CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ain Edruce Tak Nak Tahu Jantina Bayi

3-12-2020 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2675| Komen: 5

Tiada apa yang lebih membahagiakan pasangan suami isteri yang hampir setahun mendirikan rumah tangga apabila dimaklumkan bakal menimang cahaya mata.

Itulah yang dirasakan pengacara dan pelakon, Ain Edruce sebaik mengetahui dirinya kini hamil anak sulung.


Foto: IG

Ain yang mendirikan rumah tangga bersama Amirul Hafiz pada 13 Disember tahun lalu, sebelum ini sering dihujani dengan soalan cahaya mata setiap kali ditemu bual media termasuklah daripada sanak-saudara.

Menurut Ain, dia dan suami tidak pernah membuat perancangan bila mereka akan bersedia mahu memiliki cahaya mata. Cuma, katanya mungkin jadual kerja seni yang terlalu sibuk dan tiada rezeki lagi.


"Bagaimanapun, alhamdulillah sekarang saya mengandung dan usia kehamilan juga sudah mencecah empat bulan. Kini, saya tidak boleh terlalu aktif bekerja dan kena menjaga kandungan sebaik mungkin.

"Suami juga selalu ingatkan saya supaya berhati-hati, tak boleh sibuk sangat dan menjaga pemakanan harian kerana bayi memerlukan nutrisi terbaik untuk perkembangannya. Saya juga banyak mendapat maklumat mengenai penjagaan kehamilan. Apapun sebagai bakal ibu, saya teruja nak menimang cahaya mata ini sendiri," katanya.



Mengakui ia rezeki terindahnya untuk tahun ini, Ain berkata, krisis Covid-19 yang masih melanda tetap membimbangkannya.

"Saya tahu, tahun ini juga ramai orang mengalami masalah kewangan terjejas, hilang pekerjaan dan sebagainya. Namun, rezeki saya pula sangat bermakna dengan kehadiran bayi ini nanti.

"Semoga kandungan saya berada dalam keadaan sihat dan terima kasih pada keluarga, rakan dan semua peminat yang sudah mendoakan apa saja terbaik buat saya bersama suami," katanya.

Mengulas mengenai jantina bayi, Ain berkata, dia dan suami buat masa ini enggan mengetahuinya. Bagaimanapun, sama ada anak lelaki atau perempuan mereka terima dengan hati terbuka.





Menurut Ain, sekarang wajar untuk dia menjaga kesihatan diri berikutan kes jangkitan Covid-19 masih meningkat dan harus mengutamakan norma baharu dalam kehidupan.

"Ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan walau di mana saja berada, duduk di rumah saja sekiranya tidak ada urusan kerja yang penting di luar. Jangan lupa selalu pakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan dengan sabun seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Ain yang popular dengan sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) di TV3 berkata, sekarang adalah masa untuk semua rakyat Malaysia bersatu dan mengikut arahan pihak berkuasa demi kesihatan memandangkan vaksin Covid-19 masih belum ada. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 3-12-2020 11:02 AM
dahhhh kata dahhhh


sepul tu mesti dh standby dh tali ukur lilit or pembaris sebb nk ukur pintu rahim ain dh bukak berapa cm

kannnnn @Cari-Saiful ?
Quote lavendernovella 3-12-2020 11:11 AM
Ain ni kan , kalau jadi Pocahontas mcm sesuai jer. Lagi satu, Wonder woman.
Quote mrsLY 3-12-2020 11:17 AM
nak surprise ye
Quote AshKetchum 3-12-2020 12:03 PM
tak nak tahu sebab nanti boleh la ko nak buat prank surprise segala kan? nanti kepala baby tu pulak ke ko nak benamkan dalam kek?
Quote husna_amal 3-12-2020 02:26 PM
Iye ke ni tak nak tahu jantina bayi. Kalau tahu kan mudah buat preparation.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.046051 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top