CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasas Artortoise, Ikhsan Ise Meninggal Dunia

1-12-2020 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7133| Komen: 37

Description: KUALA LUMPUR: Pengasas ilustrasi digital Artortoise, Ikhsan Ise, dilaporkan meninggal dunia pagi ini.
Pada 15 Oktober lalu, Allahyarham membuat kemas kini di laman Instagram di mana beliau menjalani rawatan radioterapi untuk hari pertama. - Foto Instagram @Ikhsanise/@Artortoise



KUALA LUMPUR: Pengasas ilustrasi digital Artortoise, Ikhsan Ise, dilaporkan meninggal dunia pagi ini. Berita sedih itu dikongsi menerusi kemas kini di laman Facebook rasmi Artortoise.

Menerusi kemas kini itu juga, jenazah Allahyarham dimaklumkan akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini.
Loading FB Post...
"Assalamualaikum WBT, dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan bin Kamarudin
(@ikhsanise Artortoise ) telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.
"Kami juga memohon doa dari semua supaya dipermudahkan urusan perjalanan Allahyarham ke alam sana. InsyaAllah jenazah akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini," menurut kemas kini tersebut.
Sebelum ini, akaun Artortoise pernah melaporkan Ikhsan atau nama sebenarnya, Mohamad Ikhsan Kamarudin, 35 tahun, menerima rawatan Hepatitis B di Hospital Selayang dan masih tiada perkembangan yang baik.
Pada 15 Oktober lalu, Allahyarham juga membuat kemas kini di laman Instagram beliau, memaklumkan sedang menjalani rawatan radioterapi untuk hari pertama sambil turut meletakkan tanda pagar #CancerFighter.

Artortoise bukan satu nama yang asing dalam kalangan pengguna media sosial, malah Astro AWANI juga pernah beberapa kali muncul di ruangan media sosialnya.
Pada masa sama, Artortoise juga menggunakan ilustrasi untuk menyebarkan pesanan khidmat masyarakat (PSA) sepanjang pandemik COVID-19 di Malaysia.
Artortoise juga menampilkan ilustrasi bintang-bintang ternama dalam laman media sosialnya, termasuk Ernie Zakri, Zizan Razak, Black Pink dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat


Sumber : astroawani.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 1-12-2020 03:10 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun...aku sorang je dlm gua tak pernah dgr pasal Artortoise ni..
Quote cap_ayam 1-12-2020 03:21 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah la kepada keluarga dan sahabat.
Quote aotearoa 1-12-2020 03:26 PM
kucingitam replied at 1-12-2020 03:10 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun...aku sorang je dlm gua tak pernah dgr pasal Artortoise ni..

Innalillahiwainnailaihirojiun. Kita geng dalam gua juga..
Quote slyfynx 1-12-2020 03:29 PM
Al-Fatihah... But seriously, mmg langsung x tau pasal artortoise ni...
Quote delawang 1-12-2020 03:31 PM
ye aku pun tak perna ketahuan
Quote somaki 1-12-2020 03:32 PM
Aku pernah jumpa beberapa kali arwah ise ni masa reunion sheilagank malaysia. Dia n adik beradik laki dia orang kuat sheilagank malaysia. Kalau sheila on 7 datang mesti nampak muka depa2 ni. Walaupun dia kawen takde anak, tapi dia n wife nampak happily married. Alfatihah untuk arwah. Hasil lukisan dia mmg cantik n tersendiri. Jenis adik beradik berseni
Quote KelisaSilver 1-12-2020 03:35 PM
aotearoa replied at 1-12-2020 03:26 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Kita geng dalam gua juga..

Innalillahiwainnailaihirojiun... Aku pun baru kuar gua ni.
Quote salmon-suki 1-12-2020 03:37 PM
Siapa ni?xpernah dgr... innalillahi wa inna ilaihi roji'un...ramai y mati muda skrg. Ai kne cpt2 buat penama ni..
Quote Asdira 1-12-2020 03:42 PM
Innalillahi wainnailaihirojiun..
selalu nampak lukisan arwah ni kat fb..
Quote bambimbom 1-12-2020 03:53 PM

Innalillahi wainnailaihirojiun semoga roh nya dicucuri rahmat..
Quote Kurex 1-12-2020 03:57 PM
Innalillah...... Walaupun tak pernah dengar, tapi rasa simpati tu masih ada dalam diri ini
Quote Artemesiaa 1-12-2020 04:09 PM
Tahziah buat keluarga beliau.  Hasil kerja beliau banyak terlihat sepanjag covid19 melanda negara.
Quote nazzse 1-12-2020 04:14 PM
Al fatihah.

Quite well known jgk arwah ni dalam bidang seni sampai menteri & retis post pemergian dia. Sumbangan masa musim cvid ni pun banyak bagi kesedaran untuk rakyat melalui karya dia.
Quote liyamariska 1-12-2020 04:20 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Quote RatuDunia94 1-12-2020 04:30 PM
Iols kenal pun pasal arwah ada lukis kartun arwah abam.. pastu design kartun kat hoodie Siti Nurhaliza
Quote Scheherazade 1-12-2020 04:31 PM
Innalillahi wa'inna ilaihi ro'jiun. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di klgn org2 beriman. Aku pun x kenai
Quote Rogue98 1-12-2020 04:35 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun...
Saya X kenal kartun arwah so tadi pi tgk kat Instagram mmg cantik...kemas lukisan arwah....sedih seorang yg creative meninggal awal...semoga di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman...
Quote depresio 1-12-2020 04:35 PM
Innalillah
Tahu kata dia ni cancer fighter
Quote Kitty_catz 1-12-2020 04:47 PM
aotearoa replied at 1-12-2020 03:26 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Kita geng dalam gua juga..

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un

meols pun dari gua yg sama...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.061870 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top