CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Ditikam Kerana Suruh Isteri Masak Lepas Bawa Perempuan Lain Ke Rumah

3-12-2020 11:00 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4248| Komen: 16|Original author: Oleh: LilRose

Akibat cemburu, model Rusia membunuh suami dengan menikamnya menggunakan pisau.

Berikutan tindakannya itu, Lilia Sudakova, 26, berdepan pertuduhan jenayah dan boleh dipenjara 15 tahun, jika sabit kesalahan.



Kredit foto: Daily Star

Menurut laporan Daily Star, tertuduh membunuh Sergey Popov, 28, yang bermain cinta dengan seorang wanita di sebuah bar.

Mengikut pertuduhan, Lilia cemburu dan naik hantu selepas Popov membawa wanita berkenaan pulang ke rumah.

Pertengkaran yang tercetus antara pasangan itu membawa kepada pembunuhan lelaki terbabit apabila Lilia menikamnya terus ke jantung.

Bagaimanapun, ibu Lilia, Irena Sudakova, 48, mendakwa anaknya sudah lama menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan pembunuhan itu adalah tindakannya mempertahankan diri.

Dakwanya, Popov dalam keadaan mabuk membawa wanita terbabit pulang ke rumah dan menyuruh Lilia menyediakan makanan untuk mereka.



Kredit foto: Daily Star

Sejurus menikam suaminya, Lilia menghubungi ambulans dan mangsa dikejarkan ke hospital sebelum meninggal dunia.

Tertuduh mengaku melakukan pembunuhan itu angkara cemburu suami yang dikahwininya empat tahun lalu menggatal dengan wanita terbabit. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 3-12-2020 11:07 AM
Model ni elok kot..tu pun cari luar lagi.
Quote Kurex 3-12-2020 11:43 AM
Ganasnya leluhur oksana ni
Quote rosasen 3-12-2020 11:44 AM
mabuk...apa pn bleh jadi
Quote Artemesiaa 3-12-2020 11:49 AM
Mendapat sudah, jika dihukum pun pasti tiada sesalan melainkan dia rasa puas dan lepas dari seksaan suaminya.
Quote allshares 3-12-2020 11:51 AM
Dah lelakinya pun bangang, bawa pompuan lain dtg rumah, suruh bini masakkan. Ape bini tu bibik ke? Nasib badan la nyawa melayang. Tapi org Russia ni mmg ganas2 eh
Quote lattehazelnut 3-12-2020 12:20 PM
Pergh.. xpasal2 nanti viral mugshot nye..
Dapat surat cinta sume..
Quote husna_amal 3-12-2020 02:29 PM
Kalau perempuan Malaysia macam ni, dah banyak lelaki mati kena tikam.
Quote mamajawie 3-12-2020 03:15 PM
allshares replied at 3-12-2020 11:51 AM
Dah lelakinya pun bangang, bawa pompuan lain dtg rumah, suruh bini masakkan. Ape bini tu bibik ke? N ...

si Popov ingat dia Abdul Wahub ke balik uma FIL bawak skandel dancing sampai pagi?eheheheheheh

Quote sukacactus 3-12-2020 03:31 PM
Patut ko tinggalkan je laki xguna tu
Tp org tgh marah angin ribut taufan kan
Kadang xdapat nak control bila dapat laki xsedar dek untung camni
Quote tikusmontok 3-12-2020 03:47 PM
Kurex replied at 3-12-2020 11:43 AM
Ganasnya leluhur oksana ni

Nasib org tu sempat balik serambi
Quote epuepy 3-12-2020 06:50 PM
Padan muka popov. Dh la curang, bawk balik betina, pastu suruh bini masak lagi.. Mmg naik darah la bini
Quote noell 3-12-2020 06:53 PM
silap jantan neh suruh binik dia masak
kalo dia order foodpanda/ grabfood ka mungkin selamat idop lg
Quote missus_meow 3-12-2020 07:11 PM
yg dibawa pompuan tu balik umah nape ... kan dah mendapat
Quote ikanmasin 3-12-2020 10:16 PM
dah lah mabuk siap bawa perempuan lain pl blk umah..mendapat lah kan
Quote Manjahati 3-12-2020 11:48 PM
Memang mendapat lah...dah  ko bawa girlfriend balik umah ada hati nak suh bini masak
Quote dudaberhias 4-12-2020 02:15 AM
lakinya pun not bad walaupun russia besar baby carrot je kata @Kurex

cumanya jantan russia ni sikit pun iols tak cayer memang kerja makan luar semuanya...

iols selalu follow ig russian2 ni memang lagi hebat dari american punya culture...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.032581 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top