CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Nak Ambil Risiko, Tak Tahulah Bila Single Ziana Zain Nak Keluar

1-12-2020 01:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5890| Komen: 39

Dari tahun ke tahun, persoalan mengenai single terbaharu penyanyi Ziana Zain sering tergantung tanpa jawapan pasti.

Empunya diri pun sukar menjawab persoalan berkenaan. Bagaimanapun, jauh di sudut hati, keinginan keluar dengan karya baharu tetap tersemat dalam hati.



Foto: IG

"Persoalan nampak mudah, namun hakikatnya susah nak jawab. Kalau nak suruh keluar album sewaktu pandemik COVID-19 ini, mungkin lebih baik simpan duit untuk kegunaan perkara yang tak terduga

"Tapi, Alhamdulillah jika dapat buat single baharu. Saban tahun peminat dan media mungkin sudah penat bertanya, kesudahannya tiada juga lagu yang dikeluarkan.

"Saya tak berani mengambil risiko mengeluarkan single sekadar tangkap muat untuk memuaskan hati orang lain," katanya kepada BH Online.



Pemilik nama Siti Roziana Zain itu berkata, hingga saat ini, dia belum mendapat lagu yang menangkap hatinya.

"Saya tak pernah putus berdoa menerima lagu yang diinginkan. Saya mahukan karya yang boleh memberikan manfaat kepada pendengar.

"Saya faham menjadi penyanyi perlu ada produk baharu. Tetapi, tiada gunanya jika keluar lagu baru pun dan tidak diputarkan di corong radio, sebaliknya lagu lama juga menjadi pilihan.

"Jadi, dalam soal ini, saya pula jadi serba salah," katanya.



Penyanyi yang popular dengan lagu Madah Berhelah itu berkata, dia baru muncul dalam rakaman program Salam Dari Maya bergandingan dengan Liza Hanim, baru-baru ini.

Menerusi program terbitan Mac Training Centre Sdn Bhd dengan kerjasama FunkyBrigade Media Works Sdn Bhd, RCD Big Studio dan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) itu, pengacara, Isma Halil sempat bertanya apakah lagu kemenangan Ziana sejak lebih tiga dekad bergelar anak seni?

Penerima trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 1995 pantas menjawab lagu Puncak Kasih.



"Selepas beberapa tahun bersaing dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), lagu Puncak Kasih dinobatkan sebagai pemenang kategori balada pada AJL 1998. Album keempat yang memuatkan lagu berkenaan juga dinobatkan Album Pop Terbaik, Anugerah Industri Muzik 1998.

"Satu perjalanan yang panjang dan sukar, tetapi saya percaya rezeki tidak akan salah alamat, biarpun perlu menunggu.

"Saya sendiri terkejut dan terduduk pada saat diumumkan Bintang Paling Popular, ABPBH pada 1995," katanya.



Awal tahun lalu, Sony Music mengambil inisiatif mengeluarkan album kompilasi, Greatest Hits Remastered, yang menemui peminat di platform digital.

Ia memuatkan 22 lagu seperti Dingin, Puncak Kasih, Anggapanmu, Madah Berhelah, Melara Jiwa, Berpisah Jua, Syurga Di Hati Kita dan Terkenang Jua. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 1-12-2020 03:20 PM
SALAM DARI MAYA (Episod 2) Ziana Zain & Liza Hanim
https://www.youtube.com/watch?v=6Ye34IioFqw
Quote CikAm92 1-12-2020 04:04 PM
[youtube]Qhq8Jt0NEHU[/youtube]

remake semula lagu yg tak dilancarkan secara oofficial ni
Quote RatuDunia94 1-12-2020 04:52 PM
Jangan ditanya..
Bertanyakan ziana ni bila lagu baru apatah lagi album baru nak keluar ibarat ko cikcap tp x rasa klimaks.. maknanya ko mati pucuk.. ha gitu lahhh... jawapan x nak ambil risiko.. sedang mencari karya yg berkualiti tu sheols dh guna sejak 18 tahun lepas lagi..
Quote fadz84 1-12-2020 05:10 PM
RatuDunia94 replied at 1-12-2020 04:52 PM
Jangan ditanya..
Bertanyakan ziana ni bila lagu baru apatah lagi album baru nak keluar ibarat ko c ...

Padahal masa aktif kua album dulu blh je dpt 10 lagu untuk rekod full album kn.. kak jena je yg x berani ambil risiko.. Klu kuar 1 single stp tahun dari 18 thn lps dh ada 18 lagu dh.. buang masa mcm tu je..
Quote fadz84 1-12-2020 05:19 PM
CikAm92 replied at 1-12-2020 04:04 PM
remake semula lagu yg tak dilancarkan secara oofficial ni

X pernah tau pun kewujudan lagu ni.. tgk kat Youtube tahun 2008. Sesaing lagu Pawana ke? Mungkin serik lagu Pawana tu x naik kot.. tu yg dh 12 tahun xde lagu baru.. Tp kak jena ni untung sbb byk lagu hits.. lbh 20 kot lagu hits dia.. yg mmg semua blh sing along..
Quote RatuDunia94 1-12-2020 05:19 PM
fadz84 replied at 1-12-2020 05:10 PM
Padahal masa aktif kua album dulu blh je dpt 10 lagu untuk rekod full album kn.. kak jena je yg x  ...

