CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Semakin Baik Dan Tenang, Ada Bidadari Selamatkan Iqram Dinzly

8-12-2020 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8278| Komen: 24

Description: Pelakon Iqram Dinzly mengakui semakin baik dan tenang selepas hadir seorang bidadari ‘menyelamatkan’ dirinya.
Pelakon Iqram Dinzly mengakui semakin baik dan tenang selepas hadir seorang bidadari ‘menyelamatkan’ dirinya.

“Sebenar-benarnya, dialah…Orang kata, Allah kirimkan bidadari untuk menyelamatkan Iqram Dinzly selama tujuh tahun ini,” katanya.


Bagaimanapun Iqram tidak menyatakan nama ‘bidadari’ yang dimaksudkan tersebut ketika ditanya hos ‘Ballz Talk’ Elly Ariffin dan Iman Zulkarnain.

Difahamkan rakaman tersebut merupakan sedutan daripada salah satu episod ‘Ballz Talk’ yang menampilkan Iqram sebagai tetamu undangan.

Foto: IG

Menariknya sesi temubual eksklusif yang bersifat up close dan personal menerusi program ini, mengetengahkan perkongsian penuh emosi dan pengalaman peribadi yang mungkin tidak pernah dikongsikan kepada masyarakat umum sebelum ini.


Ketua Pegawai Eksekutif D’ Alphalegacy Sdn Bhd, Diyana Ismail, berkata D’Alphalegacy sebagai ‘content creator’ di landskap media baharu dan digital, sentiasa agresif dengan kandungan-kandungan di luar kotak.

“Sejujurnya, menghasilkan karya digital bukanlah perkara mudah kerana ia menuntut kemahiran naratif penceritaan kreatif agar kandungan tersebut mempunyai jalan cerita yang boleh diterima secara global oleh peminat seni hiburan.




“Selain itu, idea asal tersebut juga mestilah di luar kotak dan mempunyai stail tersendiri walaupun nampak santai. Ia harus mampu membuatkan penonton berasa dekat dengan intipati yang ingin disampaikan di samping berjaya menerapkan mesej yang positif buat masyarakat.

“Namun begitu, kami akui berada di landasan digital juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada kami untuk melakukan pelbagai eksperimen kreatif dalam menghasilkan karya-karya unik yang ‘up to date’ dan mengujakan bagi mendekati para penonton,” katanya.

‘Ballz Talk’ sebuah program berkonsepkan bual bicara terbitan D’Alphalegacy yang disiarkan menerusi platform perkongsian video global terkemuka, YouTube.



Sebagai pengenalan, program ‘Ballz Talk’ bakal menampilkan empat selebriti tanah air sebagai tetamu undangan iaitu Zizan Razak, Iqram Dinzly, Farah Ahmad dan Ammar Titan.

Program ini turut mendapat sentuhan kreatif sutradara Opie Zami sebagai pengarah, musim pertama.

Rakaman program ‘Ballz Talk’ berdurasi selama 20 minit menerusi paparan empat buah episod dan sudah mula distrim secara eksklusif di saluran YouTube ‘D’Alphalegacy’ pada setiap Jumat, jam 8.30 malam mulai 4 Disember lalu. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-12-2020 03:39 PM
Bidadari tu samada @dudaberhias mahupun @Themilo
Quote Themilo 8-12-2020 03:44 PM
Kurex replied at 8-12-2020 07:39 AM
Bidadari tu samada @dudaberhias mahupun @Themilo

iya, sekali i tunjukkan tongkat sakti depan prince chikichikikebabomm, terus heshe terkesima.. time tu la iols bilas otak dia dengan air dari tujuh sungai tercemar..
Quote minah_selekeh 8-12-2020 04:24 PM
Bidadari mana pulak yang sanggup melayan kerenah dia ni.. Harap2 sembuh sepenuhnya la..
Quote gorjeous 8-12-2020 04:28 PM
Alhamdulilah...
Quote Parit.Hilton 8-12-2020 04:32 PM
tapi cara posting kat ig tu macam nampak belum empuk je sembuhnya si chicki2 boom2 ni
Quote Nnasda53 8-12-2020 04:32 PM
lalu lalang depan rumah dia masa dia sibuk buat arca deko2 masa giler menari tu rasa nak hempuk je.

apa pun semoga cepat sembuh la dia ni.
Quote mesmerize 8-12-2020 04:34 PM
cengkung n nampak tua ya.. kesian dia teruk benar frust.. dulu kemain hensem muka gebu putih
Quote slyfynx 8-12-2020 04:37 PM
Ok. Tahniah.
Next
Quote sharlenetexas 8-12-2020 04:39 PM
Ingatkan bidadara knight of shining armour berlari2 menyelamatkan princhiki
Quote husna_amal 8-12-2020 04:44 PM
Dulu masa perwatakan dia masih ok dan imej kemas suka tengok iqram dinzly ni.
Quote salmon-suki 8-12-2020 05:05 PM
Putera raja dinzly?{:smile

Serius syg sgguh bakat dia ni..pandai berlakon tp jadi tingtong gitu..aduhaiiii~
Kembalilah ke pangkal jalan wehhhh .diva AA dah berubah..kamu bila lg?
Quote MissVixen 8-12-2020 05:06 PM
Kurus nampak tua. Kalau muka dia berisi sikit, comel.
Quote September14 8-12-2020 05:07 PM
Muka dia dah mcm zainal alam kadir
Quote melatibiru 8-12-2020 07:36 PM
Syukur... kalau betul la....moga lepas ni tak bercakap dgn pisang
Quote dua_chzy 8-12-2020 08:22 PM
Kurex replied at 8-12-2020 03:39 PM
Bidadari tu samada @dudaberhias mahupun @Themilo

Alhamdullilah...Till jannah.
Quote buapakperut 8-12-2020 08:36 PM
posting penis segala macam makin sewel ja. bidadari ke bidadara yg jaga tu
Quote likecandy 8-12-2020 09:21 PM
Sebenarnya apa masalah heols
Kalau ada masalah mental please pergi cari rawatan therapist ke psychiatrist ke
Quote Asdira 8-12-2020 09:41 PM
Berbelit2 ayat dia taip kat og tu..
tahhapahapa {:shy
Quote samshik 8-12-2020 11:18 PM
Bidadari tu mungkin sama2 high ngn hang kot chikibombom oii...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.293059 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top