now berminat nak buat lip filler sesuai dengan imej bisnes
Quote Noraniza_Iblis 10-12-2020 03:55 PM
mesti kak lina pompom cashhh kan sheols...
Quote awekjepun 10-12-2020 04:06 PM
Eliadaisy83 replied at 10-12-2020 12:18 PM
Dia ni berbakat juga..berlakon best gak cuma iol xbleh lupa kes dia caras somi kak lina pompom

Dia lg power dari kak lina la ye.. smpai berjaya caras.hehehe
Quote shahirakay 10-12-2020 04:07 PM
Kurex replied at 10-12-2020 12:18 PM
Tak kenal, apa pun semoga dipermudahkan

motifffff tak kenal #hencapanseanterowargaforumersemalayaonceuponatime
Quote Kancilkering 10-12-2020 04:11 PM
dia masa berlakon ngan zul aripin lawa gle....dia ni racer kereta ...bak kata dia ni active lah org nya....
Quote shaiy 10-12-2020 04:16 PM
murni2 je yg komen pasal fake ni hehehhe.. tiada hencapan.. warga forum dah hampun kan sheols ke?uhuk
Quote bolamata 10-12-2020 08:27 PM
i pernah kena bell palsy ni time mengandung 7 bulan... semoga faye cepat sembuh.. ubatnya hanyala fisio sahaja dan senaman muka... ubat2 tak bole sebab sangat membahayakan kandungan (baby)...

masuk 9bulan alhamdulillah hilang terus sakit tu
Quote Fafaaisa 10-12-2020 08:28 PM
Walaupun dulu dihencap teruk..iols doakan semoga beliau dipermudahkan segala urusan dan bersalin dengan selamat nanti

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.050129 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top