CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Juruwang Hamil 5 Bulan Ditampar Pelanggan Hanya Kerana.....

3-12-2020 01:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8090| Komen: 46

NOR Ain Syafinaz menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Bukit Raja, kelmarin berhubung kejadian itu.- FOTO NOR AZIHAN MD. GHAZALI



KLANG – Hanya kerana tidak sengaja tercampak barangan terkeluar daripada plastik, seorang lelaki naik angin dengan menampar seorang juruwang wanita yang hamil lima bulan dalam kejadian di sebuah pasar raya di sini baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam pada Ahad lalu ketika Nor Ain Shafinaz Nor Azman, 24, sedang memasukkan barangan yang dibeli salah seorang pelanggan wanita di situ.

Menurutnya, kekhilafan itu membuat pelanggan itu memarahinya sebelum memaklumkan kepada suaminya yang berada di luar.

Katanya, insiden berlaku ketika pasar raya itu dalam proses menutup operasi hariannya dan terdapat beberapa pelanggan sedang beratur menunggu bagi melakukan transaksi pembelian.

“Selang beberapa minit, suami wanita itu meluru arah saya sambil berleter dan meminta berhenti sekiranya tidak ikhlas atau berminat untuk terus bekerja.

“Tidak cukup itu, lelaki itu kemudian secara tiba-tiba menampar pipi kiri saya dan insiden itu disaksikan pelanggan lain,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Kata Nor Ain Shafinaz, dia yang trauma dengan insiden itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja kira-kira pukul 11.30 malam.

“Laporan dibuat kerana bimbang dengan keselamatan diri jika lelaki itu mengulangi perbuatan sama terhadap saya,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh dalam kenyataan hari ini mengesahkan menerima laporan tersebut dan suspek lelaki berusia 38 tahun itu berjaya ditangkap pukul 8.30 malam tadi di rumahnya di sekitar daerah ini.

“Suspek bekerja sebagai pemandu lori ais batu dan semakan mendapati mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Terdahulu, insiden itu tular menerusi video berdurasi satu minit 35 saat di laman sosial Facebook. 



Sumber  -K! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shark 3-12-2020 02:55 AM
habis tu pelanggan lain tengok je?? bodoh..kalau aku memang aku gomol laki tu kat situ jugak..mampos lah apa nak jadi..pukul perempuan memang pantang aku.lagi pulak mengandung.
Quote AyaqMeloSuam 3-12-2020 02:58 AM
Tgh high ke apa laki bini ni? X tau law ke apa.. hambur kata kesat, lucahan, makian pn blh masuk dlm lokap apatah lagi kekerasan sentuhan...
Quote dudaberhias 3-12-2020 04:01 AM
terkejut iols baca tajuk tadi ingatkan dia kena tampar terus hamil 5 bulan...

btw pelanggan tu memang jenis babee pun... tengok takde la lempar2 apa pun, biasa la nak cepat campak2 barang macamtu.. bukannya tinggi dan merosakkan barang2 pun...

babee elok duduk dalam hutan jangan sibuk masuk kedai manusia
Quote CardiGans85 3-12-2020 06:15 AM
Nk cepat mmg mcm tu..Lg nk closing. Igt dia hempas brg tu ke apa..adoi yai
Quote Belibis 3-12-2020 06:54 AM
shark: habis tu pelanggan lain tengok je?? bodoh..kalau aku memang aku gomol laki tu kat situ jugak..mampos lah apa nak jadi..pukul perempuan memang pantang  ...

