Hampir dua minggu berdiam diri, penyanyi Noraniza Idris akhir tampil 'bersuara' mengenai fesyen topi yang digayakan pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7). Menurut Noraniza, 52, dia sudah menggayakan topi seperti itu untuk muka hadapan albumnya berjudul Ingin Ku Sandar Harapan sekitar tahun 1988.
"Tahun 80-an lagi Kak Ani dah pakailah, siap buat cover album lagi. Cuma 30 tahun kemudiannya, stylish Kak Ani modenkan lagi saja dan sesuaikan dengan imej berhijab. "Dah jangan bising-bising!" tulis Noraniza. Sebelum ini, netizen di Twitter membuat perbandingan dua foto memperlihatkan Siti Nurhaliza dan Noraniza mengenakan topi daripada material serta rekaan hampir sama namun yang membezakan hanyalah warna. Ini kerana rekaan pada topi merah itu dilihat sama seperti fesyen yang pernah digayakan oleh penyanyi tersohor iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam video muzik (MV) lagu Siapa Tak Mahu. Sumber: mStar
|
noor2: Aku perasan noraniza ni ada sikit jeles kat CT....aku rasa lah
noor2: Aku perasan noraniza ni ada sikit jeles kat CT....aku rasa lah
husie91 replied at 2-12-2020 06:34 PM
Dia ni bukan ada isu ke dgn siti dr dulu
MadameOnion replied at 2-12-2020 06:45 PM
Dah berkelahi pun sebelum ni sis..nasib baik la tokti tu jenis tak suka bising2
ADVERTISEMENT