CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zoo Melaka Beli Singa Afrika

3-12-2020 12:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3956| Komen: 25

Description: Ayer Keroh: Pembelian seekor singa oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) untuk ditempatkan di Zoo Melaka sudah dirancang sejak tahun lalu.



Ayer Keroh: Pembelian seekor singa oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) untuk ditempatkan di Zoo Melaka sudah dirancang sejak tahun lalu.

Malah, peruntukan bagi membeli haiwan liar berkenaan juga sudah diluluskan menerusi pembentangan Belanjawan 2020 negeri pada Oktober 2019.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Shadan Othman berkata, cadangan pembelian singa itu bertujuan untuk menggantikan dua singa sedia ada di zoo berkenaan yang sudah tua dan tidak lagi sesuai untuk dipamerkan bagi tujuan pendidikan kepada pengunjung.

"Singa yang ada di Zoo Melaka ketika ini sebenarnya disahkan baik oleh unit veterinar dan keadaannya yang kurus bukan berpunca daripada pengabaian kebajikan hidupan liar itu, sebaliknya disebabkan faktor umur dan tahap keuzurannya, ia menyebabkan singa ini sering dikecam pengunjung.

"Justeru, dengan perolehan singa baharu ini, program dan mesej konservasi dapat disampaikan dengan lebih jelas dan baik kepada pengunjung," katanya dihubungi hari ini.

Shadan diminta mengulas tawaran sebut harga yang dikeluarkan MPHTJ untuk membeli seekor singa Afrika dan lima meerkat bagi tujuan pameran di Zoo Melaka.

Harga yang diluluskan pula kurang RM100,000.

Tawaran yang dikeluarkan itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai terutama ketika beberapa zoo berhadapan masalah kewangan untuk membiayai kos penjagaan haiwan ketika ini.

Shadan berkata, Zoo Melaka turut berhadapan dengan situasi yang sama, namun berusaha untuk melaksanakan beberapa program bagi menarik pengunjung.

Ia termasuk melancarkan program Zoo Tunnel sebagai usaha memberi pengalaman baharu kepada pengunjung.



Sumber : hmetro.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 3-12-2020 01:05 AM
Xpe jual panda ganti 20 singa afrika lg untung. Kos jaga panda gemuk tu mahal betul. Xboleh duduk iklim khatulistiwa. Kerja nak duduk dalam ofis aircond je. Kerja bawah panas xmau.

Malaysia kan ada panda tenuk color pun sama cuma hidung mancung cm pak arab. Why not support panda malaysia. Suhu pun tahan laksa. Sesuai khatulistiwa.

Harap siapa berduit derma lah kt zoo negara. Support zoo kita.
Quote sharlenetexas 3-12-2020 01:13 AM
Boleh tangkap "babi babi" dan babi kat melaka bagi makan kat singa ni.
Quote anakjiran 3-12-2020 01:58 AM
sharlenetexas replied at 3-12-2020 01:13 AM
Boleh tangkap "babi babi" dan babi kat melaka bagi makan kat singa ni.


idea menarik ni. kena cari beliau

Quote koondoor 3-12-2020 02:35 AM
Apa akan jadi dekat singa-singa tua yang dikatakan sering dikecam itu? Euthanize ke?
Quote EvieWanKenobi 3-12-2020 07:00 AM
oh dah beli ka? ingatkan tengah
cari quotation sebab depa dok
forward kat whatsapp semalam..
Quote mdhelmi 3-12-2020 08:24 AM
singa afrika ni kalo yg matang jantan besar2 kereta
Quote FOTHER-MUCKER 3-12-2020 09:39 AM
Mahal jiga singa,

bukankah sekarang banyak zoo yang sudah tidak mampu membela binatang ternakan mereka? Boleh bagi percuma sahaja!
Quote Firenzza 3-12-2020 09:40 AM
sharlenetexas replied at 3-12-2020 01:13 AM
Boleh tangkap "babi babi" dan babi kat melaka bagi makan kat singa ni.

Blh kuar tender supply babi hutan hidup utk dilepaskan dlm kandang singa pulak
Quote kucingitam 3-12-2020 10:05 AM
beli..beli..lepas tu jangan nak merempan minta bantuan tak mampu bagi makan segala..
Quote mamajawie 3-12-2020 10:07 AM
harap penembak babi tersohor melaka boleh open tender suppply babi hidup kat zoo melaka untuk bagi makan simba ni
Quote husna_amal 3-12-2020 11:10 AM
Kalau yang tinggal singa jantan mesti kesian singa ni sebab takde pasangan.
Quote allshares 3-12-2020 11:54 AM
Zoo melaka dah bukan private kan? Under government rasanya skrg since 2018 rasanya, sbb penah pegi, staff sana bagitau. Iols kagum dgn white tiger yg nama Elsa kt zoo melaka tu, ktnya jinak sbb dari kecik tido dgn peniaga. Tapi kalau fikir kan serem pule.
Quote Artemesiaa 3-12-2020 12:56 PM
Kalau berkempuan dan tak sampai kena minta derma ok je.  Singa yang dah uzur tu eloklah direhatkan dari ditonton kepada pengunjung.
Quote buapakperut 3-12-2020 02:12 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/CIMLI0jhPO8/?igshid=9vql4p2mgfvl[/ig]
Quote nikaido 3-12-2020 02:16 PM
Beli singa rm100k 10x ganda better dr SEWA panda yg kosnya juta2
Quote dodolgemok 3-12-2020 02:23 PM
Time pandemik cmni org takda nak dtg zoo boleh pulak beli binatang baru? Kenapa xletak jah politician dlm zoo, sbb perangai masing2 pon macam binatang jah.
Quote ChildrenOfBodom 3-12-2020 02:38 PM
gigih la nk beli singa la apa la nanti hujung2 meratap kata takdak dana nk bagi makan. bela ja lah babi
Quote alieyrina 3-12-2020 08:32 PM
Tahniah..jgn mai gemok hujung2 kurus kering pulak
Quote raxief 3-12-2020 09:02 PM
singa afrika ni mesti caring

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.058553 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top