CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zehra Zambri Teringin Kahwin, Tapi Yang Nak Semua Suami Orang

3-12-2020 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8274| Komen: 29

Peningkatan usia dan desakan ibu bapa membuatkan penyanyi dan pembaca berita, Zehra Zambri, 33, mula terfikir untuk kembali berumah tangga selepas bercerai dua tahun lalu. 


Zehra berkata, dua tahun menjalani kehidupan berseorangan atau bergelar janda adalah sesuatu yang indah dalam hidupnya.

 "Kesibukan bekerja dan berjumpa dengan ramai orang menjadikan jadual saya padat sekali gus dapat melupakan peristiwa sedih itu. Cuma sekarang barulah saya terasa sunyi. Mak ayah pun dah tanya sampai bila saya nak berterusan begini," katanya.

Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, tetapi hanya bertahan selama enam bulan sahaja sebelum bercerai pada April 2018.

Foto: Google


Menurut Zehra, pertanyaan ibubapanya membuatkan dia terfikir perkara itu memandangkan usianya makin meningkat. 

"Sebagai wanita, saya nak cuba berumah tangga lagi biarpun pernah gagal sebelum ini. Dulu kalau ditanya, saya mengaku serik tapi sekarang tak lagi. Namun, saya tidaklah terlalu terdesak untuk mencari suami. 

"Ikutkan ramai yang mendekati, namun saya masih rasa trauma dengan pengalaman lalu. Sebabnya dulu saya salah pilih," katanya.

Zehra berkata, gelaran janda yang ada padanya membuatkan dia perlu berhati-hati memilih suami.

"Saya nak pilih lelaki matang kerana bekas suami dulu dua tahun lebih muda. Kami juga tergesa-gesa kahwin tanpa cukup mengenali diri masing-masing. Kali ini saya nak lebih kenali keluarga bakal suami kerana saya bukan kahwin dengan dia sahaja. Cuma cabaran yang dilalui sekarang apabila yang mendekati semuanya terlebih matang dan suami orang," katanya.

Biarpun mengingati pesanan ibubapanya supaya membuat pilihan terbaik, Zehra sukar untuk membuat pilihan yang tepat.

"Saya sebenarnya tak nak cakap besar. Kita tak tahu apa yang Allah aturkan. Kalau boleh saya nak elakkan suami orang. Tapi kalau Allah dah takdirkan, macamana saya nak tolak. Sekarang saya tidaklah beria-ia sangat nak kenal mana-mana lelaki. Setiap orang yang nak kenal pula, saya sambut dengan tangan terbuka. Mereka sukakan muka saya yang nampak matang dan keibuan," katanya. 

Dia juga menolak kenyataan menggunakan kedudukan sebagai pembaca berita untuk mencari lelaki kaya atau VVIP. 

"Itu bukan matlamat saya kerana ini adalah minat dan punca rezeki saya. Pada masa sama, saya rimas apabila 'lelaki miang' cuba nak mendekati.  Sekiranya terima mesej nakal menerusi 'Direct Message' Instagram, saya akan terus sekat mereka. Dah jadi macam ini lagilah saya dikawal ketat oleh keluarga. Lepas bercerai pun saya balik tinggal dengan keluarga," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Zehra yang popular dengan lagu Semalakama tampil dengan lagu Satukan Jiwa untuk kempen Covid-19 Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

"Saya rindu sangat nak menyanyi. Apabila tengok program Gegar Vaganza, perasaan jadi meluap-luap. Sekiranya ada rezeki untuk sertai GV, saya takkan tolak. Saya tiada masalah kerana saya hanya bekerja secara separuh masa dengan RTM dan bukan kakitangan tetap," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 3-12-2020 11:58 AM
Siannya. Mana ada lelaki umur 40 kebawah bujangan lagi. Semua sudah berkahwin. Susah jugak nk jumpa yg bujangan. Sian zehra. Suami orang yang ramai. Paham tu.

If not, kahwin yang muda lah, bujangan, tapi ada ke bujangan muda nak kahwin dgn perempuan 30an keatas. Susah juga tu.

Tapi itulah, jika dah jodoh tidak kemana ya.
Quote anony-mous 3-12-2020 12:10 PM
Dia pembaca berita rtm kan? Rengsa kalau sheol baca berita. Suara sedap tp dia ada 1 tone yg annoying
Quote YomiuriLandMae 3-12-2020 12:20 PM
suka lagi sheols semalakama..
Quote husna_amal 3-12-2020 02:38 PM
Kejapnya 6 bulan je perkahwinan bertahan.
Quote tagas 3-12-2020 04:28 PM
https://youtu.be/TFI-lerrqnM

sedap lagu zz nih
Quote September14 3-12-2020 04:31 PM
YomiuriLandMae replied at 3-12-2020 12:20 PM
suka lagi sheols semalakama..


Amenda samalakama tu?
Quote lee_sakura 3-12-2020 04:34 PM
cantik orgnya, moga bertemu jodoh yg baik2...
Quote YomiuriLandMae 3-12-2020 05:28 PM
September14 replied at 3-12-2020 04:31 PM
Amenda samalakama tu?

[youtube]ialrgomU4vo[/youtube]

[youtube]Ov1jNlfLVOk[/youtube]
Quote Jitu 3-12-2020 05:37 PM
owh baru 33 tp nampak mcm 40 an je
Quote slyfynx 3-12-2020 07:10 PM
Sampai skrg aku teringat lagu Zehra Zambri ni ... Malam yang ganjil
Quote debab_78 3-12-2020 07:40 PM
owh.... dia  nak masuk GV tu. Astro pls take note yer...
Quote sukacactus 3-12-2020 08:11 PM
Sekejap je dia kawin
Agaknya hari2 gaduh kot, xngam
Moga bertemu jodoh yg sepadan
Quote TerataiMelur02 3-12-2020 08:19 PM
Aiyoo..ingatkan dah 45. Ampun
Quote irvene 3-12-2020 08:22 PM
debab_78 replied at 3-12-2020 07:40 PM
owh.... dia  nak masuk GV tu. Astro pls take note yer...

hahahaha
Quote Lengkong 3-12-2020 08:24 PM
Moga bertemu jodoh yang membahagiakan


Quote limaubali007 3-12-2020 08:24 PM
Perkahwinan pertama bertahan 6 bulan saja. Aduh.. Kesiannya yaa..chuolls mcmana nak elak daripada tersalah pilih suami? Kena solat tahajjud bnyk2 di sepertiga malam kah?
Quote TomyamPuteh 3-12-2020 09:21 PM
Sila la join GV wahai acik Zehra. Sedap suara dia ni
Quote edayildiz 3-12-2020 09:31 PM
lor  xkawen lg rupanya dia ni..dia jd pembaca berita rtm rasa kjp aritu ada ttgk..
Quote helicornia 3-12-2020 10:42 PM
sama la dgn iols.yg dtg sume laki org. ada yg siap menipu lagi kata duda

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.059345 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top