Kannn.. propa jahh.. kalau senua retis guna alasan x keluar lagu sbb xde material yg berkualiti.. alamatnya mati pucuk lah industri muzik malaysia. Tu siti lagu sendu2 pun elok je keluar album 2-3 tahun sekali..
Quote fadz84 1-12-2020 05:27 PM
RatuDunia94 replied at 1-12-2020 05:19 PM
Kannn.. propa jahh.. kalau senua retis guna alasan x keluar lagu sbb xde material yg berkualiti..  ...

Tu la.. skrg kak jena ni under label mna? Last rasa ngn Sony kn? Pelik sbb Klu dlm kontrak penyanyi yg signed ngn sekian2 label kena kuar album kn? Nape kareer kak jena terhenti setakat lagu Pawana tu ye?
Quote CikAm92 1-12-2020 06:31 PM
fadz84 replied at 1-12-2020 05:19 PM
X pernah tau pun kewujudan lagu ni.. tgk kat Youtube tahun 2008. Sesaing lagu Pawana ke? Mungkin s ...

lagu Ciptaan Julfekar yg tak dikeluarkan secara official...baru tahu jg nmpak orang komen kt group fb ZZ
Quote fadz84 1-12-2020 08:59 PM
CikAm92 replied at 1-12-2020 06:31 PM
lagu Ciptaan Julfekar yg tak dikeluarkan secara official...baru tahu jg nmpak orang komen kt group ...

Pastu nmpk kat komen YouTube video ni, ada komen ckp lagu ni lagu yg dia pernah rekod beberapa sblm tu.. kiranya julfekar bg kat kak jena lagu yg dh pernah rekod pastu x laku.. huhuhu
Quote lovelytouch 1-12-2020 10:26 PM
Kemonnn nek Jenna gunakan pengaruh u mintak lagu drpd Ippo, Hael atau kerahkan segala mak nenek lyricist lama2 chuols si johari teh atau azmeer suruh pergi bertapa dalam gua mana2. Setakat 10k satu lagu buatlah satu jah dulu. Setahun 10k untuk 18 tahun tak terasa nekkkk! Kau punyalah berkira pasal duit kau nak save time2 ni kau pikir tak pemenat kau sanggup keluar duit hingga mencadangkan tabung khas buat album yang tak kunjung tiba? Kann akaq rasa nak mencharutttt
Quote YomiuriLandMae 1-12-2020 10:35 PM
nek jena dilahirkan dgn acuan saari amri.. tup2 mendunia (mng award) dgn karya adnan abu hassan.. sbb tu sheols pilih puncak kasih..
Quote RatuDunia94 1-12-2020 11:00 PM
YomiuriLandMae replied at 1-12-2020 10:35 PM
nek jena dilahirkan dgn acuan saari amri.. tup2 mendunia (mng award) dgn karya adnan abu hassan.. sb ...

Bg iols Puncak Kasih tu sepatutnya Juara AJL1998.
Quote September14 1-12-2020 11:14 PM
Minta je la hael buat lgu xpun sharon paul...

Truk sgt dah bekas pnynyi plg popular kut
Quote YomiuriLandMae 1-12-2020 11:24 PM
RatuDunia94 replied at 1-12-2020 11:00 PM
Bg iols Puncak Kasih tu sepatutnya Juara AJL1998.

bagi chuols Puncak Kasih >>> Cindai ke??
Quote makadek 1-12-2020 11:25 PM
Adeh muka erni 1st pic tu ..
Quote harisbee 1-12-2020 11:28 PM
kesiannya...kak jee latiff pun ada keluar single kan wpun sore hauk dah sekang...
x de duit kot kak jena...kesian dia..kais pagi makan pagi?
Quote lovelytouch 1-12-2020 11:39 PM
RatuDunia94 replied at 1-12-2020 11:00 PM
Bg iols Puncak Kasih tu sepatutnya Juara AJL1998.

Cindai too strong masa tu. Actualy Menadah Gerimis yang patut menang bukan Keliru ajl 2002 & paling legend Kemelut di Muara Kasih. Tapi apa boleh buat production dah deal lagu Adnan kena menang tahun tu sbb... mainan politik chuols
Quote scrocth 2-12-2020 09:23 AM
Apa kata kak jena rekod blk lagu hanya waktu yang menentukan. Single album sukan sea sblm muncul dgn first solo album madah berhelah? Kalau boleh jgn ikut trend skrg yg xda drum beats dlm lagu balada. Kekalkan drum beats dlm lagu tu barulah rs berdentum2 dan smgt dgr.
Quote ColbyRaikkonen 2-12-2020 09:31 AM
lovelytouch replied at 1-12-2020 11:39 PM
Cindai too strong masa tu. Actualy Menadah Gerimis yang patut menang bukan Keliru ajl 2002 & palin ...

Apapun tetaplah Jerat Percintaan menjadi satu satunya lagu Terbaik AIM & Juara AJL......(betulkan iols kalau iols salah)
Dengan berkuburnya AIM....tetap lah rekod ni kekal lagi kan.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.045836 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top