CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Layak Katanya, Pierre Andre Pernah Diugut Jangan Mengarah

6-12-2020 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5910| Komen: 26

Pelakon dan pengarah Pierre Andre mengakui dia dan ibunya yang juga pengarah, Khatijah Tan pernah menerima ugutan daripada individu tidak dikenali ketika kali pertama memulakan langkah sebagai pengarah filem.


Pierre menerusi video di saluran YouTube Andre Brothers Pictures berkata, ketika itu dia diberi tanggungjawab untuk mengarah filem pertamanya berjudul 9 September.

"Mak saya pernah kena ugut. Orang itu menghubungi mak dan beritahu, jangan bagi Pierre mengarah sebab dia tak layak!," katanya.

Namun, ibunya menasihatkan supaya dia tidak mempedulikan ugutan itu.

Foto: Harian Metro

"Mak saya cakap tak payah pedulikan pasal ugutan itu. Teruskan buat apa yang saya nak buat. Ada juga rasa takut sebab saya bukan ada latar belakang dalam filem tapi cuma pelakon yang ada sedikit ilmu dalam lakonan," katanya.


Berkongsi mengenai pengalamannya sebagai pengarah buat kali pertama, Pierre berkata, banyak ujian dan dugaan antaranya rasa gemuruh pada hari pertama penggambaran.


"Pada hari pertama, dugaan sebagai pengarah adalah rasa menggigil kerana gemuruh. Masuk hari ketiga, datuk saya pula meninggal dunia. Tapi, saya perlu profesional dan selesaikan kerja sebelum uruskan urusan peribadi," katanya.

Pierre mengarahkan filem 9 September yang ditayangkan pada 2007 dan pada masa sama bertindak sebagai penulis skrip.

Selain Pierre, filem 9 September itu juga turut dibintangi Fasha Sandha. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 6-12-2020 09:45 AM
Meols rasa, org yg ugut dia tu, salah ckp.
Better ugut dia jgn berlakon.
Quote me12345 6-12-2020 10:20 AM
Dia ni ada bakat...berlakon pun not bad..duk dlm industri ni kena kuat semangat...takat org telepon suruh berhenti keje pun nk layan...bkn semua org  suka kita  dik oii...unless mu ada keje lain or  duit byk nk tanggung famili..if not terus je la baiki diri ...
Quote belilies 6-12-2020 10:20 AM
Iols lagi rela heols mengarah daripada berlakon. Tersebet2 bercakap fefeeling hero. Kerut kening tengok. Kalo jadi pelakon sampingan takpelah jg. Btw, yg ugut tu sibuk je. Bukannya pakai duit kau.
Quote TerataiMelur02 6-12-2020 10:24 AM
Serabai + kepam pierre ni
Quote dudaberhias 6-12-2020 10:26 AM
kepam... busukkk... tengok gambar iols dah bau2 masam2 dan mesti ada bau2 minyak dato seri vida jual tu... yang kena bakar diva aa tu
Quote LadyCarefree 6-12-2020 01:53 PM
dudaberhias: kepam... busukkk... tengok gambar iols dah bau2 masam2 dan mesti ada bau2 minyak dato seri vida jual tu... yang kena bakar diva aa tu


Mael totey dan gang lagi busuk kepam segala tp mampu buat pilem untung lebih 5juta
Quote belacan_gurl 6-12-2020 02:00 PM
Dia masa dunia baru dgn gol n gincu sgt ok ...nmpk comel lagi.....skrg kalo terserempak mesti aku igt mamak tebar roti
Quote ditepi_pantai 6-12-2020 02:20 PM
Lama dah duduk dalam gua. Kenapa tiba-tiba dia ni muncul balik..? Ada projek baru ke...
Quote nordin84 6-12-2020 02:23 PM
mana dia hilang skrg ni? dgn adik2 dia pun senyap..
Quote lavendernovella 6-12-2020 08:25 PM
Bila tgk yt dia , baru tau dia ni ada mix omputih belah ayahnya. Orang perancis gitu. Andre tu nama family belah atuknya.
Quote RatuDunia94 6-12-2020 08:38 PM
lavendernovella: Bila tgk yt dia , baru tau dia ni ada mix omputih belah ayahnya. Orang perancis gitu. Andre tu nama family belah atuknya.


Tapi tetap genetik Khatijah Tan kuat yach kat muka heols..
Quote nur123 6-12-2020 08:50 PM
me12345 replied at 6-12-2020 10:20 AM
Dia ni ada bakat...berlakon pun not bad..duk dlm industri ni kena kuat semangat...takat org telepon  ...

da tgk youtube dia. dpt call sebab 1st timer nk mengarah. pastu dia buat je. yg dia stop tu sebab isteri dia pregnant. tu pun lepas beberapa film yg dia arahkan.
Quote likecandy 6-12-2020 09:05 PM
belilies replied at 6-12-2020 10:20 AM
Iols lagi rela heols mengarah daripada berlakon. Tersebet2 bercakap fefeeling hero. Kerut kening ten ...

Heols ada speech impediment kah? I tgk youtube video dia sekejap terus turn off gitu sebab cakap terbelit2
Quote inspektoremos21 6-12-2020 09:15 PM
Iols baru perasan dia ni pelat S. Apa pun nak ckp yg pierre ni kategori hot jugak dulu kan. Maksud iols kalau dulu dia berlakon mesti jadi hero la. Start kes maya darina tu yg heols jadi mcm biol kann
Quote dua_chzy 6-12-2020 11:12 PM
Walau tak hensem, watak yang heols bawak dalam filim Gol & Gincu hot gila di mata akak (yang berumur sawit 21 masa tu).
Quote CiliPadiSedap 6-12-2020 11:17 PM
LadyCarefree: Mael totey dan gang lagi busuk kepam segala tp mampu buat pilem untung lebih 5juta

Sebab yang puji artis cun hndsome kebanyakan sengkek xberduit berbeza dengan fans mael totey willing to spend for movie
Quote Asdira 7-12-2020 02:39 AM
belacan_gurl: Dia masa dunia baru dgn gol n gincu sgt ok ...nmpk comel lagi.....skrg kalo terserempak mesti aku igt mamak tebar roti




Kejam tu ingat mamak tebar roti {:laugh
yelahkan..masa dunia baru smart je..
yg skrg serabai sgt..{:run
Quote Redmyvi 7-12-2020 07:45 AM
Lama tak nampak dia dgn mak dia berlakon...
Quote exclusive_vvip 7-12-2020 09:44 AM
lavendernovella replied at 6-12-2020 08:25 PM
Bila tgk yt dia , baru tau dia ni ada mix omputih belah ayahnya. Orang perancis gitu. Andre tu nama  ...

dia tunjuk tak rupa ayah dia? Mmg rupa omputih ke?..sbb perancis kan ada pelbagai kaum kan..bukan omputih je...kot la ayah dia dari keluarga immigrant..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.051846 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top