CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"5 Tahun Bela, Dia Tak Pernah Suruh Saya Sentuh" - Umie Aida

3-12-2020 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9991| Komen: 52

"Lama dah, sejak 5 tahun sudah saya menjaganya."

Kisah Datin Seri Umie Aida menjaga Blackie, seekor anjing jalanan mendapat perhatian di media sosial.

Dia yang berkongsi mengenainya menerusi Instagram My Forever Doggo berkata, haiwan itu sangat istimewa.




Dia sangat menghormati saya, tak pernah datang dekat pun dengan saya, seperti faham saya.

"Malah, dia tak suruh pun saya sentuh dia. Tak kencing di kawasan rumah saya," katanya dalam satu temu bual disiarkan di IG berkenaan.

Berkongsi cerita bagaimana dia mula membela Doggo, Umie berkata, pada suatu hari dia ternampak sekumpulan anjing minum air tepi longkang berdekatan kawasan rumahnya.


Kredit foto: IG Umie


"Timbul rasa kasihan, jadi saya meletakkan air di dalam satu bekas untuk beri mereka minum.

"Pada suatu hari, DBKL datang menangkap mereka, namun salah seekor daripadanya terlepas. Blackie lari menyorok tak tahu ke mana dan sampailah sekarang dia bersama saya," ceritanya.



Menerusi video itu, Umie secara tidak langsung memberi kesedaran kepada orang ramai supaya tidak menganiaya haiwan walau apa jua keadaan. - CARI
2

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 1-12-2020 06:08 PM
Yes... aku suka
Quote I.am.PH 1-12-2020 06:11 PM
Datin Umie Aida mendapat reaksi positif dari netizen berbilang kaum...

[fbp]https://www.facebook.com/malaymaildotcom/posts/1724513751053952[/fbp]
Quote I.am.PH 1-12-2020 06:15 PM
Umie said that strays who cause disruptions should be dealt with humanely and she urged people to get help from the authorities instead of taking matters into their own hands and poisoning or killing the animals.

Malaysian animal lovers went up in arms last month after two videos of men shooting stray dogs blew up on social media.

One of the videos involved a man attacking a stray dog with a rifle, causing the animal to cry out repeatedly in pain.
[youtube]znznCb_20FY[/youtube]
Saksikan video pakcik tua berkain pelikat tembak anjing, jika ada warga forum kenal boleh dapat RM2,000
https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1224684

Quote cmf_blingblings 1-12-2020 06:19 PM
Edited by cmf_blingblings at 1-12-2020 06:22 PM

Aku rasa apa yg dia cakap tu betul, akupun terpaksa jaga  3 ekor anjing boss aku yg ditinggalkan dah setahun sejak dia org balik Europe. Baru-baru ni mati seekor yg paling gagah perkasa hanya kerana petani yg tamak marah kpd burung-burung chak yg makan padi, dia org racunkan burung-burung tu, beratus mati dan kebetulan rumah bos sebelah bendang mungkinlah anjing tertelan seekor burung yg dah mati atau beracun. Terguling mati depan mata secara tiba-tiba, ingatkan heart attack. Lepas mati tu baru nampak muntah kuning yg sama dgn muntah burung yg diracun. Sedih wohh.

Anjing-anjing ni bukannya perlu ko belai ke apa. Dia ada kerja dia iaitu jaga kawasan rumah yg luas ni. Tempat yang sunyi dan jiran tertangga yg kurang bersocial atau rapat sangat jd menjadi satu sebab mereka perlu untuk jd guard. Dah berapa kali dia orang tangkap ular dan salak penyangak yg datang ushar kawasan ni. Setakat cctv saja dia org dah pandai pakai mask, anjing inilah yg jadi alarm sebelum apa-apa terjadi.
Nak mencucipun senang kalau tersentuh, guna air tanah dan samak, aku dah sedia sabun samak in case malas nak ambik tanah.
Quote I.am.PH 1-12-2020 06:25 PM
[fbp]https://www.facebook.com/umieaida.rahmad/posts/2461654764112585[/fbp]
Quote kelapaparut 1-12-2020 06:29 PM
dulu2 kat kg i biase je pelihara anjing pg bburu bg sape2 yg ade lesen senapang patah, dan ade utk security gak, owner melayu dan xde ape2 isu..skrg xtaulah ummah cpat sentap situ sini, itu xboleh ini xboleh, tp romen2 jantan betine boleh pulak xde sape kutuk2
Quote Atata 1-12-2020 06:34 PM
cmf_blingblings replied at 1-12-2020 06:19 PM
Aku rasa apa yg dia cakap tu betul, akupun terpaksa jaga  3 ekor anjing boss aku yg ditinggalkan dah ...

