CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dipanggil Budak, Syed Saddiq Tak Akan Balas 'Tajuddin Orang Tua'

1-12-2020 07:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5352| Komen: 34

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan sikap hormatnya kepada ahli Parlimen yang lebih tua walaupun selepas digelar sebagai ‘budak’.

Syed Saddiq tidak mahu melabelkan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ‘orang tua’ walaupun dia digelar sebagai budak ketika sesi penggulungan belanjawan peringkat jawatankuasa Kementerian Perlandangan, Komoditi dan Industri hari ini.


“Saya tidak berniat untuk berdebat isu berkenaan budak atau tidak. Cuma, saya tekankan dalam dewan ini kita semua wakil rakyat. Tidak pernah sekali saya terfikir untuk melabel YB Pasir Salak sebagai orang tua,” kata Syed Saddiq.


Kredit foto: The Star/Malaysia Kini

Dewan Rakyat kecoh apabila Tajuddin memanggil Syed Saddiq sebagai budak selepas bekas menteri belia dan sukan itu kecewa Timbalan Menteri Perladangan, Komoditi dan Industri Willie anak Mongin tidak memberinya laluan untuk berbahas. Sebaliknya, Willie memberi laluan kepada Tajuddin.


Syed Saddiq: Saya dah lama tunggu YB.

Tajuddin: Budak-budak duduk dulu (ketawa)

Syed Saddiq: Cucu yang berhormat tengah lihat tau. Jangan sampai nanti…

Tajuddin: Belajar banyak lagi. Banyak lagi belum belajar.

Syed Saddiq: Orang tak akan lupa yang berhormat

Tajuddin: Duduklah…

Syed Saddiq: Orang takkan lupa.

Tajuddin: Duduklah you wasting your time, my time.

Tindakan Tajuddin itu menimbulkan rasa tidak puas hati Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

Beliau kemudian bangun untuk menyampaikan bantahan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Hannah: Tuan Speaker Peraturan tetap 36(4) Pasir Salak panggil Muar budak, saya rasa

Tajuddin: Sudahlah tak ada modal lain ke.

Hannah: Tuan Speakar boleh saya jelaskan, saya ingin jelaskan…

Tajuddin: Saya 72, berapa umur dia?

Hannah: Tuan Speaker. Ini bukan kali pertama…

Azhar: Saya nak nasihatkan, kita berbudi pekertilah..

Hannah: Tuan Speaker let me explain…

Azhar: Silakan menteri habiskan. Saya dengar cukuplah.

Kemudian Ahli Parlimen Puchong Gobing Singh Deo bangun untuk meminta Azhar membuat peraturan.

“Saya rasa itu cuma satu jenaka. Tidak ada malafide pun. Tolong itu ruling saya,” jelas Azhar.


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 1-12-2020 08:15 PM
Dua-dua sama, tapi tak serupa..
Quote meisapoya 1-12-2020 08:15 PM
Anak dia dididik macam mana entah kalau jenis gini.. entah2 depress dapat bapak macam ni..
Quote Rogue98 1-12-2020 09:02 PM
Joking sesama sendiri jer tu. Dapig ni serious sgt lah. Don't waste time benda remeh temeh. So far dah 2 hari bahas and undi..PH tak impressive langsung. They should be worried about their own performance rather than sebok hal Atok n cucu punye usikan. Aku tgk pengundi PH pun dah start maki MP dr Dapig....lol
Quote sekngucing 1-12-2020 09:03 PM
benci aku tajudin wirapasir salak ni

wira dia datuk maharajalela tu pun sama.. penyembah sistem hamba dan mempergunakan org asli utk sex
Quote HYSB 1-12-2020 09:11 PM
Sekufu lain kali dah baik boleh join venture
Quote adeqbun 1-12-2020 09:18 PM
Aku lempang jugak sekor2 kang..p palimen buat keje bole x..elaun berkepuk..perangai kalah sarkis..
Quote dua_chzy 1-12-2020 09:26 PM
10 tahun dari sekarang, Syed Sadiq yang dihina2 ni ntah2 jadik PM.
Quote LadyCarefree 1-12-2020 09:27 PM
Azhar ni speaker paling bias. Eeewwwww

And iols memang menyampah kalau orang tua asyik nak membudak2an yg lebih muda. Esp dalam parlimen. Dah sah2 semua dalam tu dilantik rakyat, semua ada hak sama rata sebagai MP. Bukan ikut umur dia lebih ada power.

Tu la pasal, patutnya semua MP dan wakil rakyat ni sebagai public servant kena ada had umur pencen. Had umur minima. Seeloknya lagi kena ada minimum education qualification.
Quote lavendernovella 1-12-2020 09:48 PM
72 dah , extra 9 tahun. Sapa yang paham tu pahamlah.
Quote PEPPERMAN 1-12-2020 10:09 PM
dalam pada umno nak sibuk2 jadi parti dominan dalam PN tu, orang macam tajudin ni lah yang akan menyebabkan benda tersebut susah nak berlaku. Modal nya hanya melalak mengumpan untuk dewan tu jadi riuh rendah.
kau lah penyebab utama umno tersungkur pada PRU lepas, maka sila lah berambus supaya umno yang baru dapat dibina semula.
Quote n3ar 1-12-2020 10:19 PM
YB pasir salak ni memang jenis cakap kurang ajar...

apa dia rasa kalau orang gelar dia orang tua kutuk, orang tua tak lama hidup ke..orang tua bau tanah ke...

tak kira la umur berapa pun, kalau dah jadi YB respek la sesama sendiri..

dia ni jenis camne tau, jenis orang tua2 kat pejabat yang ikut cara dia jer..bila ada orang baru,muda masuk perkenalkan cara kerja baru, dia kutuk, dia marah n cakap dia lagi tua dan makan garam...jangan nak melebih dari dia
Quote missbigrockstar 1-12-2020 10:28 PM
Diorang ni berbalah benda2 bodoh kadang ambil sampai 15 minit. Dah rugi masa bahas. Bongok. Rugi je undi diorang ni jadi wakil rakyat. Cuba lah contohi bahas parlimen contoh UK ke. Tapi jgn contohi taiwan pula. Baling2 benda
Quote Decaffeinated 1-12-2020 10:50 PM
Bijak ko budak

Quote budakshinchan 1-12-2020 10:58 PM
orang tua kutuk
Quote kakikuDibibirmu 2-12-2020 08:19 AM
Hensemnya budak syed suck dick ni
Quote abahbaik 2-12-2020 08:29 AM
Ok lah lg best jd budak drpd jd tua kutuk x sedar diri
Quote husna_amal 2-12-2020 09:54 AM
Nak tak nak mengalah je lah dengan orang tua ni. Masa dia mungkin tak lama lagi.
Quote pasa 2-12-2020 09:58 AM
Edited by pasa at 2-12-2020 09:59 AM
dua_chzy replied at 1-12-2020 09:26 PM
10 tahun dari sekarang, Syed Sadiq yang dihina2 ni ntah2 jadik PM.
tak kan jadi PM la budak tu.

bang non yg korang puja tu dah nak 22 tahun jadi PM tepi

bang non tu dah merasa jadi TPM syid sadiq baru ada duit hilang 200 ribu kat rumah dah nak jadi PM

lame joke.
Quote Minami2013 2-12-2020 10:00 AM
Pasir salak kalau tak menyalak dlm parlimen mmg tak sah.. meluat sungguh dgn attitude sampah mcm tu..

Anyway, dlm parlimen semua sama level, respect each other lah.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.043245 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top