Berasal dari keluarga seni pastinya banyak mengajar penyanyi Siti Sarah Raisuddin tentang asam garam dalam industri hiburan. Dalam Naura Shares episod ke-19 malam ini, Sarah akan berkongsi pelbagai cerita berkaitan pengalamannya dalam industri seni dan kehidupan peribadi.
Dari usia remaja sehinggalah melalui gerbang perkahwinan, dan kini bergelar ibu dan usahawan, Sarah yakin kebergantungannya kepada Tuhan terus menjadi pemangkin dalam meneruskan kehidupan sebagai anak seni yang berjaya. Dalam episod malam ini, Sarah mengimbas kembali zaman ketika tiada media sosial, dia hanya menerima surat dari para peminat. Selalunya, surat-surat itu akan ditapis dahulu oleh bapanya, penyanyi Raisuddin Hamzah sebelum diberikan kepadanya. Menurut Sarah, dia juga pernah menerima ugutan bunuh yang dihantar melalui surat. Sejak kejadian itu, bapanya terus menggunakan perkhidmatan body guard untuk menjaga dan mengawasi keselamatan Sarah. Selain itu, Sarah juga berkongsi tentang detik sukar ketika suaminya, Shuib berhadapan masalah kewangan pada fasa awal perkahwinan mereka.
Sarah juga akan berkongsi tips kepada mereka yang mengalami detik sukar seperi yang pernah dialaminya bersama Shuib dahulu. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|