sedihnya ya Allah
Quote Belibis 1-12-2020 06:37 PM
kelapaparut replied at 1-12-2020 06:29 PM
dulu2 kat kg i biase je pelihara anjing pg bburu bg sape2 yg ade lesen senapang patah, dan ade utk s ...

Siyes ehhh romen open tak kena kutuk??
Quote bintangct 1-12-2020 07:29 PM
sedih juga kdg2 tgk anjing kelaparan dok punggah2 sampah cari mkanan. Niat nk bg mknan kat anjing ni terbantut sb aku takut gila bila dkt dgn anjing
Quote I.am.PH 2-12-2020 08:16 AM
Semoga dipermudahkan...
Quote rashiman 2-12-2020 08:22 AM
kelapaparut replied at 1-12-2020 06:29 PM
dulu2 kat kg i biase je pelihara anjing pg bburu bg sape2 yg ade lesen senapang patah, dan ade utk s ...

orang islam dibolehkan bela anjing tapi adalah kaedahnya,  tujuan dan batasan yg dibenarkan.
Quote borrow 2-12-2020 08:33 AM
if sengaja buat zalim pd haiwan , tentu ada balasannya.


now ske layan tv show "dog are incredible". Tolong owner yg ada problematic dog. Ada sekor akan gigit if try pasang leash. Anjing ni asalnya stray dog tp diadopt. Dog trainer ckp gigit sbb takut. Ada yg gigit if org belai kepala , coz nyampah. Apapun if owner gagal jd tuan , anjing akan ambik alih. Tu yg jd problematic.


Quote EvieWanKenobi 2-12-2020 08:55 AM
rumah dia takde bodyguard ka jaga ka
sampai kena bela anjing?

tanya je.. takyah sentap..
Quote Boomibulat 2-12-2020 09:06 AM
cmf_blingblings replied at 1-12-2020 06:19 PM
Aku rasa apa yg dia cakap tu betul, akupun terpaksa jaga  3 ekor anjing boss aku yg ditinggalkan dah ...

Bukan ke binatang ada naluri kalau sesuatu tu beracun diorang x makan..tambah pulak anjing yg hidungnya sgt super sensitive..
Quote NekNgah 2-12-2020 03:04 PM
I.am.PH replied at 1-12-2020 06:11 PM
Datin Umie Aida mendapat reaksi positif dari netizen berbilang kaum...

Memanglah positif sebab dia tak simpan anjing dia dalam rumah, elak sentuh.

Kita orang kat kampung pun memang bela anjing untuk jaga kebun, tapi tak bawa balik rumah, tak usap-usap.

Cuba Datin Paduka bawa balik rumah, peluk-peluk macam kucing, awak rasa orang akan senyap aje ke??
Quote me12345 2-12-2020 03:21 PM
Artis bimbo....apa yg dia nk didik netizen..
Quote juruterra 2-12-2020 03:23 PM
me12345 replied at 2-12-2020 03:21 PM
Artis bimbo....apa yg dia nk didik netizen..

kan..muka tu dh keras kejung jaga muka je la kak ummie...takyah sibuk dgn benda2 lain
Quote dodolgemok 2-12-2020 03:43 PM
You go girl! Ajar sikit meleis jumud yg kehulu kehilir haram pegang anjing ujong2 perangai mengalahkan babi. Eh?
Quote sufi^_^ 2-12-2020 04:12 PM
Tak kreatifnya nama anjing Blacky.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.038459 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top