Seorang perempuan dan kekasihnya didakwa melakukan pembunuhan tidak sengaja terhadap anaknya berusia 3 tahun di dalam keretanya, baru-baru ini di Townsville, Australia. Menurut laporan media tempatan, ibunya, Laura Black, 37, dan kekasihnya Aaron Hill, 39, didakwa membunuh kerana kecuaian tertinggal anaknya, Rylee Rose di dalam kereta dengan suhu panas sehingga mencecah 32 darjah celcius.
Anaknya ditinggalkan lemas di dalam kereta dari jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Menurut laporan Mirror.co, Rylee dikejarkan ke Townsville University Hospital pada pukul 3 petang waktu tempatan setelah mereka sedar akan kecuaian mereka. Namun, nyawa Rylee tidak dapat diselamatkan. Kedua-dua pasangan itu bertengkar dalam perjalanan pulang dari sekolah selepas menghantar dua lagi anaknya. Sebaik pulang, Laura dan Aaron terlupa akan Rylee yang tertidur di bahagian belakang kereta dan menonton video di Netflix selama beberapa jam.
Ketika pasangan itu keluar untuk mengambil anak mereka pulang dari sekolah, mereka terkejut selepas melihat Rylee yang terkunci di dalam kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri. Berikutan kejadian, mereka ditahan polis untuk siasatan lanjut. Kedua-dua pasangan itu akan tinggal berasingan dan menghadapi tindakan undang-undang pada 24 Februari 2021. Pada musim panas di Australia, suhu di dalam kereta yang diparkir boleh mencecah 30 darjah celcius lebih tinggi daripada suhu luar. Ini bermakna, suhu di dalam kereta ketika Rylee tertinggal di dalamnya mungkin mencecah lebih 60 darjah celcius. Sumber: OhBulan https://ohbulan.com/budak-maut-tertinggal-dalam-kereta-ibu-bapa-leka-tonton-filem
|
Artemesiaa replied at 1-12-2020 02:13 PM
Sekurang2nya kedua mereka akan didakwa atas kecuaian sementara di negara lain dalam kes yang sama me ...
umbut: Edited by umbut at 1-12-2020 03:14 PM Kalo kat sini. Setazah kepam kata dah takdir. Jgn kutuk org. Nasib kita x tau. Jgn tambah kesedihan.. gitewww ...
Artemesiaa replied at 1-12-2020 02:13 PM
Sekurang2nya kedua mereka akan didakwa atas kecuaian sementara di negara lain dalam kes yang sama me ...
ADVERTISEMENT