Buat apa nk jadi hero? Dengan ko2 sekali ke dalam atas tuduhan merusuh di tempat awam.,'orang awam jangan ambik tidakan sendiri' pidiarem.
Quote EvieWanKenobi 3-12-2020 06:57 AM
Edited by EvieWanKenobi at 3-12-2020 06:58 AM

selalunya mana2 kedai pun kalau dah
dekat time nak tutup memang macam
tulah perangai pekerja..

muka konfem ketat.. padahal dah tulis kedai tutup 10pm..

tapi takde la sampai nak melempang..
Quote akusukaq 3-12-2020 06:59 AM
Edited by akusukaq at 3-12-2020 07:00 AM

Mat Dadeh memang tak layak bercampur dgn manusia , elok letak dlm zoo je. jadikan makanan buaya...ada jgk gunanya.
Quote depresio 3-12-2020 07:33 AM
Tak salah kan kalau tersalah tu ucapla sorry
Maaf sy xsengaja
Kena yg panas baran gini hah kena lempang terus

Yg melempang pon agak2la
Ko suka2 nak lempang anak bini org
Cakap sudahla tegur elok2
Tak payah naik tgn

Quote Kurex 3-12-2020 07:38 AM
Dah agak, mesti taik dadah
Quote d_anne04 3-12-2020 08:56 AM
yang berurusan si isteri, yang naik darah suami
yang pegi tampar adalah suami..

nah sekarang habis semua kesalahan lampau terbongkar

suami isteri ni sama je 2x5..
Quote abahbaik 3-12-2020 09:19 AM
Nasib baik yg tampar tu melayu kalo cina mesti geng rasis dah meroyan melayu kena tindas ngn cina
Quote bluebutter 3-12-2020 09:54 AM
yang dicampaknya bebarangan tu dah kenape...

selalu tgk muka cashier ketat...

buku temu ruas le ni...

Quote cap_ayam 3-12-2020 09:56 AM
kesiannya tak pepasal kena kekerasan fizikal.
Quote faint_heart 3-12-2020 09:58 AM
bluebutter replied at 3-12-2020 09:54 AM
yang dicampaknya bebarangan tu dah kenape...

selalu tgk muka cashier ketat...

Ko ni ckp xde otak ke .. x tgk ke vid tu .. mana ada dia campak .. brg terlepas dlm 2 jari dari plastic je .. ko pun sama psycho ngn laki bini ni .. elok lah jgn bercampur dgn org
Quote bluebutter 3-12-2020 10:19 AM
faint_heart replied at 3-12-2020 09:58 AM
Ko ni ckp xde otak ke .. x tgk ke vid tu .. mana ada dia campak .. brg terlepas dlm 2 jari dari pl ...

Ada video ke?. Tk nmpk pun video tu.
Quote I.am.PH 3-12-2020 10:23 AM
Edited by I.am.PH at 3-12-2020 02:26 AM
bluebutter replied at 3-12-2020 02:19 AM
Ada video ke?. Tk nmpk pun video tu.

Boleh rujuk thread berkualiti di bawah ini...

Ada video, ada FB suami isteri, ada gambar suami isteri yang samseng tersebut dan juga ada gambar suami lebam-lebam kena pukul keluarga juruwang tersebut...

Saksikan video pemandu lori ais TAMPAR juruwang HAMIL 5 bulan, puncanya isteri suspek tidak puas hati. Isteri suspek (lulusan SMA) up status BANGGA di FB "laki aku tu panas baran org nye" #5
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1225962

Quote bluebutter 3-12-2020 10:24 AM
I.am.PH replied at 3-12-2020 10:23 AM
Boleh rujuk thread berkualiti di bawah ini...

Ada video, ada FB suami isteri, ada gambar suami  ...

Oh terima kasih ya.
Quote husna_amal 3-12-2020 10:29 AM
Geram pulak lepas dapat jaminan polis. Kenapa lah takde orang bela nasib perempuan tu pergi lempang semula lelaki tu.
Quote husna_amal 3-12-2020 10:32 AM
akusukaq replied at 3-12-2020 06:59 AM
Mat Dadeh memang tak layak bercampur dgn manusia , elok letak dlm zoo je. jadikan makanan buaya...ad ...

Betul tu. Tapi masih ramai lagi backup mat dadeh ni. Kononya tak bagi peluang dan jangan suka judge diorang. Berapa kerat je boleh jadi orang bekas mat dadeh ni. Yang selebihnya perosak.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.288494 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top