Cameron Highlands: Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands mengesan ada pegawainya yang bersekongkol dengan sindiket pencerobohan tanah kerajaan menyebabkan tindakan penguatkuasaan di kawasan peranginan itu kurang berkesan. KUANTAN – Bencana banjir lumpur yang meragut empat nyawa di Lembah Bertam, Cameron Highlands dekat sini pada Selasa lalu dipercayai berlaku akibat penerokaan hutan secara berleluasa di kawasan terbabit. Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, penerokaan itu secara tidak langsung telah mengakibatkan Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet menjadi cetek. “Penebangan hutan yang berleluasa di sekitar kawasan sungai dan empangan terbabit menyebabkan berlakunya hakisan yang membawa lumpur ke dalam kawasan empangan. “Ini menyebabkan lumpur tersebut mendap ke dalam empangan sehingga menjadikannya cetek. Contohnya kalau di dalam empangan tersebut air boleh masuk sehingga 30 meter tetapi disebabkan lumpur, air hanya boleh masuk enam meter sahaja. “Justeru, apabila hujan lebat, ia menyebabkan empangan tidak dapat menampung air dan akhirnya akan berlaku banjir,” katanya.
|
17
Bagus |
14
Marah |
17
Terkejut |
16
Sedih |
10
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT