CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kesian, Ini Jadinya Bila Pertama Kali Jumpa Eskalator Di Cameroon

4-12-2020 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6675| Komen: 39

Mungkin ramai tidak ingat bagaimana rasanya menaiki tangga bergerak eskalator buat pertama kali kerana rata-rata kita melalui pengalaman pertama itu ketika kecil.


Kredit foto: Marca


Namun, boleh dikatakan melangkah ke atas eskalator adalah lebih kurang seperti menunggu untuk terjun ke dalam kolam.

Hakikatnya, pergerakkan mesin tersebut memang sudah cukup membimbangkan, ditambah pula dengan imaginasi liar yang diperoleh dari menonton filem Final Destination bahawa ia boleh menelan kaki pengguna jika tersilap langkah. Jadi, tidak hairanlah ada yang sangat berwaspada apabila menggunakan eskalator.

Namun, rakaman tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan adegan yang agak luar biasa berlaku di sebuah kompleks membeli-belah.



Dalam video yang tersebar, kelihatan ramai pengunjung pasar raya besar Carrefour yang baru dibuka di Cameroon, Afrika mengalami kesukaran ketika menaiki eskalator buat pertama kali.

Kompleks membeli-belah itu dikatakan yang pertama dibuka di negeri itu dan ramai penduduknya baru pertama kali menggunakan eskalator.

Akibatnya, ramai yang agak keliru dengan tangga bergerak tersebut hingga mengalami kesukaran untuk mengimbangi badan ketika tangga bergerak.



Adegan tersebut membuat rata-rata netizen geli hati, namun ada juga yang percaya ramai penduduk Cameroon tidak reti menggunakan eskalator kerana isu rasuah di negara itu yang menindas golongan tidak berkemampuan.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 4-12-2020 04:23 PM
Adoi, mengekek aku gelak. Mintak maap la, out of my control dah. Yelah, benda br, mmg amik masa utk sesuaikan diri.
Quote shiraloveyou 4-12-2020 04:32 PM
Kesian...tp x mampu nak tahan gelak
Quote antikorokprovok 4-12-2020 04:36 PM
COVID-19 say hi
Quote buapakperut 4-12-2020 04:38 PM
bisingnya video tu nape dorang camtu
Quote dubuk 4-12-2020 04:46 PM
oh Tuhanku......
Quote little_sis 4-12-2020 05:11 PM
Mmg agak kelakar, tp dorang still berani guna escalator tu... Lama2 biasa ler
Quote imransulaiman 4-12-2020 05:16 PM
Takde covid ke kat sana? Semua pun tak pakai mask...takde SOP...

Ke video lama? {:thief
Quote shark_eow7 4-12-2020 05:22 PM
keras perut aku ketawa...maaafffff.
Quote missyL 4-12-2020 05:32 PM
Kesian nye. Hehe.
Baru skang dpt rase ke modenan sket.
Pemimpin kemain lagi kawen ramai. Bkn kt Cameroon ni ke..

Quote Gomea 4-12-2020 05:54 PM
Takut dorang tersepit je kalau dah macam tu gaya
Quote Daftpunk_shine 4-12-2020 06:00 PM
Eskeletor untuk naik digunanya untuk turun..sampai kiamat le tak sampai2 bawah.
Quote Skuau 4-12-2020 06:54 PM
punyalah ramai pemain bola cameroon main kat epl....boleh pulok jd camni.
Quote merrissa 4-12-2020 07:12 PM
kesian plak aku nengok....kejung terus....

bahaya betul if tudung dia tu terselit...dari ada elok...terus tutup utk dibaiki
Quote Jitu 4-12-2020 07:16 PM
kat Malaysia ni pun acik2 yg duduk kampung je jarang sangat keluar ke bandar pun takut naik tangga eskalator ni
Quote matbad 4-12-2020 07:34 PM
Kena bagi balance yg tua dulu bru boleh ajak kanak2. Tdk mmg xdapat dibayangkan mcm mna
Quote Sazida 4-12-2020 07:45 PM
My mom takut nak naik eskalator ni. Takut jatuh. Dia lg rela naik tangga.
Quote diss69 4-12-2020 08:04 PM
Adoiii.... Benda barukan...
Quote Rogue98 4-12-2020 08:59 PM
Kelakar tapi bahaya jugak lah kan.
Lambat betul teknology escalator sampai kat sana.
Quote LadyCarefree 4-12-2020 09:01 PM
Not funny to me. Rasa kesian sangat. Sebab bahaya tu kalau kain tersepit kat celah. Patut diorang buat travelator.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.174688 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top